Thursday 18 September 2014

Balik Malaysia & Viva Voce

Sedar tak sedar rupanya dah lebih tiga bulan tinggalkan blog ni...ini memang tinggal terus, langsung tak menjenguk sampai la ke hari ni....maaflah ada yang tanya soalan tak berjawab. InsyaAllah saya cuba jawab nanti walaupun macam dah basi jer....

Salah satu sebab kenapa tak bersiaran sebenarnya kami balik ke Malaysia sepanjang summer holidays yang lalu...Yess...happy sangat dapat beraya ngan family kat Malaysia!Bila dapat tahu viva saya dijangkakan dalam bulan Ogos, mula survey2 tiket murah untuk balik. Asalnya berbelah bagi nak balik sorang ke nak hangkut semua....lepas pikir punya pikir, discuss punya discuss sambil kira duit tabung akhirnya kami decide untuk balik sefamily memandangkan Ogos tu bulan raya dan ada banyak juga perkara-perkara yang nak diselesaikan di tanahair.

Nak tiket murah punya pasal, sanggup naik kat Glasgow Airport. Kami berangkat pada 23/7/2014 dengan penerbangan Emirates. Sehari sebelum tu dah mula bertolak ke sana, maklumlah perjalanan dari Coventry ke Glasgow ambil masa hampir lima jam juga. Bulan puasa pula tu...Kami bermalam di rumah kawan iaitu Abg. Razif dan Kak Ina. Esoknya Abang Razif hantar kami ke airport. Transit di Dubai lebih kurang tiga jam dan sampai di KLIA 24/7/2014, empat hari sebelum hari raya. Syukur, kami selamat dalam perjalanan walaupun hati berdebar-debar dengan tragedi yang menimpa MH17 hanya seminggu sebelum itu. Sampai kat KLIA, wajah-wajah kesayangan iaitu mak, abah, adik (Amir) dan abang ipar (Abg. Man) dan anak-anak saudara dah sedia menunggu....Susah payah mak dan abah datang dari Pahang nak jumpa anak, menantu dan cucu....Terima kasih!

Di Glasgow Airport sebelum berlepas balik ke Malaysia

Oleh sebab rumah kami di Nilai ada penyewa, jadi enam minggu berada kat Malaysia kami bernomad antara rumah mak,abah di Pahang, ma&ayah (mertua) di Kota Bharu dan rumah adik2 di KL, especially di 'Amna Homestay', Shah Alam dan 'Hasya Homestay', Putrajaya...bulan raya pulak tu banyak betul jemputan open house dan reunion. Penat tapi happy sangat dapat jumpa ramai adik-beradik dan kawan2...juga dapat berjumpa dengan anak-anak saudara baru yang comel2 belaka....

Suka sangat Mia main dengan baby Amna Nuha...

Gambar semasa reunion kelas 5E '95 di rumah salah seorang classmate kami..
*apsal la mia buat mulut mcm tu*

Tarikh viva saya pula ditetapkan pada 27 Ogos 2014 jam 10pagi. Minggu terakhir sebelum viva (23&24 Ogos) sempat lagi berreunion dgn BFF semasa undergrads di UM dulu...Geng kami sebenarnya 9 orang, dikampus dulu kami digelar 'United 9'. Sebelum ni pun dah beberapa kali kami buat reunion macam ni, kali ni di Kuantan...Memandangkan ada yang ada komitmen lain, kali ni cuma lima family yang dapat berkumpul termasuk Sue yang datang dari Penang dan Idah dari Kedah. Selain acara makan2 dan BBQ & tukar-tukar hadiah; paling best bagi anak-anak ialah hari Ahad tu dimana kami ke Gambang Water Park. Syok sungguh sembang2 sambil layan anak-anak mandi dan main air...Lepas sejuk berendam, dalam perjalanan balik balik singgah pula beli keropok lekor yang sedap sangat. Lepas tu menjamu selera beramai2 di Ana Ikan Bakar, Tanjung Lumpur.  Memang tengah lapar kan, so memang sesuai lah datang kat sini hehe....TQ my friend Aiza & Yaty yang jadi organizer...

Lunch kat rumah Dr. Yaty

 Bersuka-ria di Gambang Water Park

 Makan-makan di Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur




Balik dari Kuantan bermalam rumah mak abah di Jengka esoknya balik semula ke KL sebab ada appointment dengan supervisor. Ini kali kedua jumpa dia sejak balik ke Malaysia. Kali ni untuk mock viva pula. Sebenarnya tak prepare mana sebab seronok dok berjimba di Kuantan...Tapi Alhamdulillah banyak dapat bincang dengan beliau. Komen2 yang dia bagi memang penting sebagai persediaan terakhir untuk viva. Sehari sebelum viva dok bertapa di Perpustakaan Tun Uda di Shah Alam. Best library ni...cantik, luas dan selesa...

