Monday 28 April 2014

Submission

Finally.....

Dah setahun dok kat sini, akhirnya siap jugak buat write-up thesis...bila supervisor bagi green light, rasa tak sabar nak cepat-cepat pegi hantar...Kalau yang betul-betul student kat sini ok la boleh pegi uni atau library untuk buat kerja...Tapi yang status 'student angkat' jer ni terpaksa lah buat semua kerja kat rumah, selit-selit mengadap thesis bila ada masa antara kerja2 rumah dan tanggungjawab lain. Memang susah nak bagi 100% tumpuan tambah2 untuk orang yang tak berapa nak disiplin dengan masa macam saya...huhuhu..

Lepas beberapa kali hantar draft kat SV, akhirnya dia approve untuk submission...Alhamdulillah....mulanya ingatkan nak minta tolong adik jer uruskan thesis submission di UM, tapi bila fikir banyak pulak step2 yang nak kena buat akhirnya decided untuk balik uruskan sendiri...Maka pada 7 April yang lepas saya pun berangkat pulang ke Malaysia...memang teramat seronok dapat kembali ke tanahair selepas setahun ditinggalkan, tapi sebab balik pun sorang-sorang jer so perasaan gembira tu pun tinggal separuh2...memikirkan anak2 dan Mr. Hubby yang ditinggalkan... Balik pun cuma seminggu, semata-mata nak uruskan submission. Nak balik lama tak sedap hati pula tinggalkan diorang....

Memandangkan masa yang amat limited, saya dah emailkan siap2 pdf thesis ke kedai printing yang saya biasa print poster dll...rasanya budak2 UM mesti tahu kedai ni...Polo Enterprise di Section 17...ntah macam mana tengah pening-pening fikir macam mana nak bagi settlekan semua perkara dalam masa seminggu, Allah bagi ilham untuk email kat kedai ni...cepat pulak Mrs Yap (wife tokey ni rasanya) tu reply..dan katanya boleh tolong print dan binding siap2 nanti saya datang ambik jer...Maklumlah nak print dan binding pun ambik masa 3-4 hari. Saya pilih untuk hantar kat kedai ni sebab diorang memang dah familiar dengan UM punya thesis formatting...sebelum ni memang adik cakap boleh tolong hantar print kat kedai, tapi risau pulak kalau formatting lari time print tu...nak print nye dah la 5 copies...salah kang rugi jerr...

Masa nak beli tiket berbelah-bahagi nak bawak Mia ke tidak, sebab dia memang tak pernah berenggang dengan saya...(ehh tapi masa dia umur setahun lebih pernah tinggalkan dia dua minggu sebab Mama pegi Jepun:)). Tapi bila tanya dia nak ikut mama balik Malaysia ke tak, dia dengan relax jer jawab "Tak nak lah, nanti teacher cari Mia..."..Hamboiii...semangat betul pegi sekolah kann...tengok lah nanti berdrama ke tidak bila mama tak ada....Flight saya balik 7 April dan tiba di KLIA pada petang 8 April....waktu sampai, mak dan abah dan adik no. tiga & family dia dah tunggu di KLIA....happynyaaaa...rindu sangat kat mak dan abah. Alhamdulillah diorang sihat, masih sama seperti masa saya tinggalkan setahun yang lalu...terharu sangat2 sebab mak dan abah sanggup datang dari kampung di Jengka, Pahang (abah drive sendiri) semata-mata nak menyambut kepulangan anak kesayangannya ni...hehehe...Dari KLIA singgah makan tengahari kat kedai makan favourite....sebelum balik memang dah terbayang2 menu2 yang nak kena 'cover' dalam tempoh seminggu percutian ni..macam-macam benda nak makan!

Kemudian singgah ke rumah kawan merangkap jiran di taman kami tinggal di Nilai Impian, untuk ambil surat2 yang dah sebeban terkumpul...dah cakap awal-awal kat Jaja nak datang ambil surat so dia memang dah ready. Tak sempat sembang lama pun dengan Jaja...sebab nak balik rumah adik di Gombak...sempat la lalu dirumah kami yang sekarang disewakan...sedih dan sayu....tak sabar nak kembali ke rumah kami semula...

