Thursday 28 November 2013

Tiga Puluh Lima

Semalam 27 November ulangtahun kelahiran saya yang ke 35. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk menikmati kehidupan di muka bumi ini. Saya berdoa agar Allah panjangkan umur saya, agar dapat terus mencium dan memeluk anak-anak, serta dapat melihat mereka membesar dan mencapai cita-cita masing-masing. Owh, sudah pasti saya juga ingin dipanjangkan umur supaya dapat terus berada di sisi suami tercinta dan meniti hari-hari tua kami bersama nanti...InsyaAllah!..

Tiada sambutan hebat sempena harijadi saya, tapi 27 November tetap menjadi hari yang manis untuk dikenang saban tahun. Bila masuk bulan November, saya sering terkenangkan sahabat2 saya di medical school dulu. Kami bersahabat baik sembilan orang selama lima tahun pengajian di sana, sehingga kwn2 lelaki se-badge menggelarkan kami 'United 9'..hehehe...apa taknya, boleh dikatakan, ke mana2 sahaja kami sentiasa ber-9...dah mcm rombongan gitu..kalau ke dewan makan memang kami akan turun bersama-sama...beratur bersama dan duduk makan di meja yang sama...begitu juga kalau ada aktiviti2 lain ketika di kolej kediaman. Lepas tahu kami digelar begitu, kami terus gunakan nama 'United 9' untuk geng kami.

Salah satu event wajib, kami akan celebrate birthday kwn2 setiap bulan. Siapa yg lahir bulan yang sama, kami akan buat sambutan sekali...bulan November adalah hari jadi aku dan dua sahabat yang lain iaitu Sue (12 Nov) dan Lily (21 Nov). Yang bestnya, tiap kali birthday, kami akan pakat2 untuk beli kek dan birthday present to every birthday girls...so tiap2 tahun mmg tunggu hari jadi sebab konfem akan dapat hadiah!...kadang-kala kami buat collection among us yg bukan sambut bday bulan tu; dan beli satu hadiah besar..kadang-kala pula kami beli hadiah satu sorang dan bagi pada bday girl..so akan dapat at least lapan hadiah yang berlainan...itu part yang best...yang tak bestnya bila tiba hari jadi kena hati2 sebab selalu jer di'pekena' oleh diorang...siapa yg pernah dok asrama mesti biasa dgn 'acara' mcm ni...kena baling telur ditambah pulak dengan tepung gandum sampai abis putih satu badan....ada ketikanya pula aku tertipu dengan niat baik kawan aku yang kononnya dengan baik hati nak tolong bancuhkan susu untuk aku (dulu aku slalu minum susu sebelum tido)... Tapi rupa2nya dibancuh susu debngan garam instead of gula!!cisss...memang nak muntah rasanya....Itu antara kenangan manis dengan kawan-kawan....rasa bertuah kerana dapat merasai pengalaman mcm tu di zaman remaja:)

Bila dah berkeluarga, tiap tahun hari jadi disambut dengan suami dan anak-anak; selain ucapan2 dari adik-beradik, keluarga dan kawan-kawan melalui facebook, whatsapp, SMS dll. Setahun skali, terasa diri famous jap macam artis sebab timeline penuh dengan ucapan hehehe....terasa diri disayangi gitu.....Di rumah,semalam pagi-pagi sebelum anak ke sekolah hubby dah keluarkan kek..tak perasan pula bila masa dia pegi beli kek dan kat mana dia simpan...pandai juga dia main sorok2 rupanya...jadi pagi2 anak nyanyi lagu 'happy bday' dan suruh mama potong kek...lepas tu sorang2 peluk dan kiss Mama...kembang berbunga-bunga rasa hati Mama....

Sekali hadap jer kek dah tinggal 1/4..

Rupa-rupanya masing-masing dah sediakan kad untuk Mama. Bukan kad canggih pun, diorang cuma ambik kertas A4 Mama buat kad...tapi paling menyentuh hati adalah 'kad' dari Aiman....


Ini yang buat Mama meleleh airmata...terharu. Jujurnya kata hati anak-anak.



Danish dan Mia pun ikut abang Aiman buat kad untuk Mama...sbb belajar phonics, Danish eja ikut sound jer...'happy' dah jadi 'h' dengan 'p' jer...'Love' pulak dieja 'L' dan 'f'....hahaha...Mia pulak kalau melukis tak tinggal gambar "Mia and mummy"...macam2 keletah anak2...Along tak sempat buat kad untuk Mama sebab dari malam dia kurang sihat kena Asthma. Tak tahan dengan cuaca yang semakin sejuk menggigit tulang ni. Hari ini dan semalam Mama memang sibuk sikit kena monitor dia...

Tengah Mama bersiap-siap nak ambik Mia di sekolah, tiba-tiba ada orang ketuk pintu...alamak, rupanya orang hantar sejambak bunga....dari siapa lagi kalau bukan dari suami tersayang...


Surprise la konon...hehehe....
Juga tak lupa menelefon Mak di kampung untuk ucapkan terima kasih kerana melahir dan mendidik saya...dan tak putus-putus berdoa untuk kejayaan dan kebahagiaan anaknya ini...

Syukur Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmatNya. Diberikan keberkatan waktu dan rezeki juga nikmat kesihatan. Amin.




Monday 25 November 2013

Wales lagi - Conwy & Bangor

Lama terperap cerita ni di draft. Cerita jalan-jalan sambil menangkap ketam di Bangor, Wales.Cara sebutannya ialah 'Bang-er'. Ini kali kedua kami ke Wales selepas trip kami ke Prestatyn dulu di SINI.

Kali ini kami pergi beramai-ramai, sebelum kepulangan kawan-kawan yang dah menamatkan pengajian dan akan pulang ke Malaysia tak lama lagi. Ada tujuh family yang join trip kali ini berserta beberapa orang geng2 bujang. Saya dan keluarga bertolak ke sana pada petang Jumaat 21/9/2013. Macam biasa tunggu anak-anak balik sekolah dan bersiap gitu-gini baru boleh gerak. Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam setengah dari Coventry. Kami menginap di Travelodge di Colwyn Bay. Asalnya nak book Travelodge di Bangor tapi dah penuh. Travelodge ni lebih kurang 30 minit jer dari Bangor. Untuk 3D2N harganya £115 (harga promosi).

Di UK ni, boleh dikatakan Travelodge merupakan hotel dengan harga yang paling berpatutan. Kadang-kadang boleh dapat harga lagi murah bila time ada promotion. Biasanya kat setiap bandar mesti ada Travelodge. Boleh pilih Single Room, Twin Room atau Family Room. Check-in after 3pm dan check-out 12pm. Sepatutnya Family Room adalah untuk 2 adults dan 2 children. Oleh kerana ada anak empat, so kena pandai2 'seludup' yang lagi dua orang untuk naik ke bilik hehehe...Bilik Alhamdulillah selesa, ada toilet sekali kat dlm bilik cuma tak boleh memasak ler...


Travelodge di Colwyn Bay

Oleh kerana tiba kat sana dah malam, jadi malam tu bila dah selesai urusan check-in, kami tido aje lah sambil menanti aktiviti keesokan harinya....

Esoknya lepas breakfast sendiri-sendiri kat bilik masing-masing kami bergerak ke destinasi pertama. Mulanya nak ke Marquess of Anglesey's Column (tak tau tempat apa, ikut jer ketua rombongan), tapi bila sampai kat sana rupanya tutup la pulak hari ni...Kemudian kami ke tempat dengan nama yang terpanjang di Europe..tak reti nak menyebutnya, baca jer lah ye kat signboard tu....



Sebahagian dari peserta 'rombongan'


Aksi geng kanak-kanak



 Dengan 'Welsh Lady'


Kat dalam ni ada jual barang-barang cenderamata...Portmeirion pun ada!tapi tak banyak koleksi la...

Hantar poskad untuk Aki/Tok Wan di Jengka dan Tok Ayah/TokMa di Kota Bharu. Beli poskad dan stem boleh terus 'cop' sendiri kat situ...

Takde apa-apa sangat di sini, cuma sesi ambik2 gambar sebagai tanda dah pernah sampai kat sini...hehe...Kemudian kami kembali ke Colwyn Bay  untuk ke Llandudno. Tak jemu-jemu menatap keindahan bumi Wales yang berbukit-bukau...








Sebelum tiba di sana kami berhenti posing dulu di tepian pantai sebab nampak cantik kawasan ni...Rasa tenang jer dok kat tepi pantai..




Akhirnya kami tiba di Llandudno. Seberang jalan sepanjang pantai tu terdiri bangunan2 dengan senibina Victorian. Cuaca yang baik pada hari ke sana menambahkan cantiknya pemandangan di situ. Ramai juga orang kat sini. Agak susah nak cari parking sebab kebanyakannya penuh. Jadi terpaksalah parking jauh sikit dan exercise berjalan kaki:)





Dengan Amin & Diyana yang dah nak balik Msia. Diorang ni la yang mula2 sambut kami waktu mula2 tiba di Coventry..




Dari situ kami ke surau yang terletak berhampiran dengan ASDA untuk solat jama' Zohor dan Asar. Selesai solat, kami berkonvoi ikut 'Mayor' kami Abg. Fuad untuk ke tempat crabbing, yang tak jauh dari Menai Bridge. Nak ke sana kena lalu Menai Bridge dulu....

Kat atas jambatan

 Pandangan dari seberang

Menai Bridge ni dibina pada tahun 1826..bayangkan, masa tu diorang dah mampu buat jambatan macam ni...sedangkan datuk/nenek moyang kita di Tanah Melayu??? Kalau tak silap masa ni Tanah Melayu dah mula dijajah British...ye ke? owh, saya dah tak ingat sejarah:(

Ini pengalaman pertama tengok orang crabbing. Ingatkan susah sangat...rupanya cuma gunakan jaring-jaring dan umpannya isi/tulang ayam...baling aje jaring nanti ketam akan makan umpan dan lekat pada jaring-jaring tu...nak lagi senang, guna guni bawang yang jaring2 tu...lagi besar lagi banyak la ketam yang lekat....best juga rupanya...seronok bila tengok banyak ketam lekat pada jaring....kebetulan time kami datang tak ada orang kat situ....



Cuba nasib jugak hehe...

Hasil tangkapan 

Sambil2 tangkap ketam sempat sembang dgn tuan punya boat kat situ...Dia macam pelik tengok kitorang simpan ketam dalam bekas hahaha...Dia kata diorang kat sini kalau crabbing just untuk suka2 jer...dah dapat kemudian buang balik ke laut. Ye lah kan, diorang selalu makan crab yang besar2 aje...x makan kot yang kecik2 macam ni...untuk kami yang dah lama tak jumpa ketam ni, ini pun dah cukup baik...

Dah puas hati dengan hasil tangkapan, kami balik semula ke hotel...dinner malam ni order dengan anak sedara mayor yang kebetulan student di Bangor University. Nasi minyak dengan ayam madu..hmm...sedappp tambah2 dah letih seharian berjalan...

Sebenarnya kawan-kawan lain stay lagi satu hari. The next day (Ahad) diorang ke Snowdonia dan Coernarfon Castle..tapi lepas Subuh kami dah balik sebab....macam biasa la, Aiman ada football match huhu....oleh kerana kami yang pulang awal, jadi kami ditugaskan untuk bawa pulang ketam....yang kelakar, bila kami buka kereta pagi tu...banyak ketam yang merayap2 dalam boot kereta cuba menyelamatkan diri...aduyai....cik abang la yang terpaksa menangkap ketam2 tu sebab saya mmg tak berani nak pegang ketam hidup....hahaha..

Sampai di Coventry terus layan maggi ketam sebelum ke tempat bola....


Hmmm...sedappp mkn maggi ketam time sejuk2...

Ketam-ketam tu kami bahagi-bahagi kat semua 'orang2 kampung' Coventry...minggu tu macam2 menu ketam kedengaran...ketam celup tepung, ketam masak cili api dll....maklum lah masing2 dah rindu nak makan ketam....