Pagi viva tu Mr. Hubby dan anak-anak hantar ke UM. Sempat bersarapan bersama-sama di cafe berhampiran dengan fakulti. Layan anak-anak makan jer, sendiri rasa dah tak tertelan...berdebar weyyy....Lepas makan terus ke Bilik Mesyuarat Dekan Fakulti Perubatan, dimana viva akan dijalankan. Dup,dap,dup,dap tunggu semua panel dan supervisor saya sampai...

Viva saya dihadiri oleh Dekan selaku chairperson, Timbalan Dekan (postgraduate), Ketua Jabatan, Internal Examiner, seorang wakil senat dan supervisor saya sendiri. Saya diberi masa 15minit untuk membuat presentation dan selepas itu sesi soal jawab...masa ni yang berpeluh-peluh ni huhuhu....rasa nak cepat-cepat habis...chairperson yang biasanya tak bertanya soalan pun banyak pulak tanya kali ni. Dia sendiri pun cakap, biasanya dia tak tanya soalan kat candidate tapi sebab kebetulan beliau memang salah seorang international expert dalam bidang yang saya buat research jadi dia pun teruja nak tanya soalan. Memang nasib saya lah...jawab lah sehabis yang termampu...

Kemudian saya diminta menunggu di luar. Penantian satu penyiksaan...walaupun total masa viva dan tempoh menunggu cuma sejam (mungkin lebih sikit) tapi terasa lama betul detik berlalu. Bila dipanggil masuk semula, Prof yang jadi chairperson hulur tangan dan ucap congratulations...Alhamdulillah, lulus dengan minor corrections! Syukur sangat2...mungkin berkat doa mak dan abah yang tak putus-putus berdoa untuk saya...Rasa tak sabar nak peluk mak ucap terima kasih. Berakhir juga perjalanan yang panjang ini. Rasa syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi walaupun sedikit terkilan sebab tak dapat nak hadiri konvokesyen pada tahun ni. Budget nak balik Malaysia dah habis huhu....

Satu-satunya gambar dengan supervisor, sewaktu jumpa dia untuk mock viva. Lepas viva plan nak ambik gambar dengan sv,  habis lupa sebab gigilllll.....


Untuk rakan-rakan yang masih di medan juang, teruskan usaha walau apa jua dugaan yang mendatang. Yang penting adalah 'determination' diiringi doa yang berterusan.

Pada 2 September 2014 kami balik semula ke UK sebab anak-anak dah nak mula bersekolah untuk term yang baru. Sedih tinggalkan semula family di Malaysia....


Semoga mak dan abah dikurniakan kesihatan yang baik...tunggu kami balik dua tahun lagi InsyaAllah..

5 comments:

  1. Salam kak Isma....
    Tahniah tahniah dan tahniah...
    Macam-macam perasaan baca entry akak ni... gembira, terharu, sebak, berdebar... semua ada...
    Nak ambik semangat dari akak... Kagum sgt2 dgn akak.... Dalam duk nak viva, sempat lagi berjimba dgn kawan2... Yea la kan, bukan selalu dapat peluang jumpa kengkawan..
    Manisnya kejayaan bila dapat genggan PhD... Tak sabar nak rasai moment2 tu... Skrang ni kepala lutut dah mula menggigil takut kat sempat siap... Tapi betul kata akak, perlu ada 'determination' diiringi doa yang berterusan. Makin semangat bila baca entry ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nur,
      Terima kasih banyak2.
      Alhamdulillah Nur, semuanya perancangan Allah. Determination tu memang penting, sbb kita belajar dan pada masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai anak, isteri dan ibu...ada kalanya mmg rasa down dengan masalah yang dihadapi.
      Itulah, kwn2 plan buat reunion sbb kita balik. So rasa tak best pula kalau tak join. Tapi sebab viva ni mmg long term punya preparation, apa yang penting kita tahu apa yang kita buat, dan paling penting memang kena baca balik the whole thesis masa nak tunggu time nak viva tu and prepare spot Q. Nur pun boleh buat nanti....InsyaAllah, usaha bersungguh-sungguh Nur akan menghasilkan kejayaan..Kak Isma doakan.

      Delete
  2. salam...minta maaf saya just randomly jumpa your blog.I will be going to coventry on 28 september to sambung my msc at cov uni. my uni said accomodation dah full so i was wondering if u can help me with the information kat sana.I kind of desperate sbb dah last minute and i still dont have a room and i'm alone, and saya pergi sendiri without sponsor.If any kind malaysian can help me,i would be very very grateful.

    ReplyDelete
  3. This is my email if you able to advise me: sitinormawarni@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, you can make an enquiry here https://www.facebook.com/Malaysian.Coventry.Warwick.Society or directly send an email to keluargaMCS@gmail.com. Btw I've contacted you via your email.

      Delete