Wednesday 11 February 2015

Debating Competition

Dialog dengan Aiman waktu ambil anak-anak di sekolah on Monday...

Aiman: Mama, boleh tak tolong buka beg Aiman, rasa-rasa macam air tumpah kat dalam beg.

Mama: Laa...macam mana pulak boleh tumpah, tak tutup rapat ke?

*Sambil buka zip beg yang Aiman galas kat belakang...

Tiba-tiba ternampak ada satu certificate terselit kat sebelah lunch bag dia...


Hahaha...Aiman buat lawak. Rupanya bukan air tumpah. Kononnya saje nak surprisekan Mama dengan certificate yang dia dapat tu...

Memang hari Jumaat lepas (6/2/2015) Aiman mewakili sekolah dia dalam pertandingan debat sekolah-sekolah rendah Coventry. Kata Aiman ada banyak lagi sekolah-sekolah lain yang bertanding di dewan yang sama pada hari tersebut. Hari ini headteacher, Mrs. Wards sampaikan sijil kepada tiga orang pelajar yang mewakili seolah, termasuk Aiman semasa perhimpunan.

Aiman terpilih sebab dia memang ahli Debating Club di sekolah. Diorang ada latihan setiap hari Selasa selepas waktu sekolah. Daripada ahli kelab itu, tiga orang dipilih untuk mewakili sekolah, dan seorang sebagai simpanan. Semasa dia mula-mula minta pendapat untuk masuk kelab tu, saya katakan pada dia: "Mama sokong apa sahaja yang Aiman minat. Kalau boleh Mama nak anak-anak Mama ambil semua peluang yang ada semasa kita masih di sini, tapi Mama tak nak paksa. Bukan semua orang ada peluang macam ni. Memanglah Mama susah sikit, setiap hari Selasa pukul 3.30pm kena jalan kaki ke sekolah ambil Danish & Mia, kemudian sebelum 4.30pm kena keluar lagi untuk ambik Aiman pula. Tapi untuk kebaikan Aiman, Mama tak kisah..."

Sekarang rasa 'susah' itu dah hilang. Mama sangat happy untuk Aiman. Menang atau kalah bukan taruhan tapi pengalaman tu yang berharga...Moga-moga peluang macam ni dapat membina keyakinan diri dan public speaking skill dalam diri Aiman.

Friday 6 February 2015

Snow

Winter kali ini, ada beberapa hari yang snow turun, tapi tak berapa lekat di tanah sebab soon lepas snowing, hujan pulak turun...Belum berpeluang nak buat snowman apatah lagi nak bersledging...

Gambar-gambar snow minggu lepas (29/1/2015)..sewaktu berjalan kaki ke sekolah...