Friday 15 November 2013

Learning Journal

Semalam Parents Evening di sekolah anak-anak. Sesi ini adalah untuk ibubapa berbincang dengan guru-guru tentang progress anak-anak di sekolah, dan bertanya apa-apa soalan kepada guru kelas. Penat juga saya bermarathon jumpa guru kelas masing-masing. Ini baru empat orang anak..Jam 6 lebih baru habis...kat sini pukul 6 petang dah gelap/malam sebab maghrib jam 4.15ptg...Semalam berjalan kaki di bawah sinaran lampu jalan pulang dari sekolah.

Alhamdulillah berpuas hati dengan pencapaian anak-anak. Tidak lah terlalu hebat, tapi cukup buat hati saya lega bila dapat tahu diorang dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Overall, semuanya menunjukkan peningkatan dalam pelajaran, dan kata cikgu lebih confident untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Paling menggembirakan ialah Aliff dan Aiman, cikgu masing2 tak habis-habis memuji mereka berdua buat mama bergenang air mata..terharu...Untuk Danish dan Mia, masih perlukan bantuan untuk menguasai bahasa Inggeris. Masih malu2 nak bercakap dengan teacher...Nampaknya kena encourage abang-abang 'speaking' kat rumah dgn adik-adik...

Appointment terakhir adalah dengan guru kelas Mia. Sementara menunggu giliran berjumpa dengan Mrs. Stephenson, saya diberi 'Learning Journal' yang disediakan oleh cikgu untuk Mia. Semua pelajar di Nursery ada 'Learning Journal' masing-masing. Didalamnya direkodkan segala macam aktiviti yang dibuat oleh pelajar, apa yang diobserve oleh guru termasuk gambar-gambar semasa mereka buat kerja di sekolah.

 
Muka Depan Learning Journal Mia

Ini antara apa yang direkodkan oleh teacher dalam journal Mia...banyak pages, tak dapat nak snap semua...

 
 



Penat juga jadi teacher di Nursery kan...nak kena observe dan record semua yg murid-murid buat...Di akhir sesi persekolahan nanti, journal ini akan diserahkan kepada ibubapa untuk disimpan sebagai kenangan...

Sambil tunggu turn jumpa teacher sempat juga mama melihat-lihat hasil kerja anak-anak yang ditampal di dinding kelas...ni antara hasil kerja Mia...



 


Apa la agaknya yang Mia lukis tu...hehehe...good try Mia!

Gambar Mia dan kawan-kawan...

 

Thursday 14 November 2013

Nearly there...

Alhamdulillah, akhirnya SV izinkan untuk saya hantar 3 months notice of submission. Minggu lepas baru terima draft yang direview oleh beliau selepas lebih dua bulan menunggu...terpaksa faham dan terima yang dia teramat busy sebab memegang jawatan antara yang tertinggi dalam universiti. Well, awal-awal lagi dah diingatkan...don't blame on your SV huhu...Ada sedikit-sebanyak lagi correction yang perlu dibuat, jadi kena pulun dalam masa 3 bulan ni.

Proses penghantaran thesis di UM mungkin berbeza sedikit dengan universiti lain...sebelum submit, kami dikehendaki menghantar '3 months notice of submission of thesis' iaitu anggaran tiga bulan sebelum tarikh submission akan dibuat. Dalam tempoh ini fakulti akan bermesyuarat untuk menyetujui internal dan external examiners yang dicalonkan oleh supervisor dan untuk confirmkan tajuk thesis. Setelah semuanya dipersetujui, barulah fakulti akan keluarkan surat untuk membenarkan thesis disubmit. Sebab tu perlukan tiga bulan sebab meeting biasanya diadakan cuma sebulan sekali...

Sebelum hantar notice, kami juga perlu ada sekurang-kurangnya dua articles yang diterima untuk publication di dalam ISI-cited journal. Supervisor saya tambah lagi syarat supaya saya cuma menghantar ke Tier 1 journal sahaja...syukur Allah permudahkan segalanya. Akhirnya berjaya memenuhi permintaan beliau. Dua paper dah published iaitu satu di Preventive Medicine (Impact Factor (2012): 3.216) dan satu lagi di PlosOne (IF 2012: 4.092). Alhamdulillah...Sekarang sedang menunggu satu lagi paper direview, harap-harap juga diterima untuk publication nanti.


