Tuesday 7 January 2014

Winter Holidays Part 3: Glasgow - Edinburgh - Newcastle

Sambung citer jalan-jalan cuti sekolah di musim dingin. Part 1 kat SINI dan Part 2 kat SINI. Hari ni anak-anak dah kembali bersekolah semula. Sunyi pulak rasanya tinggal sorang-sorang selepas dua minggu berjimba dengan diorang...

25  Disember 2013 kami masih di rumah kawan di Glasgow. Di sini sekali lagi Mr. Hubby diminta buat roti canai. Dah jadi program jelajah roti canai la pulak..hehehe...Kali ni makan roti canai dan kari kambing. Selain tu Kak Ina juga masakkan nasi lemak untuk kami. Kebetulan teman 'sekampung' dari Warwick, Kak Shilla pun datang singgah bersarapan sama kat sini. Kak Shilla dan family pun datang bercuti di Scotland, cuma jadual perjalanan tak sama. Mr. Hubby, Abg. Razif dan Kak Shilla kerja di agensi yang sama kat Malaysia...Selesai bersarapan dan bersalaman, kami meneruskan perjalanan untuk ke Edinburgh.

Sebelum ke Edinburgh, kami berjalan-jalan di sekitar Glasgow. Oleh kerana hari tersebut cuti Hari Krismas, banyak tempat dan kedai yang tutup. Cuma sempat ke University of Glasgow dan ke Celtic Stadium dengan K.Shilla sefamily.









Dari sana kami terus ke Edinburgh, iaitu kira-kira 45 minit perjalanan. Sebelum ni saya ingatkan Glasgow ibu negara Scotland sebab ia bandar terbesar, rupa2 Edinburgh...Lemah Geography huhuhu.....Tiba di Edinburgh, terpegun melihat bangunan-bangunan old English yang cantik di kiri dan kanan jalan. Patutlah Edinburgh menjadi destinasi popular pelancong.





Sebenarnya di bandar Edinburgh boleh sahaja dijelajahi dengan berjalan kaki sebab sepanjang jalan utama, Princess Street terdapat banyak bangunan-bangunan yang menarik selain daripada tempat shopping; Princess Mall. Oleh kerana anak-anak dan papanya dah mengeluh keletihan untuk berjalan kaki sebab dah beberapa hari berkelana ditambah dengan cuaca yang memang sejuk giler, kami decided untuk berkereta sahaja ke tempat-tempat yang menarik di sini. Mungkin kerana hari ini cuti umum, tidak begitu ramai orang di tengah bandar dan nak cari parking pun senang. Kami parked kereta berhampiran dengan Hard Rock Cafe Edinburgh, ingatkan boleh beli souvenir tapi rupa2nya tutup juga....

HRC Edinburgh

Tidak jauh dari situ adalah Scott Monument, yang terletak di Princess Street Garden. Kalau ikut Wikipedia Scott Monument ni siap dibina pada tahun 1844.


Scott Monument - building yang berbusu tajam kat belakang tu...

Dari situ kami berkereta semula untuk mencari Edinburgh Castle. Tapi tersilap jalan, sepatutnya lepas melepasi Scott Monument tu kami perlu belok ke kanan untuk ke Edinburgh Castle, tapi kami dah terlepas junction tu...kebetulan terjumpa Calton Hill, jadi kami berhenti kat sana dulu. Kami parking kereta di tepi jalan dan kena jalan kaki sikit naik bukit. Calton Hill diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site. Kat atas ni terdapat banyak bangunan dan monument, salah satunya ialah National Monument of Scotland.



Dari atas bukit ni juga dapat lihat pemandangan indah sekitar bandar Edinburgh....ada nampak laut jugak kat hujung sana...


Seluar Mia comot sebab jatuh main kejar2 dgn abang kat atas bukit

Hari dah mula malam...pemandangan waktu malam bandar Edinburgh memang awesome..

Sebab hari dah mulai gelap, kena batalkan plan nak ke Edinburgh Castle. Kecewa juga sebenarnya sebab Edinburgh Castle ni mcm mercu tanda kat sini. Kata orang tak lengkap ke Edinburgh kalau tak ke castle yang satu ini. Tapi kalau pegi pun rasanya dah tak larat nak panjat bukit...Lagipun kami nak ke destinasi seterusnya iaitu Newcastle. 

Dari sini ke Newcastle mengambil masa hampir dua jam. Agak cuak di sepanjang perjalanan sebab entah kenapa TomTom (satnav) bawa mengikuti jalan kampung yang kecil dan gelap, tak ada lampu jalan. Dah la sesekali jer bertemu dengan kereta lain....Adoii geram jugak la kat si TomTom ni...malam pulak tu...Syukurlah minyak kereta dah isi penuh2 semasa di Edinburgh. Di Newcastle kami ke rumah kawan Mr. Hubby. Setibanya kat sana dia terus ajak kami dinner di Annesa's Buffet Restaurant yang terletak di Newcastle Quayside. Restoren ni menyediakan makanan India/Punjabi yang halal. Cantik restoran ni...pilihan makanan pun memang banyak, dari starter, main dishes hingga la ke dessert yang pelbagai...boleh makan sebanyak mana yang larat..harga untuk dewasa GBP13.99 dan kanak-kanak setengah dari harga dewasa. Setakat yang saya makan - pillai rice, chicken curry, tandoori chicken, grilled lamb etc, makanannya sedap-sedap belaka.
Kat entrance restoren Annesa 

Lepas makan kami menyusuri River Tyne menyaksikan keindahan malam di Newcastle dengan lampu yang berwarna-warni. Ada beberapa bridges yang merentasi River Tyne, tapi yang paling menarik ialah Gateshead Millenium Bridge - the world's first and only tilting bridge!Kami berjalan kaki merentasi bridge ini untuk ke seberang. Menurut kawan Mr. Hubby, bridge ini akan 'tilt' bila ada kapal yang akan lalu di bawah jambatan. 

 Pemandangan dari atas Gateshead Millenium Bridge

Kemudian kami berhenti bergambar di St. James Park, iaitu stadium bagi pasukan bola Newcastle sebelum balik ke rumah penginapan.



Malam ni tidur lena sebab keesokan harinya nak ber'Boxing Day'!

No comments:

Post a Comment