Tuesday 28 May 2013

Sekolah di UK - Part II

Minggu ni anak-anak bercuti seminggu for half term holiday. Alhamdulillah nampaknya diorang dah dapat adapt dengan sekolah baru di sini.

Hari Selasa minggu lepas anak sulung aku, Aliff ikut lawatan sekolah ke tempat-tempat menarik di London. Trip ini untuk Year 5 and Year 6 students. Mama pun belum ada kesempatan nak ronda2 kota London lagi...Seronok Aliff bercerita dia dan kawan2 ke Burkingham Palace, London Bridge, London's Big Ben (clock tower) etc. Kemudian diorang berhenti rehat & lunch di Hyde Park. Sayangnya teacher tak benarkan bawa phone/kamera so tak boleh nak suruh Aliff ambik gambar....


Mama sempat ambik gambar waktu Aliff turun dari bas jer....

Aiman pula di Year 3. Dia pun happy dapat ramai kawan2 baru. Aiman ni memang peramah dan senang dapat kawan. Tambah pulak dia jenis jenis loyar buruk sket...Walaupun pada mulanya aku agak risau takut diorang ketinggalan dari segi pelajaran sebab masuk sekolah dah lewat (school term mula pada bulan September 2012, diorang start sekolah April 2013) tapi sekarang dah tak risau sangat.

Sekolah di sini tak fokus kepada akademik semate...yang penting budak2 suka nak pegi sekolah. Betul juga approach macam ni, sebab bila dah rasa seronok nak ke sekolah baru la senang nak belajar kan? Diorang pun tak beza2 kan mana budak yang pandai dengan yang kurang pandai. Tak de streaming group A paling pandai dan yang tak pandai masuk group C...sebab diorang tak de exam pun. Tapi cikgu dapat kenalpasti keupayaan diorang daripada aktiviti2 dalam kelas...kerja2 kelas dan homework diberikan berdasarkan keupayaan bdk2 ni. Maksudnya tak semua budak akan buat homework yang sama. Sebenarnya diorang mmg ada buat laporan bagi setiap murid, dan mereka juga tentukan band yang dicapai oleh setiap seorang. Tapi cara diorang assess tu tak obvious sgt sehinggakan budak2 tak rasa diorang diassess dan berada di band mana...jadi tak ada la rasa rendah diri atau inferior dgn kawan-kawan...

Untuk bagi motivasi kat students pulak, diorang ada chart di setiap kelas. Bermula dari level red, green, bronze, silver, gold dan platinum...So tiap2 hari diorang akan berlumba2 untuk ke platinum level...ni level yang ter baik la..tapi cikgu bukan tgk diorang pandai jawab soalan jer..kalau ada buat perkara2 yang baik pun boleh naik level...Cikgu akan bagi stickers, chocolate dll kat sesape yg naik level..kalau dapat platinum pulak dapat medal...tu yang diorang ni suka!


Aiman excited dapat dua platinum!

Kat dalam kelas biasanya ada 2 orang cikgu. Seorang yang mengajar kat depan dan seorang lagi dipanggil assistant teacher untuk tlg dalam kelas tu...Jadi cikgu dapat fokus pada tugas mengajar. Assistant teacher ni jugak yang selalu tunggu di pintu kelas dan akan greet parents/students yang datang hantar/ambik anak2...x putus2 cakap hi, hello, good morning, how are you today?...buat murid2 rasa kedatangan mereka ke sekolah diraikan...

Diorang belajar tiga subjek utama iaitu English, Math & Science. Pastu ada belajar foreign languages mcm French and Spain...Yang aku nampak cara diorang ajar tentang sesuatu topik tu more comprehensive walaupun masih di sekolah rendah. Contohnya baru ni Aiman (Year 3) belajar tentang The Romans...so dia diterangkan macam mana ciri2 orang roman, pakaian2 dia dan senjata2 zaman ancient Romans tu (yang mana aku pun tak tahu...hu hu). Pastu sebagai homework aiman kena buat poems tentang The Romans...mesti sebab cikgu nak tengok diorang paham ke tak pasal topik tu.....Kemudian diorang belajar pulak pasal Haiku poems dan berlatih buat poem...Aiman pulak yang ajar mama tentang Haiku poem: baris pertama dan ketiga mesti ada lima syllabus dan baris kedua/tengah ada tujuh syllabus. Nampaknya bukan anak2 jer belajar benda baru, mama pun tumpang belajar sama!