Isma, you are nearly there...just need to burn a few more midnight oil...a little bit more to be done...

Tamat yang ini boleh tumpukan pada soal pendidikan anak-anak. Ada banyak perkara yang ingin dibuat...ajar Danish dan Mia membaca English dan Bahasa Malaysia, tulisan jawi untuk semua anak-anak dan juga ilmu-ilmu agama terutamanya fardhu ain yang lain. Sekarang masih belum dapat buat secara konsisten, kecuali mengajar mereka mengaji setiap malam. Saya juga bercita-cita untuk membimbing mereka menghafaz Al-Quran. Buat masa ini dimulakan oleh abang2 yang besar, Aliff dan Aiman dengan menghafaz surah-surah pendek. Perlukan banyak masa untuk belajar cara-cara untuk membimbing mereka. That's why I want to finish my thesis fast.

Kata sang motivator, setiap impian perlu ditulis....supaya selepas beberapa ketika dapat kita semak kembali adakah kita on track atau tidak....Ye, ini adalah untuk peringatan diri saya...supaya bila tamat pengajian nanti, tidak hanya terleka dengan drama-drama korea dan telemovie sahaja...hehe..sekarang pun dah terjangkit sikit-sikit...

Tuesday 12 November 2013

Tempat Lahir Shakespeare

Di suatu hujung minggu selepas berehat-rehat di rumah, Mr. Hubby mengajak kami berjalan-jalan ke Shakespeare birth place di Stradford-Upon-Avon. Dah lama mendengar cerita tentang tempat ini, malahan dua keluarga kawan yang pernah menginap rumah kami; iaitu dari Glasgow dan Lancaster dah pun pergi melawat...kami jer belum sampai. Ada sahaja halangan. Tempat ini adalah antara tempat menarik di sekitar Warwick. Jaraknya cuma setengah jam dari rumah kami.

Shakespeare, atau nama sebenarnya William Shakespeare adalah penulis berbangsa Inggeris yang sangat terkenal. Beliau dilahirkan pada tahun 1564. Hasil penulisan beliau termasuk poem dan skrip drama. Seingat saya semasa di tingkatan satu dulu iaitu semasa saya bersekolah di Convent Bukit Nanas, salah satu bukunya menjadi 'buku teks' bagi subjek English Literature kami...tapi dah tak ingat pula tajuk buku tersebut...

Gambar-gambar kami sekeluarga di sana...


Ini ialah Historical American Fountain and Clock Tower, yang dihadiahkan oleh seorang journalist dari Amerika iaitu George W Childs pada tahun 1887. Monumen ini dibina untuk memperingati Willian Shakepeare dan terletak di Rother Street.

Di sekitar tower ini sebenarnya terdapat Antiques and Craft Market, di mana banyak gerai-gerai yang menjual barang-barang antik dan kraf. Dari sini kami berjalan kaki mencari rumah Shakepeare.





 Rumah yang kat belakang tu ler Shakespeare's birthplace; yang terletak di Henley Street, Stradford Upon Avon. Di rumah inilah Shakepeare dilahirkan dan membesar..





Kami cuma berjalan-jalan menyusuri town sahaja, tak masuk pun kat dalam nie...sebab tiketnya boleh tahan mahal hehe...untuk adult 14.95gbp dan child 9gbp seorang...Town dia memang bersih dan cantik. Biasa lah, mat salleh memang suka preserve tempat2 bersejarah macam ni...laluan sepanjang jalan ini ditutup kepada kenderaan dan cuma boleh berjalan kaki. Selain dari tempat kelahiran Shakepeare ini, di sepanjang laluan ini terdapat pebagai kedai cenderahati, coffee shop, charity shop dll.




 Di pintu masuk tu ada satu mesin cenderamata, yang kita boleh buat sendiri. Masukkan duit satu penny....



dan akan keluar macam ni....