Saturday 31 May 2014

May Birthdays

Hari ni hari terakhir bulan Mei, bulan yang agak istimewa bagi saya. Kedua-dua lelaki paling penting dalam hidup saya dilahirkan dalam bulan Mei.

Mr. Hubby dilahirkan pada 21 Mei dan abah tersayang menyambut ulangtahun kelahiran ke-64 pada 26 Mei 2014.

Macam biasa kami sambut birthday Mr. Hubby secara sederhana di rumah dengan anak-anak. Oleh kerana anak-anak memang suka makan cheesecake, kali ni saya sediakan Blackcurrant Cheesecake. Sehari sebelum birthday Mr. Hubby, saya dan Mia ke kedai yang berhampiran dengan rumah untuk  beli kad birthday dan bahan-bahan untuk buat cake. Saya dah pesan kat dia, jangan bagitau Papa sebab kita nak buat surprise. Beria-ia dia janji dengan saya untuk rahsiakan sampai hari esok.....Bila papanya balik kerja petang tu boleh pulak dia pegi bagitau "Papa, mama tak beli kad birthday pun untuk papa. Kek pun mama tak buat....". Aduhai anak....excited sangat punya pasal lah tu!:)




Semoga Mr. Hubby dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam urusan pengajian di sini.

Semasa birthday abah pula, hanya dapat sampaikan ucapan melalui telefon. Alhamdulillah abah masih sihat. Terima kasih abah, kerana memimpin saya ketika kecil, mendidik saya dengan tegas tapi penuh kasih sayang dan mendoakan saya sehingga kini. Takkan terbalas jasa abah pada saya.

Dengan mak & abah tersayang, sewaktu balik Msia baru2 nie...

***HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND ABAH. I LOVE BOTH OF YOU SOOO MUCH!!!***

No comments:

Post a Comment