Aku juga kagum dengan semangat anak ketiga aku, Danish. Walaupun belum pandai berbahasa Inggeris, cuma berbekalkan "Yes"," No", "I want to weewee"...nampaknya dia tak jemu ke sekolah. Kata cikgu "Aqil (nama cikgu panggil kat sekolah) is brilliant, he's trying hard to learn and mixed around with friends"....Bagus jadi budak kecik...tak ada rasa malu dan rendah diri...dan tak perlu rasa stress dengan kekurangan diri...

Mama sentiasa doakan anak2 mama berjaya di dunia dan akhirat....




Tuesday 21 May 2013

Happy Birthday

21.05.2013

Hari ni birthday Mr. Hubby

First time sambut bday kat Coventry.

Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki.

Dan dipermudahkan laluan PhD.

Amin.


Thursday 16 May 2013

Tempoh buat visa (UK)

Ada yang bertanyakan tentang tempoh buat visa ke UK.

Mengikut pengalaman kami, visa kami siap dalam masa 2 minggu.

Semasa menghantar borang permohonan dan dokumen2 berkaitan di kaunter VFS, kami dimaklumkan bahawa tempoh siap visa biasanya di antara 2 hingga 3 minggu. Staff di situ juga memaklumkan kalau nak cepat boleh ambil 'priority service' dimana visa akan siap dalam masa 3-4 hari bekerja (kalau tak ada masalah). Tapi kena bayar RM392 bagi setiap permohonan.



Tempat buat visa tu kat dalam bangunan ni. Wisma MCA Jalan Ampang, KL. Tingkat 19.


Kami ambik priority service ni tapi cuma untuk En. Hubby. Kalau nak ambik untuk semua (6 orang) mati la jugak kan. Total 2k lebih tu... Lagipun kami boleh tunggu lagi masa 2 minggu tu. Pada perkiraan kami, kalau visa En. Hubby lepas, insyaAllah yang lain2 pun tak de masalah sbb dia main applicant. So tak la lama sangat tempoh nak berdebar tu...Jadi visa En. Hubby memang dapat cepat. Kami hantar hari Khamis kalau tak salah, dan hari Selasa dah pegi ambik.

Semasa di kaunter tu juga boleh pilih kalau nak track application status melalui SMS. So x payah nak cek kat website byk2 kali. Diorang akan notify melalui SMS bila applications tu di despatch ke Manila dan bila dah siap sedia utk dicollect. Tapi visa approved ke tak dia x bagitau la..kalau nak service ni kena bayar RM8 kat kaunter tu.

Bagi yang tinggal jauh dari KL, boleh juga pilih option nak collect visa di pejabat VFS tu (Wisma MCA, Jalan Ampang) atau nak diorang hantar guna courier. Kalau nak pakai courier kena bayar lagi RM20 (Sem. Msia) dan RM30 (Sabah & Sarawak). Tak silap aku dia charge per applicant. Kitorang tak ambik service ni sebab tak jauh sangat nak pegi collect kat office diorang tu....

