Tuesday 27 January 2015

Old Trafford Stadium Tour

Minggu lepas kami terima tetamu dari Malaysia lagi. Nazri, ex-classmate saya dan Mr. Hubby semasa di mrsm datang dengan isterinya Zaza. Diorang ni baru tak sampai dua tahun berkahwin, so masih dalam mood honeymoon lah.

Bila dah lama tak jumpa seronok lah bersembang balik cerita zaman sekolah2 dulu. Maklumlah dah dekat 20 tahun tinggalkan alam persekolahan (alamak tuanya rasa...). Saya pun tak sangka Nazri dah banyak berubah. Dulu dia antara budak lelaki yang paling tak banyak cakap & malu2 dengan budak2 perempuan dalam kelas. Lepas habis belajar dia bekerja dengan syarikat oil & gas dan banyak bekerja di oversea. Sekarang dah buka company consultation sendiri. Tumpang bangga dengan kejayaan kawan-kawan...badan yang dulu agak gempal pun dah makin slim, rajin ke gym katanya hehe...Memang lain lah dengan yang saya kenal dulu...

Ishh..terkeluar topik pulak...Atas kekangan masa, dia cuma dapat datang bercuti seminggu sahaja. Tiba di London hari Isnin 19/1/2015. Tiga hari pertama dia spent masa jalan2 dan shopping2 di kota London. Hari Khamis diorang datang ke Coventry. Mr. Hubby bawak diorang jalan-jalan ke city centre sambil saya siapkan lunch. Jamu nasi kerabu untuk orang datang dari jauh. Malam tu, sempat lagi dia join Mr. Hubby dan kawan-kawan kat sini main bola.

Keesokan harinya kami bertolak ke Manchester. Dia memang tak sabar-sabar nak ke sana sebab katanya impian dia sejak kecil...Kiranya penyokong kuat MU gak la ni...Bila dengar Uncle Nazri nak tour stadium, peminat bola kat rumah ni, Aiman dan Danish pun sibuk nak ikut. Padahal Jumaat tu hari sekolah. Sebenarnya kami dah tiga kali ke Old Trafford, tapi timing selalu tak kena untuk join tour. Kali ni memang purposely nak pegi untuk tour, so Mr. Hubby kata bawak je lah diorang. Lepas ni tak tau bila lagi nak ke sana. Cuma Along jer tetap ke sekolah sebab minggu sebelum tu dia tak sihat, dua hari tak pergi sekolah. Lagipun dia memang tak minat bola sangat dan tak interested pun nak join.

Kami tiba di Old Trafford pukul 11.20pagi. Tour ada setiap setengah jam. Tak sempat nak join sesi 11.30pg so kami beli tiket pukul 12 t/hari.

Ni harga tiket, boleh tengok kat http://www.manutd.com/en/Visit-Old-Trafford/Museum-And-Stadium-Tour/price-lists.aspx

Kami ambik tiket family, Mr. Hubby guna student card dia so satu tiket adult dapat diskaun jadi GBP16, cuma Zaza jer kena bayar full adult price GBP18. So total untuk 4 dewasa dan dua kanak-kanak GBP88. Ok la tu kan, harga agak berpatutan...Mia masuk free jer...

Sebelum ke stadium tour, kita akan melalui ruang muzium. Kat sini dipamerkan koleksi piala, cenderamata, jersi, keratan akhbar sejarah2 dan kejayaan Manchester United FC dari dahulu sampai sekarang. Termasuk juga gambar-gambar dan keratan akhbar berkaitan 'Munich Air Disaster' pada tahun 1958 yang melibatkan pasukan MU.





Tepat jam 12 tengah hari kami ke tempat berkumpul dan dua orang tour guide datang memberi sedikit briefing dan kemudian bawak kitorang ke dalam stadium.  Tour guide ni lah yang bagi penerangan sambil bawa kitorang menjelajah stadium ni.

 Sesi penerangan oleh tour guide. Kat belakang tu semburan air hujan ke atas rumput.



Memang nampak hebat stadium ni...theatre of dreams la katakan...
yang lampu2 kat tengah padang tu artificial sunlight untuk jaga kesegaran rumput2..

Yang kelakar, masa dia tengah bagi penerangan tu dia tanya, siapa yang bukan penyokong MU? Tetiba si Danish pegi angkat tangan la pulak....dengan konfidennya dia jawab dia sokong Real Madrid...sume orang pandang tengok dia..nasib baik tak kena halau dari stadium haha...Tak sangka pulak dia berani macam tu...

Semasa kat dalam Press Conference Room, tour guide ni nak buat demo camana situasi semasa diorang sign up new player. Dia jemput Danish jadi new player, then panggil Aiman kekonon sebagai Manager dan Mia pulak sebagai 'Agent'. Diorang tiga orang ni dapat la duduk kat meja depan, yang sepatutnya pengunjung tak boleh masuk...poyo jer hehe...

New player, manager and agent...:)

New player shaking hand with his manager

Kami dibawa ke bilik persalinan pemain, kemudian ke tunnel yang dilalui oleh pemain-pemain untuk keluar ke padang.


Changing/dressing room

Laluan ke tunnel

Keluar dari tunnel

Semasa di tepi padang, kami diingatkan supaya tidak sekali-kali memijak pitch, untuk mengelakkan ia dari rosak. Di sini kami ditunjukkan tempat duduk VVIP dan juga substitutes' chairs.




Tour ni ambil masa lebih kurang satu jam. Habis tour boleh shopping barang-barang cenderamata kat megastore kat luar stadium. Sebelum keluar, print dulu certificates satu sorang sebagai kenangan..percuma jer...

Aiman letak nama dia Aiman Rooney kat certificate

Overall, memang tour yang sangat berbaloi dan very informative, walaupun saya bukan la fan bolasepak pun.....good experience for everybody especially for Aiman and Danish.





No comments:

Post a Comment