Saturday 21 March 2015

Solar Eclipse

Semalam (20 Mac 2015) berlaku fenomena solar eclipse atau gerhana matahari antara pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi waktu di sini. Gerhana matahari adalah keadaan di mana bulan berada di antara bumi dan matahari, oleh itu ia menutup cahaya matahari separa atau sepenuhnya.

Di Warwick University, mereka berkumpul beramai-ramai untuk menyaksikan fenomena yang luar biasa ini. Tidak digalakkan melihat gerhana matahari secara langsung (direct) kerana dibimbangi akan merosakkan mata.




Gambar-gambar yang dikongsi oleh Mr. Hubby ketika turut serta dengan pelajar2 lain di uni.


Pada ketika berlakunya gerhana, memang terasa alam sekeliling agak gelap. Kejadian yang menakjubkan ini benar-benar menunjukkan bukti kekuasan Allah s.w.t. Kerana itu kita disunatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari.

Balik dari sekolah anak-anak pun sibuk dok bercerita tentang solar eclipse. Mia berulang kali dok explain "Mummy, solar eclipse is when the moon is in front of the sun. We must use special spec to look at it..bla..bla..bla.."

Dijangkakan gerhana matahari separa di UK akan berlaku lagi pada Ogos 2026, manakala gerhana matahari penuh hanya pada tahun 2090. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment