Thursday 19 March 2015

Along Dah 12 Tahun

Cepatnya masa berlalu....17 Mac 2015 anak sulung saya Muhammad Aliff Ikhwan genap 12 tahun. Rasa macam baru lagi saya mengandungkan dia 12 tahun yang lalu. Boleh recall lagi detik2 Mama mengandungkan Along.


Kek coklat yang agak comot..tapi Mama buat dengan penuh kasih sayang untuk Along

Saya dan Mr. Hubby ditakdirkan berkahwin dalam usia yang agak muda iaitu ketika saya di tahun akhir pengajian, 6 bulan sebelum saya menduduki peperiksaan tahun akhir. Waktu itu Mr. Hubby dah mula bekerja sebab dia tamat pengajian di UKM lebih awal. Walaupun sudah berkahwin, kami tinggal berasingan sebab saya masih perlu tinggal di Kolej Ibnu Sina, UM kerana pada tahun akhir saya perlu bagi lebih tumpuan pada pelajaran dan perlu banyak masa untuk buat praktikal klinikal di wad PPUM. Mr. Hubby hanya datang pada hujung minggu, itupun kalau saya tak on call.....

Allah tahu kemampuan saya. Allah hanya izinkan saya mengandung setelah saya benar-benar tamat pengajian. Saya disahkan mengandung anak pertama kami hanya beberapa minggu setelah saya menerima keputusan final exam. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki berganda. Setelah saya tamat belajar, kami tinggal di Taman Tenaga, Kajang, berhampiran dengan tempat kerja Mr. Hubby...di situlah kami memulakan kehidupan bersama. Ketika saya naik ke pentas menerima ijazah MBBS pada hari konvokesyen 2002, Along diam di dalam kandungan menemani saya. Indahnya saat itu...

9.9.2002 Saya memulakan kerjaya di Hospital Seremban. Tidak mudah menjadi doktor pelatih dalam keadaan mengandung. Saya masih ingat posting pertama saya di Wad Pembedahan (Surgery) kami housemen perlu berada di wad dari pukul 7 pagi sehingga 10 malam pada setiap hari yang tak on call. Hari on call tak payah cakap lah....Waktu bekerja memang tak sempat nak duduk, makan pun tak tahu ke mana..nak pergi beli makanan pun tak sempat..Acapkali kami cuma menjamah makanan lebihan yang dihidangkan pesakit di pantry. Balik rumah memang collapse...penat giler. Nak pikir mengidam apa pun tak sempat huhuhu....Saya juga pernah diperli specialist di hadapan doktor2 senior dan kawan2 houseman kerana mengandung sewaktu houseman. Katanya "You have a bad planning..you are not suppose to get pregnant during housemanship!"..Siapalah saya. Mungkin betul perancangan saya silap, tapi saya tak mampu melawan perancangan Allah untuk saya. Saya hanya tunduk tak berkata apa...Tapi kata-kata itu saya tetap ingat sampai sekarang.

Dalam keadaan begitu saya tetap tunaikan kerja sebaik mungkin sebab tahu ini amanah Allah. Ini juga cita-cita saya sejak kecil. Seingat saya, walau dalam keadaan sarat, saya tak pernah ambil emergency leave kecuali sekali dimana saya alami sedikit pendarahan selepas bekerja keras menyelamatkan nyawa seorang pesakit. Waktu itu saya terpaksa naik ke katil pesakit dan melakukan CPR beberapa kali...

Pada hari Along dilahirkan, 17 Mac 2003 saya masih bekerja di hospital. Bulan-bulan terakhir sebelum melahirkan, saya bertugas di wad Obstetric & Gynaecology (O&G). Waktu itu masih kekurangan housemen. Satu wad cuma ada 2 atau 3 orang housemen untuk menjaga keseluruhan pesakit di wad. Jadi kami tak boleh ambik cuti dengan mudah. Walaupun jalan terkedek-kedek bawak perut yang besar, tetap kena kerja macam biasa. Lucunya pada hari itu saya ditugaskan menjaga klinik antenatal...doktor dan patient sama2 perut besar..hehehe...tengahari itu saya mula berasa contraction, makin lama makin kuat...Kakak nurse yang jadi assistant saya dah suruh saya stop jer tapi rasa kesian kat patients yang ramai tengah tunggu giliran...saya kuatkan semangat untuk habiskan klinik hari itu...sebelum balik, kawan saya Dr.Liza offer nak buat CTG...terkejut dia bila tgk graph contraction saya dah 3 in 10, tapi saya boleh senyum lagi...Balik rumah, bersihkan diri dan ambik barang2 keperluan pastu datang balik hospital untuk admission...

Time masuk wad tu mmg dah strong contraction...Sempat jumpa Mak yang baru sampai dengan Tok De sebelum masuk labour room ditemani Mr. Hubby. Jam 8 malam, hanya beberapa jam lepas masuk wad  Mama lahirkan Along dengan berat 3.64kg. Syukur Ya Allah atas cahayamata kami yang pertama...Allah bantu Mama dengan tak menghadapi banyak masalah semasa mengandung dan melahirkan.

Kini 12 tahun telah berlalu. Mama bahagia dapat tengok Along membesar depan mata Mama. Macam yang selalu Mama dan Papa bagitau, Along harapan kami untuk jadi contoh kepada adik-adik...Jaga diri dan hiasilah peribadi. Moga Along jadi pencen akhirat untuk kami...

 Along had a special birthday dinner dengan Papa...just two of them...

selfie dengan anak bujang

Happy 12 bday Along! 
Not in the picture - a 4-page motivation letter from Mama...

Kami baca perkongsian kwn2 di fb one of the 'top 10 things children really want to do with them' is to have quality time just with him, not with other siblings around. So we thought that this might be the right time:)

2 comments:

  1. amboi..4 page of motivation letter.....memang termotivasi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak berjaya jer....penat tangan mama tulis surat panjang-panjang. Last mama mengarang surat adalah zaman cintan-cintun dulu hahaha....

      Delete