Tuesday 14 May 2013

Stay-at-home Mom

Sebelum datang sini aku sebenarnya ragu2 mampu ke aku jadi stay at home mom..kenapa??ye la...kat sini aku takde gaji masa kat Msia aku ni jenis independent. Apa yang aku boleh buat sendiri semua aku uruskan. Dari groceries shopping, settlekan bil2, renew lesen/roadtax/insurance keta aku dan hubby atau apa saje lah....Ada keta sendiri so senang nak bergerak ke sana ke sini. Kalau rasa stress dgn study esp. lepas kena bebel dengan supervisor, boleh kuar sorang2 gi retail therapy jap...atau gi spa/facial...atau gi massage...Paling kurang pun bila rasa otak dah beku tak de idea nak tulis thesis aku gi kat Julius Centre UM,  kat dept aku tu...kat situ ramai budak2 Master/PhD/DrPH so boleh tukar2 idea...atau sesi meluahkan perasaan....aku jarang gi sana, lebih kurang seminggu sekali jer sebab aku umah aku kat Nilai...kalu nak gi sana tiap2 hari x kuasa aku nak ngadap traffic jam yang sangat teruk lepas tol Sg. Besi tu....jadi lepas abis collect data, aku lebih suka buat keje di Library Awam Bangi. Supervisor aku x kisah janji every 2 weeks htr progress report kat dia....

Kat sini tiap hari memang aku dok rumah jer la..paling hebat pun gi hantar anak sekolah. Sebab tu aku memang tunggu2 weekend sbb tu jer peluang dapat jalan2 dan kadang2 jumpa kwn2 Malaysian. Ceh!...macam budak kecik jer suka jalan2 hahaha...

Tapi apa yang aku appreciate kat sini, aku rasa lebih close dgn anak2 aku.....Mungkin sebab tiap hari aku yang masakkan untuk diorang 3-4 kali sehari...dan sambil berjalan pegi/balik sekolah kami berbual apa saje..Tentang kawan, cikgu, sekolah, pendapat2 diorang tentang life kat sini vs kat Msia dll....Dengan Mia lagilah...sebab aku 24jam dok dengan dia...Anak aku yang no.3 si Danish berkali2 dok ulang cakap kat aku..."Nash suka kat sini, sebab mama x pegi work. Nash saayang sangat mama..." sambil peluk-peluk aku...Auuwwww...terharu you!

Mia pulak jenis yang suka cakap sweet2...tiap hari pat-lima belas kali dia akan ulang..."Mama comey", "Mama cantikk", "Mama baikkk sangat", dan bermacam-macam kata pujian yang buat hati aku kembang setaman....Kalau kiss aku tu sekali kiss kat 5-6 tempat kat muka sampai rasa penuh muka aku ngan air liur dia..hahaha

Dulu kalo weekdays aku cuma ada beberapa jam jer sehari dgn diorang. Sampai rumah dah dekat pukul 6ptg, pastu pukul 9mlm diorang dah kena tidur..aku rasa ini situasi yang biasa dihadapi oleh mak2 yang bekerja kan?

Tu la..kita tak akan dapat semua mende yang kita nak. Tapi kita kena appreciate apa yang kita ada. Kena selalu look at the positive side. InsyaAllah aku akan manfaatkan masa yang aku ada ini sebaik2nya...Sebab bila aku balik bekerja semula nanti aku dapat rasa tanggungjawab aku akan bertambah berat sebab dah tambah satu paku kat bahu...Aku bersyukur kerana Allah pinjamkan masa ini untuk aku..iaitu masa anak-anak tengah membesar. Jadi InsyaAllah aku akan didik mereka dengan acuan kami sendiri.

Aku harap bila diorang dah dewasa nanti diorang akan ingat apa sahaja yang aku buat dengan diorang. Sebab apa jer kenangan yang kita buat masa kecik dengan mak, kita mesti slalu ingat betul tak?...walaupun kecik, tapi pasti tinggalkan kesan yang besar pada kita.....



I luv you kids!


Monday 13 May 2013

Puasa 18 jam

Hari ni first time puasa kat sini.

Padan muka aku masa kat Msia tak ganti puasa cepat2...

Musim Spring ni waktu Subuh tersangat awal iaitu pkl 2.39pg Maghrib pulak 8.53mlm..huhuhu...nanti dah masuk Ramadhan lagi la panjang waktu berpuasa.

Ni waktu solat kat sini hari nie.....


Paling kesian nak kejut anak sembahyang Isya' dan Subuh....Sebab paling lewat pukul 10pm diorang dah tido. dah la anak aku yang no.2 tu jenis mamai kalau bangun tido...memang menguji kesabaran lah! kat sini pkl 5 pagi tu dah terang-benderang....

