Wednesday 24 July 2013

Kuih Bakar Pandan

Nak kongsi resepi kuih bakar pandan. Ada juga yang panggil kuih bengkang atau bingka. Ni salah satu kuih kegemaran saya. Dulu cuma tau makan jer...ni hasil percubaan pertama...




Masa mula-mula keluar dari oven, ingatkan tak jadi sebab bila potong jadi lembik kat bawah bijan yang garing tu...rupa-rupanya kena tunggu betul-betul sejuk baru  elok cantik bila dipotong....

Kuih Bakar Pandan
Sumber: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan - sebagai hiasan

Cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blender hingga sebati.
2. Sapukan loyang dengan sdikit minyak dan tuangkan bahan tadi ke dalamnya.
3. Taburkan bijan (jika suka).
4. Bakar selama 40 minit pada suhu 180c hingga masak. Untuk dapatkan permukaan yang berkerak/garing boleh tambah masa membakar..

Asalnya kawan saya kat sini yang selalu bawa kuih ni bila ada majlis. Tapi makan kat rumah orang segan la nak makan banyak-banyak walaupun sukeee sangat hehehe....bila buat sendiri baru boleh makan puas2:)







Saturday 20 July 2013

Graduation

Bukan graduation saya tapi anak ketiga saya Aqil Danish.

Hari Rabu lepas 17/7/2013 sekolah buat majlis graduation untuk kelas Reception. Walaupun Danish sekolah sini tak sampai empat bulan tapi teacher bagi Danish join juga majlis tu...Majlisnya simple jer, tak macam graduation Along (Aliff) dan Aiman masa diorang kat kindergarten dulu - ada mcm2 persembahan murid2 dll. Graduation kat sini cuma headteacher (Mrs Ward) bg ucapan sedikit seterusnya bagi sijil kat seorang demi seorang. Akhir sekali semua anak2 nyanyi ramai2 kat atas stage. Lepas tu bagi peluang kat parents ambik gambar dengan anak-anak dan..bersurai....




With his favourite teacher, Mr. Johnson

Mulai hari ni sekolah bercuti hingga bulan September. Sesi persekolahan baru nanti Danish akan masuk Year 1.

Thursday 18 July 2013

Skype Session with Lecturers

Lega dah abis sesi presentation research progress dengan lecturer2 saya di UM pagi tadi. Course saya ni tiap semester wajib ada progress presentation. Oleh krn saya dh membawa diri di sini so HOD mintak dibuat melalui skype..syukurlah internet connection pun ok..Selasa lepas dah pun buat trial session dengan diorang untuk check internet connection, audio/visual etc...

This is my first experience berSkype secara formal mcm ni. Timing pun kena sesuaikan antara kedua2 pihak sebab perbezaan masa 7 jam dgn Msia. Lecturer sy pilih pkl 2pm waktu Msia iaitu pukul 7 pagi di UK...Kerana takut terlajak kalau tido lepas sahur, saya menahan mata tunggu pukul 7am...pastu kemas2 bilik supaya tak nampak background yang x sepatutnya kat webcam tu...PC yang slalu saya buat keje ada kat bilik tido kami so haruslah diadjust betul2....takkan tengah present nampak katil pulak kat belakang kan..lawak la pulak nanti...Timing pun kira ok la sebab biasanya jam 7 anak2 belum bangun lagi...sebelum bermula saya angkat Mia pegi tido kat bilik abang2 dia...itu pun dah akhir2 dekat nak abis dia dah bangun dan mula ketuk2 pintu...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....biasanya kalau present di department ada 2-3 panels je tapi agaknya kali ni diorang pun excited nak berskype dgn student...Saya berhadapan dengan 5 orang panel hari ni. Bertubi-tubi lah dapat soalan masa Q&A huhu...Apa2 pun syukur juga diberi peluang present via skype ajer. Nasib baik tak dipaksa balik present di department, kalau tak rabak ler poket ai....

Pengalaman baru ber PJJ...:)

Wednesday 17 July 2013

Mia ke Nursery

Mia lahir bulan October 2009, jadi dia akan ke nursery mulai September nanti. Di sini sesi persekolahan mula bulan September. Anak-anak yang lahir tahun yang sama bulan Jan-Ogos dah mula ke nursery tahun lepas lagi...rugi masa lah sikit...