Home is where your heart belongs:(

Hari Rabu dan Khamis memang kerja berulang dari rumah adik di Gombak ke UM. Syukurlah adik-adik banyak membantu...Hari pertama adikku Amir jadi 'supir' ke sana ke sini. Mula2 tolong hantar ke kedai Polo Enterprise untuk ambil thesis yang dah siap dibinding, dan kemudian ke pejabat supervisor di bangunan Canseleri untuk ambil borang yang dah ditandatangani oleh beliau. Saya dah email siap2 sebab tahu dia memang sentiasa sibuk...maklumlah TNC kann....hari saya datang tu dia berada di Dubai. Mulanya dah buat appointment nak berjumpa dia pada petang Jumaat, sekembalinya dia dari Dubai, tapi saat akhir dia batalkan sebab dia dapat arahan untuk ke Sandakan pula...tak sempat la saya nak jumpa supervisor saya...dah la setahun dah tak jumpa...

Lepas ambil borang dari pejabat sv, kena ke pejabat Bendahari pulak untuk dapatkan cop yang memperakukan bahawa dah tak ada hutang dengan universiti....macam-macam lah UM ni...saya tengok kawan2 kat uni Mr. Hubby (Warwick) senang jer nak submit thesis diorang.....lepas kawtim dengan pejabat Bendahari (actually ada tunggakan, KKM tak habis bayar semasa masih dlm tajaan..tapi itu tanggungjawab penaja la untuk settlekan)...Lepas tu bawa pula borang dan thesis2 ke department di Fakulti Perubatan untuk approval dari Ketua Jabatan pulak.

Sebenarnya appointment dengan HOD keesokan harinya, sebab hari Rabu tu beliau baru balik dari outstation (Japan). Tapi saya tinggalkan dulu semuanya di pejabat beliau. Faham sangat diorang ni, bukan tentu masa ada kat office tu...so kalau dah ada atas meja tu senang la sikit dia nak turunkan signature bila2 dia ada masa nak tengok....

Memang betul pun, esoknya bila saya tiba untuk berjumpa beliau, PA nya bagitau Prof sangat sibuk sebab baru masuk office lepas balik dari outstation. Appointment terpaksa dibatalkan tapi borang dan kesemua thesis beliau dah sign...ok lah tu...janji urusan saya selesai...hehe...Dah sampai kat department tu sempat lagi pegi collect baucer buku 1Malaysia...RM250 tu...banyak boleh beli buku....yeyy!!...ni baucer terakhir lah saya dapat sebagai student...

Step terakhir, nak kena hantar kesemuanya termasuk satu softcopy (dalam bentuk CD) ke Institut Pengajian Siswazah. Dah la tempat parking jauh....berat giler nak bawak thesis lima copies ni...tapi sebab ni tempat terakhir yang dituju, jadi memang rasa semangat jer lahh....sebelum serah thesis sempat ambik gambar dulu....




Huh..rasa macam tak percaya pun ada...setelah macam-macam dilalui, akhirnya dapat tengok hasil macam ni! Syukur kepadamu Ya Allah...

Lepas staff kat IPS check segala formatting dll, dah puas hati baru dia bagi slip penyerahan thesis untuk pemeriksaan.....baru nak serah untuk pemeriksaan jer tu, dah rasa ringan beban kat atas bahu ni....tunggu another 3-5 months untuk viva pula....dah riki2 dengan sv, external examiner yang seorang tu dari Australia...huhuhu...

Selesailah urusan utama saya balik ke Malaysia....Alhamdulillah....elok jer lepas hantar thesis hujan turun dengan lebatnya....macam meraikan saya pulak kann....masalahnya saya la yang berdebor nak drive dalam hujan lebat tu..dah la lama tak drive dalam bandar KL. Sepanjang perjalanan balik dari UM ke Gombak memang berdoa je agar selamat sampai. Dah la pinjam kereta adik hehehe...