Thursday 19 December 2013

Nottingham-Derbyshire-Buxton

Dua-tiga hari lagi dah mula cuti sekolah (Winter Holiday) tapi Mama baru nak citer pasal jalan-jalan semasa autumn holiday yang lepas. Dah lewat sebulan lebih tapi nak citer jugak nanti tak lengkap pulak catatan perjalanan di bumi England.

Kebetulan masa autumn holiday awal November lepas kawan se-office  Mr. Hubby - Mas & Syed datang ke London untuk menghadiri conference. Conference tamat hari Jumaat tapi flight diorang pada hari Isnin. Jadi masa yang terluang kami jemput datang ke rumah dan bawa mereka berjalan-jalan. Mas tinggal di rumah Kak Shilla (juga ofis-mate Mr. Hubby yg sama2 belajar di Warwick Uni) manakala Syed pula bermalam di rumah kami. Keesokan paginya (Sabtu - 2 Nov) selepas selesai sarapan kami bertolak bersama-sama ke Nottingham.

Sebenarnya jadual percutian ni diatur oleh Kak Shilla, kami just follow aje...Destinasi pertama kami ke Wollaton Hall and Deer Park di Nottingham. Wollaton Hall, yang kini dijadikan Natural History Museum ni terletak di atas bukit, jadi kena berjalan naik bukit sikit dari tempat parking. Di sini adalah tempat penggambaran cerita Batman- The Dark Knight Rises. Nak masuk ke bangunan ni percuma jer...berhampiran dengan pintu masuk adalah kedai souvenier.

Kat dalam ni ada pelbagai galeri seperti birds, insects dan Africa gallery. Di dinding2 pula dipamerkan lukisan-lukisan yang telah berusia dan diframekan cantik-cantik....




 View dari tingkap atas Wollaton Hall








Kat luar sana tu ada Nottingham Industrial Museum dan Deer Park, tapi kami tak sempat nak masuk. Cuma nampak deers dari jauh jer....

Dari sana kami bawa Mas & Syed bershopping di East Midlands Designers Outlet, di Mansfield Road, Derbyshire (DE55 2JW). Macam2 lah diorang beli untuk buah tangan kepada keluarga tersayang dan kawan2. Saya pun sempat beli sepasang kasut di outlet Clarks untuk hadiah konvo Abang Long saya. 



Destinasi seterusnya kami ke Buxton, salah satu tempat yang popular dan dianggap 'pintu masuk' kepada Peak District National Park. Di sana, ada kawan Kak Shilla yang menyewa 3-storey homestay dan ajak Kak Shilla bermalam bersama di sana. Mereka akan meneruskan perjalanan ke Manchester dan Liverpool keesokan hari, manakala kami sekeluarga pula akan balik ke Coventry sebab ada hal lain pada hari Ahad. Untuk petang itu, kami ke rumah tersebut untuk tumpang solat dan makan bekalan makanan yang dibawa.

Plan asalnya nak melawat-lawat kawasan sekitar Buxton tapi kerana hari dah mulai gelap terpaksa dibatalkan. Homestay ini adalah rumah tiga tingkat yang cantik & selesa. Ada dapur yang lengkap untuk memasak dan ruang tamu di tingkat bawah, 2 bilik tidur dan 1 bilik air di tingkat tengah dan satu lagi bilik paling besar di top floor. Di bilik paling atas (top floor) ada tiga katil single. Oleh kerana Mr. Hubby leka berbual2 dengan ofis-matenya tu, sedar2 hari pun dah lewat malam. Diorang ajak tidur sekali di sana dan kami balik selesai solat Subuh.

Perjalanan balik pagi tu dapat lihat pemandangan yang sangat cantik di Peak District ni...tambahan pulak masa tu matahari baru nak naik..dengan pokok-pokok autumn yang berdaun kuning-keemasan, dan sesetengahnya dah luruh meninggalkan hanya dahan2 dan ranting2....ditambah dengan pancaran cahaya matahari, Subhanallah.. memang cantik...di kiri kanan pula adalah kawasan padang yang menghijau, rasanya mungkin padang ragut tapi kerana masih awal pagi belum kelihatan haiwan-haiwan yang berkeliaran. Walaupun nak balik cepat, rasa macam rugi pulak kalau tak berhenti ambik gambar...so kami berhenti 2-3 kali posing-posing dulu kat tepi jalan sambil menahan kesejukan huhuhu...













Kami kesuntukan masa pada hari tersebut. Tapi InsyaAllah kalau panjang umur dan ada masa lagi kami akan kembali ke sini untuk menjelajah Peak District.



No comments:

Post a Comment