Friday 12 April 2013

Murtabak Perantau


Satu perkara yang tak best bila berada di perantauan ialah kita tak boleh nak gi beli makanan kat pasar malam kalau tekak terasa nak makan sesuatu. Kalau kat Msia dulu aku memang dah hafal jadual pasar malam selama seminggu di sekitar kawasan tempat tinggal aku. Jadi bila time malas nak masak, balik keje boleh terus singgah atau kirim kat Mr. Hubby...tapi bila dah berada di perantauan ni terpaksa la buat sendiri bila ada permintaan dari Mr. Hubby atau anak-anak...actually dah few days Mr. Hubby sebut nak makan murtabak dan dia dah belikan kulit spring roll@popia tapi baru semalam aku ada mood nak buat....

Terima kasih kak NoorMasri atas resepi ini:

MURTABAK PERANTAU

Bahan-bahan : anggaran 12 keping murtabak
  • 12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
  • 2 cawan daging atau isi ayam cincang
  • 4 ulas bawang merah } dikisar
  • 1 cm halia } dikisar
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 1 labu bawang besar } dipotong dadu
  • 500 g kentang } dipotong dadu
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • garam dan gula secukup rasa
  • 6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
  • minyak untuk memasak
Cara membuat inti:
  • Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut.
  • Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing
  • Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak.
  • Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering.
  • Angkat dan sejukkan.
Cara membuat murtabak:
  • Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati.
  • Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.
  • Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi.
  • Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang.
  • Ulang proses diatas sehingga habis.

    Aku modified sket tang step telur tu...aku masukkan telur semasa inti masih atas dapur then kacau sampai kering. Sebab dulu aku penah try wat exactly macam ni tapi kulit popia tu terkoyak bila aku nak pindahkan ke dalam pan sebab inti dia masih basah....Untuk semalam aku cuma buat separuh resepi jer..sekali hadap jer dah habis!


No comments:

Post a Comment