Foundation stage kat sini bermula pada usia 4 tahun. Tahun pertama di Nursery, dan tahun kedua di Reception. Lepas tu baru ke Year 1-6. Ini memang compulsory, kalau tak hantar anak pegi sekolah siap laorang City Council datang ketuk pintu kat rumah...Untuk Nursery waktu persekolahan pendek sikit, 8.45-11.45pg. Kalau Reception sama macam Year 1-6 iaitu 8.45pg hingg 3.30ptg.

Mia memang excited nak pegi school, maybe sebab setiap hari ikut Mama pegi dan hantar abang2 yang bertiga lagi tu ke sekolah. Syukur Alhamdulillah Mia dapat nursery yang sama dengan sekolah abang2.

Hari Rabu lepas 10/7/2013 hari orientasi Nursery tempat Mia akan belajar...atau dipanggil Meet your Teacher Morning. Pada masa ni parents dan anak dapat peluang berjumpa dengan teacher2. Si anak pula dapat explore bakal classroom diorang dan outdoor area.

Setting Nursery kat sini rasanya lebih kurang macam kindergarten kat tempat kita jugak..banyak toys dan activities utk anak2. Mia memang suka sangat la sebab macam2 benda boleh buat....main alat muzik, mewarna, main pasir, buat macam2 bentuk dengan playdoh pastu boleh pegi main pulak di playground kat luar...Macam tak cukup jer masa 9.30-11.00am yang diberi. Semua benda dia nak explore...Siap pesan lagi kat Mama: "Mama baliklah masak...nanti dah siap masak datang ambik Mia"..hehe..Biar betul budak ni. Takut2 bila dah start sekolah betul2 nanti dok merengek pulak suruh tunggu di kat school..dah la tak pernah jauh dengan Mama..



Tapi tak boleh ambik gambar banyak2. Rules sekolah kat sini, dan kebanyakan sekolah kat UK ni tak boleh ambik gambar kanak-kanak sesuka hati...they are protected under the act. Kalau ada apa2 activities kat sekolah macam Sports Day ke...akan naik signboard 'No Photo Please..'. Sewaktu isi borang mula2 masuk sekolah memang ada satu borang kebenaran mengambil gambar..sama ada benarkan atau tidak gambar anak kita diambil untuk aktiviti2 sekolah macam majalah sekolah ke, poster ke dll...

Mia dah pegi sekolah nanti sunyi la Mama tinggal sorang2 kat rumah:(

Thursday 11 July 2013

Ramadhan Pertama di UK

Alhamdulillah, dapat bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Sama seperti di tanahair kami di sini juga mula berpuasa pada hari Rabu 10 Julai 2013. Tapi di sini tiada pengumuman puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di TV. Kami cuma perpandukan announcement di sini:





Cabaran berpuasa di musim summer ialah waktu siang yang agak panjang. Waktu Subuh adalah jam 3.00pagi dan berbuka (Maghrib) jam 9.31pm. Semoga Allah berikan kesabaran dan kekuatan kepada anak-anak untuk menjalani ibadah puasa kali ini. Nampaknya dalam bulan Ramadhan ni aku kena stay-up lepas solat tarawih untuk jadi penjaga jam loceng tunggu waktu sahur. Kalau tidur nanti bimbang terlajak pulak...

Untuk hari pertama semalam, Aliff dan Aiman berjaya tamatkan puasa. Walaupun Aiman ada latihan football semalam dia, tapi katanya sayang nak buka puasa...balik main bola memang agak melepek la tunggu masuk waktu Maghrib. Hari kedua hari ni cuaca agak panas..ada lebih kurang empat jam lagi sebelum berbuka. Harap-harap diorang dapat bertahan.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


#tengah dok pikir nak masak apa untuk berbuka nanti....



Tuesday 9 July 2013

School Annual Reports

Dua minggu lagi cuti sekolah end of term akan bermula. Di sini sesi persekolahan bermula pada bulan September. Anak2 akan bercuti panjang bermula 22/7 hingga 2/9 nanti. Hari Jumaat lepas saya menerima Annual Report anak2. Di sini tiada formal exam, tapi achievement anak dilaporkan dengan agak detail dalam Annual Report ni.

Alhamdulillah, walaupun diorang baru bersekolah lebih kurang tiga bulan jer tapi generally semua cikgu commented that they had settled extremely well into life at this school.



