Thursday 14 November 2013

Nearly there...

Alhamdulillah, akhirnya SV izinkan untuk saya hantar 3 months notice of submission. Minggu lepas baru terima draft yang direview oleh beliau selepas lebih dua bulan menunggu...terpaksa faham dan terima yang dia teramat busy sebab memegang jawatan antara yang tertinggi dalam universiti. Well, awal-awal lagi dah diingatkan...don't blame on your SV huhu...Ada sedikit-sebanyak lagi correction yang perlu dibuat, jadi kena pulun dalam masa 3 bulan ni.

Proses penghantaran thesis di UM mungkin berbeza sedikit dengan universiti lain...sebelum submit, kami dikehendaki menghantar '3 months notice of submission of thesis' iaitu anggaran tiga bulan sebelum tarikh submission akan dibuat. Dalam tempoh ini fakulti akan bermesyuarat untuk menyetujui internal dan external examiners yang dicalonkan oleh supervisor dan untuk confirmkan tajuk thesis. Setelah semuanya dipersetujui, barulah fakulti akan keluarkan surat untuk membenarkan thesis disubmit. Sebab tu perlukan tiga bulan sebab meeting biasanya diadakan cuma sebulan sekali...

Sebelum hantar notice, kami juga perlu ada sekurang-kurangnya dua articles yang diterima untuk publication di dalam ISI-cited journal. Supervisor saya tambah lagi syarat supaya saya cuma menghantar ke Tier 1 journal sahaja...syukur Allah permudahkan segalanya. Akhirnya berjaya memenuhi permintaan beliau. Dua paper dah published iaitu satu di Preventive Medicine (Impact Factor (2012): 3.216) dan satu lagi di PlosOne (IF 2012: 4.092). Alhamdulillah...Sekarang sedang menunggu satu lagi paper direview, harap-harap juga diterima untuk publication nanti.


Isma, you are nearly there...just need to burn a few more midnight oil...a little bit more to be done...

Tamat yang ini boleh tumpukan pada soal pendidikan anak-anak. Ada banyak perkara yang ingin dibuat...ajar Danish dan Mia membaca English dan Bahasa Malaysia, tulisan jawi untuk semua anak-anak dan juga ilmu-ilmu agama terutamanya fardhu ain yang lain. Sekarang masih belum dapat buat secara konsisten, kecuali mengajar mereka mengaji setiap malam. Saya juga bercita-cita untuk membimbing mereka menghafaz Al-Quran. Buat masa ini dimulakan oleh abang2 yang besar, Aliff dan Aiman dengan menghafaz surah-surah pendek. Perlukan banyak masa untuk belajar cara-cara untuk membimbing mereka. That's why I want to finish my thesis fast.

Kata sang motivator, setiap impian perlu ditulis....supaya selepas beberapa ketika dapat kita semak kembali adakah kita on track atau tidak....Ye, ini adalah untuk peringatan diri saya...supaya bila tamat pengajian nanti, tidak hanya terleka dengan drama-drama korea dan telemovie sahaja...hehe..sekarang pun dah terjangkit sikit-sikit...

No comments:

Post a Comment