Friday 15 November 2013

Learning Journal

Semalam Parents Evening di sekolah anak-anak. Sesi ini adalah untuk ibubapa berbincang dengan guru-guru tentang progress anak-anak di sekolah, dan bertanya apa-apa soalan kepada guru kelas. Penat juga saya bermarathon jumpa guru kelas masing-masing. Ini baru empat orang anak..Jam 6 lebih baru habis...kat sini pukul 6 petang dah gelap/malam sebab maghrib jam 4.15ptg...Semalam berjalan kaki di bawah sinaran lampu jalan pulang dari sekolah.

Alhamdulillah berpuas hati dengan pencapaian anak-anak. Tidak lah terlalu hebat, tapi cukup buat hati saya lega bila dapat tahu diorang dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Overall, semuanya menunjukkan peningkatan dalam pelajaran, dan kata cikgu lebih confident untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Paling menggembirakan ialah Aliff dan Aiman, cikgu masing2 tak habis-habis memuji mereka berdua buat mama bergenang air mata..terharu...Untuk Danish dan Mia, masih perlukan bantuan untuk menguasai bahasa Inggeris. Masih malu2 nak bercakap dengan teacher...Nampaknya kena encourage abang-abang 'speaking' kat rumah dgn adik-adik...

Appointment terakhir adalah dengan guru kelas Mia. Sementara menunggu giliran berjumpa dengan Mrs. Stephenson, saya diberi 'Learning Journal' yang disediakan oleh cikgu untuk Mia. Semua pelajar di Nursery ada 'Learning Journal' masing-masing. Didalamnya direkodkan segala macam aktiviti yang dibuat oleh pelajar, apa yang diobserve oleh guru termasuk gambar-gambar semasa mereka buat kerja di sekolah.

 
Muka Depan Learning Journal Mia

Ini antara apa yang direkodkan oleh teacher dalam journal Mia...banyak pages, tak dapat nak snap semua...

 
 



Penat juga jadi teacher di Nursery kan...nak kena observe dan record semua yg murid-murid buat...Di akhir sesi persekolahan nanti, journal ini akan diserahkan kepada ibubapa untuk disimpan sebagai kenangan...

Sambil tunggu turn jumpa teacher sempat juga mama melihat-lihat hasil kerja anak-anak yang ditampal di dinding kelas...ni antara hasil kerja Mia...



 


Apa la agaknya yang Mia lukis tu...hehehe...good try Mia!

Gambar Mia dan kawan-kawan...

 

No comments:

Post a Comment