Saturday 1 February 2014

Butter Chicken

Saya mula-mula makan butter chicken masa memenuhi jemputan makan di rumah seorang kawan di sini. Mula-mula nampak lauk atas meja ingatkan rendang, tapi bila makan lain rasanya...tanya kat tuan rumah, itu butter chicken katanya...ooo...x pernah makan sebelum ni hehe...tapi sedap!

Kemudian cari resepi untuk dicuba di rumah. Tertarik dengan resepi kat blog Kak Azie sebab tajuknya pun dah 'Butter Chicken Yang Sangat Sedap'...lepas cuba kali pertama, dah banyak kali masak guna resepi ini sebab mudah dan rasanya pun sangat-sangat sedap. Dah jadi favourite Mr. Hubby pulak. Saya pun suka nak masak ni sebab senang sangat tak payah nak tumis2...tak payah nak kupas2 bawang or rendam cili kering bagai...simple and tasty:)



Jom tengok resepi...

Ayam Masak Butter

Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
2 cili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - optional
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis cili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

2 comments: