Thursday 17 October 2013

Cerita Mia

Hari ni hari jadi Mia yang ke-empat. Pagi-pagi waktu pegi school teacher yang sambut kat pintu dah wish "Happy Birthday Amira"...tersenyum lebar Mia hari ni. Agaknya tiap2 hari teacher kena check birthday siapa hari ni dan kena wish bila murid tu sampai kat sekolah...Masa balik teacher yang ajar Mia hari ni, Miss Basset datang berbual dengan Mama dan bagitau Mia dapat present dari teachers kat nursery - bracelet yang manik-manik tu..hehe..

Kami sambut secara sederhana sahaja di rumah. Mia tak sabar nak potong kek dengan baju 'Princess' dia...Cliche la sangat kannnn...asal anak girl jer mesti nak yg ala2 princess...




Terima kasih Papa, belikan kek Princess untuk Mia:)

Teringat kisah empat tahun dulu, mula-mula dapat tahu pregnant waktu tu dah hampir sangat dengan study week final exam masa Mama buat master. Tak sangka akan pregnant sebab waktu tu sebenarnya Mama on pills. Tapi sebab stress dengan study dan exam, memang ambik pill tak tentu masa...tiba-tiba rasa tak sedap badan dan mual-mual. Bila check urine tengok2 positive la pulak! Kuasa Allah mengatasi segalanya....mula-mula Mama agak denial sebab betul-betul tak plan dan tengah sibuk nak exam...Waktu tu abang Danish pulak baru jer berusia satu tahun. Rasa bertambah-tambah stress sebab bila study week tu, badan tak larat sangat. Bila malam memang flat abis...usaha jer setakat yang termampu dan selebihnya tawakal kepada Allah...waktu ambik result sampai tak datang ke faculty sebab tak confident langsung..mintak tolong kawan je tengokkan...Alhamdulillah, result ok dan lepas untuk sambung ke next step ----> DrPH.

Seterusnya waktu Mama mengandungkan Mia, Mama sambung pengajian dan berada di tahun satu DrPH. Course Mama adalah mixed-mode; iaitu satu tahun coursework dan exam, dan dua tahun research. So hari-hari Mama berulang dari rumah di Nilai untuk menghadiri kelas di UM. Pada tahun yang sama juga, Mama sepatutnya menghadiri konvokesyen untuk master, tapi tak dapat hadir sebab kena kuarantin kerana mempunyai risiko tinggi untuk H1N1. Waktu tu tengah kecoh dengan H1N1 outbreak...Mama tergolong dalam high risk group sebab pregnant dan ada asthma; dan masa nak konvo tu pulak ada symptom2 influenza-like illness...so kena kuarantin seminggu dan diberikan ubat anti-viral...Memang frust tak dapat konvo dengan kawan-kawan sepengajian lepas berhempas-pulas struggle; antara belajar dan family...tapi kesihatan tetap lebih utama...

Waktu Mama nak lahirkan Mia, sekali lagi Mama diuji...EDD Mia betul-betul waktu Mama nak exam semester. Akhirnya Mama ambik keputusan untuk diinduce dua minggu sebelum exam; iaitu ketika kandungan berusia 38 minggu. Oleh kerana tiada medical indication untuk di induce, procedure ni tak boleh dibuat di hospital kerajaan jadi kena pegi ke hosp swasta. Mama dan Papa memilih untuk ke Hospital An-nur, Bangi. Sewaktu buat pemeriksaan kat sini, iaitu seminggu sebelum diinduce, baru dapat tahu baby yang bakal keluar ialah baby girl!Rasa syukur sangat2 dan tak sabar nak tunggu baby keluar. Mama ingat lagi lepas balik dari check-up di klinik petang tu, Mama dan Papa terus ke Alamanda untuk shopping baju2 baby girl dan barang-barang lain yang kaler pink2 belaka....Maklumlah, dah lama tunggu nak baby girl kan...memang excited habisss...

Mama masuk wad dan mula diinduce pada pagi Jumaat 16 October 2009. Progress sangat lambat sebab waktu tu memang belum ada apa-apa tanda nak bersalin. Dalam hati terasa bersalah, adakah Mama melawan takdir Allah, menentukan sendiri bila waktu untuk melahirkan. Macam-macam perasaan kat dalam hati. Tak putus-putus Mama berdoa agar dipermudahkan semuanya dan tak sampai kena C-Sec. Menjelang senja baru mula terasa sakit. Dan sakit makin lama makin kuat dan sangat kuat. Lain betul rasa sakit diinduce dengan sakit yang natural. Oleh kerana tak tahan sangat, akhirnya Mama request for epidural. Lepas tu baru boleh rasa rehat sikit. Tempat bersalin kat sini terasa amat tenang sebab sentiasa dipasang alunan ayat-ayat Al-Quran. Tak lama kemudian pukul 4 pagi Mia pertama kali menjenguk ke dunia....Syukur Alhamdulillah semuanya selamat.

Jadi sepanjang study week Mama tu, Mama ditemani Mia. Baca buku/notes/journal diselang-seli dengan menyusukan Mia. Hari kelima lepas Mia dilahirkan Mama dah kena pegi uni sebab ada presentation, dan ke dewan exam pada minggu yang berikutnya...Setiap hari yang Mama ada paper, Papa kena cuti untuk hantar dan ambik Mama di uni...

Kehadiran Mia amat-amat bermakna bagi Mama. Bukan sahaja dianugerahkan anak perempuan yang lama mama idam-idamkan, tapi Mama belajar banyak perkara tentang kehidupan dan rezeki Allah. Mama bertambah yakin dengan kata-kata "When Allah brings you to it, He will bring you through it". Betul kan, mula-mula Mama rasa tak bersedia untuk mengandung dan tak mampu nak teruskan pengajian tapi dengan kuasa Allah, semuanya berjalan dengan baik. Mama lulus exam dan rupanya Allah hadiahkan sesuatu yang sungguh-sungguh berharga - Nin Amira Qistina. Kita merancang sesuatu, tetapi sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik untuk kita. Setiap ujian Allah pasti ada hikmah di sebaliknya...



Mama doakan Mia membesar dengan sihat, jadi anak yang cerdik dan terdidik. Semoga Mia menjadi anak yang solehah; penyejuk hati Mama, Papa dan abang-abang.

Selamat hari jadi, sayang....

No comments:

Post a Comment