Tuesday 21 January 2014

Main Doktor-doktor

Hari ni baru boleh relax sikit dan ada masa untuk mengupdate blog. Sejak hari Sabtu lepas, boss Mr. Hubby dari Malaysia menginap di rumah kami. Dia ada scientific visit di beberapa tempat di UK dan hari ni hari terakhir. Sempat bawa dia berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik sekitar Coventry, ber 'car boot' pada pagi Ahad dan kemudian bershopping ke East Midland Designer Outlet. Pagi2 tadi dia dah bertolak dengan train ke Rotterham dan dari sana beliau akan terus ke Heathrow Airport untuk balik ke Malaysia. Segan juga bila boss berstatus 'JUSA' tinggal di rumah kami yang tak seberapa. Dan yang paling merisaukan saya nak sediakan menu2 masakan, maklumlah bukannya terer masak sangat. Tapi sebab dah ada tetamu kena buat jugak lah setakat yang termampu kan...Petang ni pula akan terima lagi tetamu, yang akan datang bersama keluarga untuk menghadiri konvo di Warwick University. Sementara menunggu diorang sampai, kita layan blog dulu ye...

Minggu ni kelas Mia (Nursery) belajar tentang doktor dan pesakit. Teachers sediakan satu 'klinik' di nursery di mana settingnya macam klinik betul2 - ada tempat receptionist dengan telefon dan komputer, juga ada bilik doktor dengan peralatan2 untuk pemeriksaan & rawatan seperti stetoskop, otoskop (alat untuk pemeriksaan telinga), tendon hammer, syringes, bandages dan lain-lain. Of course lah yang mainan punya....

 'Baby Clinic' tapi dah bersepah selepas dikerjakan oleh Mia & her friends


Knowing that I'm a medical doctor yang tengah bercuti panjang Mia's teacher, Mrs. Stephenson jemput saya datang ke nursery hari ini untuk jadi 'visiting doctor'. Seronok dapat sertai mereka pada hari ni. Bila tiba sesi tersebut, semua kanak-kanak berkumpul di hadapan 'Baby Clinic'. Kemudian cikgu-cikgu berlakon di hadapan murid-murid: masing-masing menjadi pesakit, receptionist, doktor dan pharmacist. Mereka lakonkan macam mana steps untuk berjumpa dengan doktor, bermula dengan membuat panggilan untuk temujanji, kemudian daftar kedatangan di kaunter, dan tunggu giliran untuk berjumpa doktor. Selepas itu babak pesakit berjumpa dengan doktor, hinggalah pesakit mengambil ubat di farmasi. Mengikut kata Mrs. Stephenson, mereka juga gunakan cara ini untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru yang berkaitan kepada murid-murid. Contohnya perkatan 'temperature', 'medicine' dan 'prescription'. Patutlah diorang seronok belajar kat nursery. Semuanya belajar secara 'fun play' - interesting and very educational...

Kemudian Mrs. Stephenson panggil saya untuk berkongsi pengalaman dengan mereka. Macam mana belajar nak jadi doktor, berapa lama, apa tugas-tugas doktor, sedikit pengalaman dan lain-lain. Juga jawab beberapa soalan dari teachers. Lepas tu giliran saya duduk di 'klinik' dan memeriksa pesakit. Kebetulan saya memang bawa stetoskop saya ke sini, tujuannya cuma nak check anak2 bila diorang tak sihat. Bila dijemput, saya pun bawa bersama stetoskop tersebut ke nursery. Jadi dapat beri peluang kepada kawan-kawan Mia untuk dengar degupan jantung masing-masing dengan menggunakan stetoskop. Masing-masing excited dapat dengar bunyi jantung sendiri...:)

 Sophia examined Mia's ear using otoscope

Mia's turn to be a doctor

Oleh kerana tak dibenarkan ambik gambar anak orang lain, jadi ambik gambar anak sendiri je lah...

Sambil tunggu Mia habis kelas (11.45am), Mrs. Stephenson ajak saya sertai kelas dia...join diorang nyanyi nursery rhymes, belajar phonics (hari ni belajar letter 'a' dan 'm') dan dengar teacher bercerita...Suka lah Mia, mama ada sekali dalam kelas. Nampak dia lebih bersemangat bila teacher tanya soalan cepat-cepat jer nak jawab...

Had a great time playing with them today!

No comments:

Post a Comment