So far Aliff, the eldest yang paling OK coz nampaknya dia mencapai the expected level.
Aliff wataknya agak pendiam. Dari dulu dia kurang bercerita hal-hal di sekolah kalau tak ditanya..tapi bila dapat results dia jarang mengecewakan kami.

Report dari teacher Aliff

Adik-adiknya pula, walaupun kata teachers belum mencapai expected level tapi saya faham tentang masalah bahasa yang diorang hadapi. Berbeza dengan Abang long, diorang masih belum fluent berbahasa Inggeris kat sini..yang penting dah boleh adapt dan hopefully they will make more progress next year!

Sayang juga rasanya, baru jer diorang rasai keseronokan bersekolah kat sini, tapi dah nak bercuti panjang...InsyaAllah, Mama akan bagi lebih tumpuan pada pelajaran anak2 bila Mama dah tamatkan pengajian nanti...








Wednesday 3 July 2013

Pulut Durian

Ingatkan bila dah datang UK dah tak merasa la nak makan durian...rupanya ada jual durian kat sini...

Pulut durian memang favourite Mr. Hubby...tapi version dia simple jer...Pulut+santan yang ditambah sedikit garam, kemudian ditabur dengan gula kerek/gula melaka..Kalau tak ada, makan dengan gula putih pun ok...Sedap!rasa lemak2 manis gitu....


Durian ni kami beli di Wing Yip, Birmingham.

Frozen pun frozen la, jadi dapat hilangkan kempunan...

Satu peket ada lebih kurang 6 ulas, seedless...mungkin sbb barang eksport jadi kualitinya agak baik. Lebih kurang rasa durian D24 kalau kat Msia. Durian ni diimport dari Thailand. Harga sepeket GBP5.69..

Lupa nak ambik gambar masa kat dalam peket, kes tak sabar nak makan...he he

Tuesday 2 July 2013

Aiman dan Football Club

Aiman anak saya yang kedua.
Dia memang minat main bola, sama macam papanya.
Kalau Mr. Hubby pegi main bola/futsal petang2 kat sini dia akan ikut...kalau tak de kawan lain nak main dia akan practice sorang2 jer...Abang dia Aliff (kami panggil Along), usia cuma berbeza setahun tapi kurang berminat main bola. Walaupun dari 'acuan' yang sama, tapi setiap anak miliki minat dan potential yang berbeza...kita sebagai ibubapa cuma bagi sokongan dan semangat untuk diorang.

Apa yang menggembirakan kami, Aiman terpilih untuk jadi wakil sekolah dalam football team di sekolah dia. Oleh kerana minat dia dalam bola, suatu hari Mr. Hubby bawa dia ke satu Junior Football Club (JFC) di sini. Pada mulanya coach club tu ragu-ragu untuk terima Aiman dengan bagi alasan diorang dah cukup pemain. Mungkin dia ingat Aiman baru nak 'belajar' main bola...tapi seorang lagi coach di situ lebih positive dan bagi Aiman peluang untuk cuba main pada hari tersebut...Hasilnya, diorang agak impressed dengan permainan Aiman dan setuju untuk diterima dalam kelab tersebut.

Masa ni kekonon acara tandatangan kontrak mcm EPL 

Pada minggu berikutnya Aiman wakili kelab tersebut untuk satu match. Lawannya adalah another football club yang lebih lama dilatih. Surprisingly team dia menang! Aiman turut sumbangkan penalty kick untuk team dia...Coach dia punya la happy...datang jumpa kitorang dan siap ucap terima kasih sebab bawak Aiman masuk club dia..hehehe..

Ahad lepas pulak (30/6/2013) diorang ada tournament. Ada empat team semuanya jadi team Aiman ada 3 games hari tu...satu menang, satu seri dan satu kalah...dia sumbat 2 gol. OK lah kan, yang penting dia dapat peluang belajar dan bermain kat sini...dapat tambah kawan2 jugak.....Mama macam biasa la excited..tunggu tengok dia main dari pagi sampai habis game dekat pkl 3pm...senang jer nak cam Aiman dari tepi padang sbb dia sorang jer yg rambut 'paling hitam'.....ramai juga parents yang datang tegur aku ngan hubby puji permainan Aiman..Alhamdulillah, harap2 dia tak leka dengan pujian dan berusaha lagi untuk baiki permainan dia...

Ni gambar masa tournament hr tu...








Mama doakan bakat Aiman dapat digilap lebih lagi di sini...:)