Monday 26 May 2014

Amsterdam

*Ini entry tertunda...yang terperap dalam draft*

Masa balik Malaysia bln April yg lalu, saya transit di Schiphol Airport, Amsterdam...lama tu transit dekat 7 jam. Dah la sorang-sorang...sebenarnya masa saya balik tu tengah musim bunga kat sana. Amsterdam popular dengan kebun bunga terbesar (di dunia??) iaitu Keukenhof Gardens. Kat sini ditanam hampir 700 jenis bunga tulip!...Kebetulan ni...jejak kaki kat sini tengah musim dia...sebab Keukenhof ni buka dari bulan Mac sampai Mei sahaja setiap tahun. Rasanya tempat ni menjadi wishlist semua kaum wanita especially yang minat bunga-bungaan termasuk la saya..hehehe...dok terpikir2 sempat ke nak masuk round2 kat dalam ye...dah survey shuttle bus dan ticket nak masuk..tak la mahal sangat. Cuma berbaloi ke masuk sekejap jer, orang kata at least kena spend satu hari kat dalam tu...

Sampai Amsterdam, pusing2 dulu kat airport sambil kepala buat kira2...nak pergi, tak nak pergi....
Kat dalam dan kat luar airport ni pun banyak bunga2 tulip...kat sana mesti lagi cantik dengan bunga pelbagai warna, fikir saya...


 souvenir yang popular kat sini

 kat depan Schipol Airport



Finally saya decide untuk naik shuttle bus ke sana...saya naik bus trip yang paling awal iaitu pukul 8.30pagi di Schiphol Airport. Tiket boleh beli online, atau kat tempat tunggu shuttle bus ni pun ada jual tiket, untuk bus sahaja atau tiket combo shuttle bus+tiket masuk. Untuk hari itu, saya just beli tiket bus di stall berhampiran bus stop untuk ke Keukenhof...di pintu keluar penjuru kiri Schipol Airport. Saya tak jadi nak beli tiket masuk, pertama sebab kekangan waktu dan kedua rasa tak best nak masuk dan selfie sorang-sorang.


Sepanjang laluan bas ke Keukenhof selama lebih kurang 30 minit, saya nikmati keindahan bandar Amsterdam...ada juga ladang-ladang tulip di kiri kanan jalan...mungkin milik persendirian..






Pemandangan...dari dalam bas

Sampai di Keukenhof Garden, rupanya dah ramai orang yang datang dengan bas-bas pelancong tunggu gate untuk masuk ke dalam garden di buka...


Ada ucapan 'Selamat Datang':)

Dapat jengok sikit-sikit jer dari luar. Tapi memang nampak sangat cantik kat dalam tu..huhuhu..geram sangat nak masuk tapi takut terlepas flight balik....terpaksalah pujuk hati sendiri..moga2 Allah murahkan rezeki, dapat ke sini sekeluarga..kalau tak tahun depan, tahun 2016, InsyaAllah...(lepas tu dah nak balik Msia hukhuk)...








No comments:

Post a Comment