Tuesday 12 November 2013

Tempat Lahir Shakespeare

Di suatu hujung minggu selepas berehat-rehat di rumah, Mr. Hubby mengajak kami berjalan-jalan ke Shakespeare birth place di Stradford-Upon-Avon. Dah lama mendengar cerita tentang tempat ini, malahan dua keluarga kawan yang pernah menginap rumah kami; iaitu dari Glasgow dan Lancaster dah pun pergi melawat...kami jer belum sampai. Ada sahaja halangan. Tempat ini adalah antara tempat menarik di sekitar Warwick. Jaraknya cuma setengah jam dari rumah kami.

Shakespeare, atau nama sebenarnya William Shakespeare adalah penulis berbangsa Inggeris yang sangat terkenal. Beliau dilahirkan pada tahun 1564. Hasil penulisan beliau termasuk poem dan skrip drama. Seingat saya semasa di tingkatan satu dulu iaitu semasa saya bersekolah di Convent Bukit Nanas, salah satu bukunya menjadi 'buku teks' bagi subjek English Literature kami...tapi dah tak ingat pula tajuk buku tersebut...

Gambar-gambar kami sekeluarga di sana...


Ini ialah Historical American Fountain and Clock Tower, yang dihadiahkan oleh seorang journalist dari Amerika iaitu George W Childs pada tahun 1887. Monumen ini dibina untuk memperingati Willian Shakepeare dan terletak di Rother Street.

Di sekitar tower ini sebenarnya terdapat Antiques and Craft Market, di mana banyak gerai-gerai yang menjual barang-barang antik dan kraf. Dari sini kami berjalan kaki mencari rumah Shakepeare.





 Rumah yang kat belakang tu ler Shakespeare's birthplace; yang terletak di Henley Street, Stradford Upon Avon. Di rumah inilah Shakepeare dilahirkan dan membesar..





Kami cuma berjalan-jalan menyusuri town sahaja, tak masuk pun kat dalam nie...sebab tiketnya boleh tahan mahal hehe...untuk adult 14.95gbp dan child 9gbp seorang...Town dia memang bersih dan cantik. Biasa lah, mat salleh memang suka preserve tempat2 bersejarah macam ni...laluan sepanjang jalan ini ditutup kepada kenderaan dan cuma boleh berjalan kaki. Selain dari tempat kelahiran Shakepeare ini, di sepanjang laluan ini terdapat pebagai kedai cenderahati, coffee shop, charity shop dll.




 Di pintu masuk tu ada satu mesin cenderamata, yang kita boleh buat sendiri. Masukkan duit satu penny....



dan akan keluar macam ni....


No comments:

Post a Comment