Friday 5 April 2013

Sebulan berlalu...

Rupanya dah sebulan kami berada di Coventry. Aku plan nak buat entry pada 3/4/2013 yang lalu, sempena genap sebulan kami di sini. Oleh kerana aku agak sibuk melayan tetamu dari Glasgow, jadi aku tak sempat nak online...

Alhamdulillah dalam masa sebulan ni kami dah settlekan perkara-perkara penting:

1) Dah dapat rumah dan kereta yang sesuai.

2) Mr. Hubby dah register akaun bank di sini.

3) Dah register bil internet, air, elektrik dan gas.
Kat sini semua boleh buat online. Gas adalah untuk boiler (pemanas..penting untuk cuaca sejuk ni!) dan untuk memasak.

4) Dah tau kedai-kedai yang berdekatan untuk beli barang dapur dan barang-barang rumah yang lain. Untuk beli ayam dan daging halal kami ke Foleshill (lebih kurang 15 minit dengan kereta). Kat situ banyak kedai Pakistan. Kedai makanan arab yang sedap pun ada kat sana...Kat Tesco pun ada ayam halal, tapi harga lebih mahal.

5) Dah register sekolah anak-anak. Insya Allah diorang akan bersekolah di Templars Primary School, tak sampai 10 minit berjalan kaki dari rumah. Anak aku yang bongsu, Mia yang akan masuk nursery mulai September ni pun dah diterima untuk belajar kat sini. Oleh kerana sekarang masih cuti sekolah di sini (sehingga 15 April) jadi diorang belum mula bersekolah lagi.

6) Dah register untuk NHS di Woodside Medical Centre. Kat sini untuk rawatan doktor kena register dengan GP. Bila sakit kita buat appointment dengan klinik tu ler untuk jumpa Dr...x macam kat Malaysia boleh pilih mana-mana klinik, kerajaan atau swasta untuk dapatkan rawatan.

7) Dah tau jugak kat mana ada carboot sale..he he..ini pun penting jugak untuk aktiviti di hujung minggu...:)




No comments:

Post a Comment