Monday 23 March 2015

Bermulanya Musim Bunga

Bila sana sini bunga-bunga dah mula menguntum, menandakan musim bunga sudah tiba. Walaupun matahari dah makin kerap keluar, tapi suhu terasa masih sejuk lagi. Cuma bila ada bunga-bungaan, terasa hari semakin ceria...

Bunga pertama yang saya nampak keluar ialah bunga ini....curi2 ambil gambar di halaman rumah jiran...


Ini namanya snowdrop. Bunga putih yang tertunduk malu. Daunnya panjang-panjang macam daun bawang. Tahun lepas tak sempat nak capture gambar bunga ni dia dah layu. Bunga musim spring kat sini kebanyakannya memang tak bertahan lama...Ada spesis yang keluar di awal spring, kemudian layu dan bunga spesis lain pula yang akan muncul silih berganti...

Ini pula kalau tak silap namanya Crocus

Cuti hujung minggu ini kami tak ke mana2 jadi anak-anak ajak ke park. Diorang memang suka main basikal atau scooter kat sini. Ye lah semasa musim winter terperuk aje dalam rumah...Bila ada matahari sikit tak sabar nak buat aktiviti outdoor. Tempat favourite ialah di War Memorial Park, sebab tak jauh dari rumah. Mama pun suka coz sambil2 tu boleh tengok bunga2 yang cantik berwarna-warni.




Daffodils - close up

Crocus - purple and white



Bunga-bunga baru ditanam..

 Red Primroses

  Blue Primroses







 We had fun in the park.



2 comments:

  1. cantiknye kak...bilalah nak sampai ke sana..

    ReplyDelete
  2. Datang lah masa spring...memang cantik sangat banyak bunga warna-warni....

    ReplyDelete