Tuesday 30 September 2014

Along dah ke secondary school

Macam biasa sesi persekolahan di UK ni bermula pada bulan September. Untuk sesi 2014/2015, sekolah dibuka semula pada 2/9/2014 selepas summer holidays yang panjang. Oleh kerana 2/9 tu kami baru naik flight balik dari Malaysia jadi anak-anak terpaksa ponteng sekolah selama dua hari. Awal-awal sesi dah ponteng hehe...tapi masa tempoh cuti tu kami pun dah bagi surat ke pihak sekolah memaklumkan ketidakhadiran diorang...

Untuk sesi baru ni Along dah mula naik ke Year 7, atau Tingkatan 1 kalau di Malaysia. Awal kan naik sekolah menengah? Umur dia baru 11 tahun. Sekarang dia bersekolah di The Westwood Academy, yang terletak berhampiran dengan University of Warwick. Mintak sekolah tu pun supaya senang Mr. Hubby nak hantar on the way dia nak ke uni.

Along semasa hari pertama ke sekolah

Bila dah naik sekolah menengah terasa sangat diorang dah makin besar. Baru-baru ni Along sakit perut. Macam biasa saya sapukan minyak angin ke perut dia. Tiba-tiba teremosi pulak sebab terkenang dok gosok perut along dari semasa baby. Dari perut sebesar tapak tangan mama, sekarang dah jauh lebih besar...Ye, anak mama dah makin meningkat dewasa....cepat sangat masa berlalu kan? suatu hari nanti akan tiba masa anak-anak akan keluar meninggalkan kita..sedihnya:(

Minggu lepas ada program 'Year 7 Settling in Evening' di sekolah Along. Ibu bapa pelajar Year 7 dijemput berjumpa dengan mentor anak-anak untuk mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah baru. Maklumlah baru bertukar dari suasana Primary School ke Secondary School. Mungkin ada yang hadapi masalah untuk menyesuaikan diri. Setiap pelajar akan mempunya seorang 'mentor'. Saya rasa lebih kurang konsep 'homeroom' di MRSM. Mentor Along namanya Mr. Walkerdine. Syukurlah so far Along tak ada masalah di sekolah. Dia dapat mengikuti semua matapelajaran dengan baik. Hubungan dengan guru-guru dan kawan-kawan pun semua OK. Thank you Along, tak bagi masalah kat mama hehe...Untuk after school club pula, dia pilih untuk masuk swimming club. Apa-apalah asalkan dia minat...

Anak-anak yang lain masih di sekolah yang sama, Templars Primary School. Aiman ke Year 5, Danish dah ke Year 2. Umur Danish masih 6 tahun, kalau kat Malaysia belum pun masuk darjah 1 lagi. Mia pula di Reception dan mula bersekolah full time dari 8.45pagi hingga 3.30ptg. Tinggallah mama sorang2 kat rumah time anak-anak semua ke sekolah...sunyi...

Macam biasa setiap hari Jumaat ada Golden Assembly kat sekolah. Guru-guru akan bagi penghargaan kepada students yang menunjukkan pencapaian yang baik dari segi akademik dan juga akhlak supaya menjadi dorongan kepada kawan-kawan yang lain...Ini awards yang Aiman dan Danish (nama kat sekolah Aqil) dapat sepanjang bulan September...


Alhamdulillah, moga Allah terangkan hati anak-anak Mama supaya mudah menerima pelajaran dan sentiasa dihiasi dengan akhlak yang baik.

Thursday 18 September 2014

Balik Malaysia & Viva Voce

Sedar tak sedar rupanya dah lebih tiga bulan tinggalkan blog ni...ini memang tinggal terus, langsung tak menjenguk sampai la ke hari ni....maaflah ada yang tanya soalan tak berjawab. InsyaAllah saya cuba jawab nanti walaupun macam dah basi jer....

Salah satu sebab kenapa tak bersiaran sebenarnya kami balik ke Malaysia sepanjang summer holidays yang lalu...Yess...happy sangat dapat beraya ngan family kat Malaysia!Bila dapat tahu viva saya dijangkakan dalam bulan Ogos, mula survey2 tiket murah untuk balik. Asalnya berbelah bagi nak balik sorang ke nak hangkut semua....lepas pikir punya pikir, discuss punya discuss sambil kira duit tabung akhirnya kami decide untuk balik sefamily memandangkan Ogos tu bulan raya dan ada banyak juga perkara-perkara yang nak diselesaikan di tanahair.

Nak tiket murah punya pasal, sanggup naik kat Glasgow Airport. Kami berangkat pada 23/7/2014 dengan penerbangan Emirates. Sehari sebelum tu dah mula bertolak ke sana, maklumlah perjalanan dari Coventry ke Glasgow ambil masa hampir lima jam juga. Bulan puasa pula tu...Kami bermalam di rumah kawan iaitu Abg. Razif dan Kak Ina. Esoknya Abang Razif hantar kami ke airport. Transit di Dubai lebih kurang tiga jam dan sampai di KLIA 24/7/2014, empat hari sebelum hari raya. Syukur, kami selamat dalam perjalanan walaupun hati berdebar-debar dengan tragedi yang menimpa MH17 hanya seminggu sebelum itu. Sampai kat KLIA, wajah-wajah kesayangan iaitu mak, abah, adik (Amir) dan abang ipar (Abg. Man) dan anak-anak saudara dah sedia menunggu....Susah payah mak dan abah datang dari Pahang nak jumpa anak, menantu dan cucu....Terima kasih!