Hr ni x mo tulis pjg2 sebab nak jimat tenaga:)

Saturday 11 May 2013

Sekolah Hidayah Trip to National Sea Life Centre, Birmingham

Pada 6 Mei 2013, sehari selepas PRU13 yang hangat di Malaysia; Sekolah Hidayah telah buat satu trip ke National Sea Life Centre, Birmingham. Sekolah Hidayah ni adalah kelas agama yang dibuat untuk anak-anak family post-graduate di sini. Kelas ni diadakan setiap hari Sabtu. Kat sini tak ada subjek Pendidikan Islam yang formal atau KAFA macam sekolah kat Malaysia. Jadi kelas sebegini amat perlu untuk pengisian rohani anak-anak. Pada masa sekarang ustaz/ustazah yang mengajar anak-anak kami ialah adik2 undergrads...lagipun anak-anak memang suka pergi Sekolah Hidayah ni sebab time ni dapat jumpa kawan-kawan Melayu...

Ini trip pertama bagi anak-anak aku pergi dengan kawan2 dan ustaz/ustazah. Kami hantar diorang di Canley Train Station dan diorang akan bertolak sama2 dari situ. Ketiga-tiga anak lelaki aku ikut serta...Mia aku tak percaya pulak nak lepaskan takut merosakkan program orang jer nanti. Diorang memang sangat excited nak pergi, pengalaman baru pegi trip tanpa mama & papa:)

Macam biasa layan gambar la ye....

Bergambar dengan parents & ustaz/ustazah sebelum berlepas



Naik train










Ni semua gambar2 diorang kat sana....gambar adalah ehsan ustaz/abang yang jadi pengiring...terima kasih banyak2 kat ustaz/ustazah yang sabar melayan kerenah diorang sepanjang hari:)






Friday 10 May 2013

Portmeirion & Stoke-on-Trent

Kitorang ni slalu jer buat aktiviti ad-hoc bila tiba weekend. Weekend lepas kitorang pegi ke factory shop Portmeirion di Stoke-on-Trent. Actually member yang ajak...pagi Sabtu (4/5) tu dia call bagitau ada sale di Portmeirion dan ajak kitorang pegi kalau nak. Diaorang dah nak balik Msia for good bulan September nanti so nak tambah stok...aku ngan hubby ok jer so kitorang g sama2, Mr. Hubby jadi driver:)

Jarak dari Coventry ke sana nak kata jauh, tak la jauh sangat...lebih kurang 1 jam perjalanan. Tapi hari kami pergi tu ada kemalangan so jalan agak jem...dekat 2 jam jugak baru sampai kat Portmeirion Factory Shop tu...



Signboard yang mengadap tempat parking


Pintu nak masuk...jumpa Malaysian yang baru siap memborong:)

Sebelum datang sini aku tak kenal sangat Portmeirion ni...tapi bila sampai UK ni g rumah member Malaysian bila diorang hidang makanan nampak cantik jer set pinggan ni...bila time sembang2 pun diorang dok discuss pasal pinggan ni. Kiranya di kalangan Malaysian pinggan ni memang agak terkenal la lagipun harganya mahal kalau beli kat Malaysia...kat sini boleh dapat harga yang lebih murah especially kalau time sale...tapi tak sangka pulak aku terjebak secepat ni...he he...

Aku ni memang berjiwa feminine so memang suka kalau corak bunga-bungaan macam ni. Bila masuk dalam agak rambang mata juga tengok design yang cantik2. Kebanyakannya sale 30%. ada juga certain design yang dijual 3-4gbp jer sekeping...Of coz la pilih yang tu dulu kan....member aku cakap biasanya bulan November diorang akan buat sale giler2 and time tu boleh tengok orang beratur panjang...since aku akan stay kat UK ni lama lagi aku tak beli banyak sangat...nanti bulan Nov nak try pujuk Mr. Hubby datang lagi:)



Mengikut sejarahnya Portmeirion ni diasaskan pada tahun 1960 oleh pasangan suami-isteri Susan Williams Ellis dan Euan Cooper-Willis. Design yang popular sepanjang zaman ialah Botanic Garden macam ni:





Ini Botanic Garden Airtight Jar




 Ni pulak set Crazy Daisy...design ni nampak modern sket...


