Thursday 11 July 2013

Ramadhan Pertama di UK

Alhamdulillah, dapat bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Sama seperti di tanahair kami di sini juga mula berpuasa pada hari Rabu 10 Julai 2013. Tapi di sini tiada pengumuman puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di TV. Kami cuma perpandukan announcement di sini:





Cabaran berpuasa di musim summer ialah waktu siang yang agak panjang. Waktu Subuh adalah jam 3.00pagi dan berbuka (Maghrib) jam 9.31pm. Semoga Allah berikan kesabaran dan kekuatan kepada anak-anak untuk menjalani ibadah puasa kali ini. Nampaknya dalam bulan Ramadhan ni aku kena stay-up lepas solat tarawih untuk jadi penjaga jam loceng tunggu waktu sahur. Kalau tidur nanti bimbang terlajak pulak...

Untuk hari pertama semalam, Aliff dan Aiman berjaya tamatkan puasa. Walaupun Aiman ada latihan football semalam dia, tapi katanya sayang nak buka puasa...balik main bola memang agak melepek la tunggu masuk waktu Maghrib. Hari kedua hari ni cuaca agak panas..ada lebih kurang empat jam lagi sebelum berbuka. Harap-harap diorang dapat bertahan.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


#tengah dok pikir nak masak apa untuk berbuka nanti....



No comments:

Post a Comment