Di Glasgow Airport sebelum berlepas balik ke Malaysia

Oleh sebab rumah kami di Nilai ada penyewa, jadi enam minggu berada kat Malaysia kami bernomad antara rumah mak,abah di Pahang, ma&ayah (mertua) di Kota Bharu dan rumah adik2 di KL, especially di 'Amna Homestay', Shah Alam dan 'Hasya Homestay', Putrajaya...bulan raya pulak tu banyak betul jemputan open house dan reunion. Penat tapi happy sangat dapat jumpa ramai adik-beradik dan kawan2...juga dapat berjumpa dengan anak-anak saudara baru yang comel2 belaka....

Suka sangat Mia main dengan baby Amna Nuha...

Gambar semasa reunion kelas 5E '95 di rumah salah seorang classmate kami..
*apsal la mia buat mulut mcm tu*

Tarikh viva saya pula ditetapkan pada 27 Ogos 2014 jam 10pagi. Minggu terakhir sebelum viva (23&24 Ogos) sempat lagi berreunion dgn BFF semasa undergrads di UM dulu...Geng kami sebenarnya 9 orang, dikampus dulu kami digelar 'United 9'. Sebelum ni pun dah beberapa kali kami buat reunion macam ni, kali ni di Kuantan...Memandangkan ada yang ada komitmen lain, kali ni cuma lima family yang dapat berkumpul termasuk Sue yang datang dari Penang dan Idah dari Kedah. Selain acara makan2 dan BBQ & tukar-tukar hadiah; paling best bagi anak-anak ialah hari Ahad tu dimana kami ke Gambang Water Park. Syok sungguh sembang2 sambil layan anak-anak mandi dan main air...Lepas sejuk berendam, dalam perjalanan balik balik singgah pula beli keropok lekor yang sedap sangat. Lepas tu menjamu selera beramai2 di Ana Ikan Bakar, Tanjung Lumpur.  Memang tengah lapar kan, so memang sesuai lah datang kat sini hehe....TQ my friend Aiza & Yaty yang jadi organizer...

Lunch kat rumah Dr. Yaty

 Bersuka-ria di Gambang Water Park

 Makan-makan di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur




Balik dari Kuantan bermalam rumah mak abah di Jengka esoknya balik semula ke KL sebab ada appointment dengan supervisor. Ini kali kedua jumpa dia sejak balik ke Malaysia. Kali ni untuk mock viva pula. Sebenarnya tak prepare mana sebab seronok dok berjimba di Kuantan...Tapi Alhamdulillah banyak dapat bincang dengan beliau. Komen2 yang dia bagi memang penting sebagai persediaan terakhir untuk viva. Sehari sebelum viva dok bertapa di Perpustakaan Tun Uda di Shah Alam. Best library ni...cantik, luas dan selesa...

Pagi viva tu Mr. Hubby dan anak-anak hantar ke UM. Sempat bersarapan bersama-sama di cafe berhampiran dengan fakulti. Layan anak-anak makan jer, sendiri rasa dah tak tertelan...berdebar weyyy....Lepas makan terus ke Bilik Mesyuarat Dekan Fakulti Perubatan, dimana viva akan dijalankan. Dup,dap,dup,dap tunggu semua panel dan supervisor saya sampai...

Viva saya dihadiri oleh Dekan selaku chairperson, Timbalan Dekan (postgraduate), Ketua Jabatan, Internal Examiner, seorang wakil senat dan supervisor saya sendiri. Saya diberi masa 15minit untuk membuat presentation dan selepas itu sesi soal jawab...masa ni yang berpeluh-peluh ni huhuhu....rasa nak cepat-cepat habis...chairperson yang biasanya tak bertanya soalan pun banyak pulak tanya kali ni. Dia sendiri pun cakap, biasanya dia tak tanya soalan kat candidate tapi sebab kebetulan beliau memang salah seorang international expert dalam bidang yang saya buat research jadi dia pun teruja nak tanya soalan. Memang nasib saya lah...jawab lah sehabis yang termampu...

Kemudian saya diminta menunggu di luar. Penantian satu penyiksaan...walaupun total masa viva dan tempoh menunggu cuma sejam (mungkin lebih sikit) tapi terasa lama betul detik berlalu. Bila dipanggil masuk semula, Prof yang jadi chairperson hulur tangan dan ucap congratulations...Alhamdulillah, lulus dengan minor corrections! Syukur sangat2...mungkin berkat doa mak dan abah yang tak putus-putus berdoa untuk saya...Rasa tak sabar nak peluk mak ucap terima kasih. Berakhir juga perjalanan yang panjang ini. Rasa syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi walaupun sedikit terkilan sebab tak dapat nak hadiri konvokesyen pada tahun ni. Budget nak balik Malaysia dah habis huhu....

Satu-satunya gambar dengan supervisor, sewaktu jumpa dia untuk mock viva. Lepas viva plan nak ambik gambar dengan sv,  habis lupa sebab gigilllll.....


Untuk rakan-rakan yang masih di medan juang, teruskan usaha walau apa jua dugaan yang mendatang. Yang penting adalah 'determination' diiringi doa yang berterusan.

Pada 2 September 2014 kami balik semula ke UK sebab anak-anak dah nak mula bersekolah untuk term yang baru. Sedih tinggalkan semula family di Malaysia....


Semoga mak dan abah dikurniakan kesihatan yang baik...tunggu kami balik dua tahun lagi InsyaAllah..