 Portmeirion Pomona...design buah-buahan

  
Portmeirion Botanic Roses..ada 6 corak/kaler bunga rose yg sweet2 jer semuanya


Botanic roses jugak...teaset dan mugs


Portmeirion Eden Fruits

Amacam?Terliur tak tengok?...hehehe...

Sebelum ni dok guna Corelle jer...tapi bila g umah sedara-mara dan kawan-kawan pun semua guna Corelle jugak. Ok la untuk bertukar angin kan?

Wednesday 8 May 2013

Cerita hari-hari...

Dah seminggu jugak aku tak update blog. Sejak anak-anak mula sekolah ni aku makin sibuk. Jadi ibu,wife dan student pada masa yang sama memang penuh jadual harian. Penat fizikal & mental!..Pagi-pagi lagi dah kena bangun prepare breakfast anak2 dan diorang punya lunch box. Pastu dalam pkl 8.30pg hantar diorang gi sekolah. Mula-mula agak kalut nak bawa 4 budak jalan kaki especially time nak melintas jalan...tapi bagus juga at least aku blh exercise dgn morning walk setiap pagi..he he..cuma tak dapat ku gambarkan nak hantar diorang di musim winter nanti....




'Rombongan' parents hantar anak masing2 ke sekolah


Lepas htr diorang aku balik basuh pinggan-mangkuk-cawan yang diorang dah tinggalkan tadi...kemas rumah serba sedikit dan masukkan baju dlm washing-machine. Dah siap semua tu baru ada masa sikit untuk mengadap thesis. Alhamdulillah minggu lepas berjaya siapkan satu paper dan dah submit ke PLoSONE...tolong doakan agar paper aku ni di accept for publication ye kawan-kawan...kalau tak lambat lagi la aku blh submit thesis huhu... Requirement UM ni pelik sket, nak kena ada at least dua paper yang accepted for publication by ISI jurnal baru boleh submit thesis...menyusahkan betull la...Dalam minggu ni aku harap dapat siapkan correction untuk Chapter 5 (Discussion) aku. Prof dah tengok tapi banyak pulak komen dia yang nak kena aku betulkan....

Buat masa sekarang ni, si budak kecik Mia tu belum sekolah lagi. Susah jugak sebenarnya aku nak fokus pada keje2 aku sebab sambil buat keje sambil nak melayan Mia. Dia pun bosan tinggal sorang abang2 semua dah pegi sekolah. Then tengahari aku dah kena berenti untuk masak lunch pulak sebelum pegi ambik diorang pukul 3.30ptg...pastu bagi diorang lunch, layan diorang cerita-ceriti hal2 kat sekolah bla..bla..bla..hari pun dah lewat petang...dah nak kena prepare utk dinner pulak...


Kesian Mia, main sorang2 jer tak de kawan....


Kekadang rasa mencabar jugak situasi aku ni...sebab aku kat sini utk temankan Mr. Hubby belajar so everyday dia kena g lab untuk run experiment dia tu...jadi almost all urusan rumah tangga aku nak kena buat sendiri. At the same time aku belum melepaskan title 'student' aku ni...at least dulu kat Msia everyday aku hantar anak2 ke nursery sampai petang. So siang2 memang boleh fokus buat keje di uni atau di library. Dah tu pulak kalau rasa tak nak masak ada option untuk beli kat kedai atau pasar malam..he he. Kat sini tak boleh la macam tu...So pendek kata tanggung jawab aku memang bertambah...tak sabar2 rasanya nak habiskan pengajian tapi nak abis cepat macam mana, progress nye ciputtt jer.....kalau dah tak payah fikir pasal study baru la aku betul2 boleh rasa enjoy kat sini, kan....

Ya Allah, permudahkan lah urusan hambamu ini....aku nak abis study cepat2 Ya Allah...