Wednesday 17 July 2013

Mia ke Nursery

Mia lahir bulan October 2009, jadi dia akan ke nursery mulai September nanti. Di sini sesi persekolahan mula bulan September. Anak-anak yang lahir tahun yang sama bulan Jan-Ogos dah mula ke nursery tahun lepas lagi...rugi masa lah sikit...

Foundation stage kat sini bermula pada usia 4 tahun. Tahun pertama di Nursery, dan tahun kedua di Reception. Lepas tu baru ke Year 1-6. Ini memang compulsory, kalau tak hantar anak pegi sekolah siap laorang City Council datang ketuk pintu kat rumah...Untuk Nursery waktu persekolahan pendek sikit, 8.45-11.45pg. Kalau Reception sama macam Year 1-6 iaitu 8.45pg hingg 3.30ptg.

Mia memang excited nak pegi school, maybe sebab setiap hari ikut Mama pegi dan hantar abang2 yang bertiga lagi tu ke sekolah. Syukur Alhamdulillah Mia dapat nursery yang sama dengan sekolah abang2.

Hari Rabu lepas 10/7/2013 hari orientasi Nursery tempat Mia akan belajar...atau dipanggil Meet your Teacher Morning. Pada masa ni parents dan anak dapat peluang berjumpa dengan teacher2. Si anak pula dapat explore bakal classroom diorang dan outdoor area.

Setting Nursery kat sini rasanya lebih kurang macam kindergarten kat tempat kita jugak..banyak toys dan activities utk anak2. Mia memang suka sangat la sebab macam2 benda boleh buat....main alat muzik, mewarna, main pasir, buat macam2 bentuk dengan playdoh pastu boleh pegi main pulak di playground kat luar...Macam tak cukup jer masa 9.30-11.00am yang diberi. Semua benda dia nak explore...Siap pesan lagi kat Mama: "Mama baliklah masak...nanti dah siap masak datang ambik Mia"..hehe..Biar betul budak ni. Takut2 bila dah start sekolah betul2 nanti dok merengek pulak suruh tunggu di kat school..dah la tak pernah jauh dengan Mama..



Tapi tak boleh ambik gambar banyak2. Rules sekolah kat sini, dan kebanyakan sekolah kat UK ni tak boleh ambik gambar kanak-kanak sesuka hati...they are protected under the act. Kalau ada apa2 activities kat sekolah macam Sports Day ke...akan naik signboard 'No Photo Please..'. Sewaktu isi borang mula2 masuk sekolah memang ada satu borang kebenaran mengambil gambar..sama ada benarkan atau tidak gambar anak kita diambil untuk aktiviti2 sekolah macam majalah sekolah ke, poster ke dll...

Mia dah pegi sekolah nanti sunyi la Mama tinggal sorang2 kat rumah:(

No comments:

Post a Comment