Friday 22 May 2015

Happy 37th Birthday

21 Mei 2015

Semalam birthday Mr. Hubby yang ke-37. Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia untuk terus merasai nikmat kehidupan di muka bumi ini.

Sebenarnya birthday Mr. Hubby dah pun disambut awal seminggu, iaitu semasa kami bercuti di South Wales minggu lepas. Konon-konon nak buat surprise lah. Saya order kek lapis kukus dengan Kak Shilla dan minta dia bawa ke holiday park tempat kami bercuti. Kebetulan kami booked caravan bersama-sama. Pagi Sabtu kami bersarapan pagi di caravan Kak Shilla dan Kak Shilla keluarkan kek 'surprise' tu....

 Terkejut ke??...:)

 Kanak-kanak riang nyanyi lagu happy birthday

 Thank you Kak Shilla bersusah-payah melapis...

Kek lapis masam-manis yang yummy

Untuk semalam, saya buat juga kek untuk celebrate dengan anak-anak yang excited buat home-made card untuk papa tersayang.

Mia pegi tulis happy birthday Mum pulak...adeiii....

Saya buat Kek Red Velvet. Ambik resepi dari blog Kak Azie. Terima kasih Kak Azie...

 Happy birthday Papa

 Decorate simple aje sebab tak kreatif. Beli jer wafer daisies Dr Oetker tu 
tempek2 atas kek.


Moga-moga dengan meningkatnya usia setahun lagi akan lebih mendekatkan diri kita pada-Nya. 

Wednesday 20 May 2015

Aiman & Football Spring Trophy

Lama tak tulis pasal Aiman dan football clubnya. Aiman masih kekal dengan club yang lama iaitu Mount Nods Jets walaupun di pertengahan musim baru-baru ni ada berlaku sedikit 'drama'. Aiman menjalani training dengan pasukannya setiap hari Rabu jam 6 petang. Manakala hari Ahad pula adalah hari match/tournament.

 Dengan rakan sepasukan dan coaches

Hari Ahad 10 Mei 2015 team Aiman terpilih untuk ke perlawanan akhir Spring Trophy Coventry's JFC. Team Aiman, Mount Nods Jets bertemu dengan team Rugby Town JFC. Sepanjang Spring Cup ini team Aiman menunjukkan pencapaian yang sangat baik di mana mereka tidak pernah kalah dalam 14 perlawanan. Dalam game sebelum ini mereka seri dengan team Rugby Town.

Sejak Aiman main bola dengan JFC ni, kami pun kena ikut dia bila dia ada away games. Merata jugak la kami pergi dalam Coventry ni. Antara team yang jadi opponents team dia ialah Stradford Town JFC, Leamington, Chapelfield Colts, Dunlop, Christ The King dan Rugby Town.

Perlawanan akhir diadakan di 'home' iaitu di Ponderosa. Secara umumnya perlawanan diorang masa final hari tu agak sengit. Di tepi padang riuh dengan sorakan penyokong kedua-kedua pasukan yang terdiri daripada ahli keluarga masing-masing. Datuk & nenek diorang pun ada yang datang. Orang England kan memang suka football jadi diorang memang supportive sangat-sangat.

Sempat lagi ambik gambar before kick off


Main bola musim spring padang pun berbunga-bunga



Kedua-dua pasukan bermain bersungguh-sungguh dan dengan penuh semangat. Kawan Aiman, Kyle yang injured terpaksa keluar dan menangis bukan sebab sakit tapi sebab kecewa tak dapat bermain lebih lama. Tetapi nasib lebih menyebelahi team Rugby (jersi oren). Mereka menang 2-0. Sekali lagi nampak air muka kekecewaan di pasukan Aiman. Ada beberpa orang yang kelihatan mengesat airmata termasuk Aiman. Begitulah bersemangatnya mereka berjuang tapi ditakdirkan kemenangan bukan milik mereka.

Muka-muka sedih dan kecewa

Lepas berakhir perlawanan tersebut adalah penyampaian pingat oleh Club Chairman.


 Spring Trophy yang dimenangi oleh pihak lawan



Walaupun cuma naib juara, mereka tetap diraikan oleh coaches dan management team. Small party sebelum berehat untuk summer.




Haha this is funny!

Yang ni pun menyibuk jugak

Semoga Mount Nod Jets lebih berjaya di season akan datang.



Monday 11 May 2015

Hansel & Gretel di Belgrade Theatre

9 Mei 2015

Menonton teater muzikal adalah salah satu 'wishlist' saya di sini. Sudah pasti menonton teater di West End London yang terkenal di seluruh dunia menjadi impian. Tetapi kerana jarak yang agak jauh dari Coventry, kami rasa lebih mudah menonton di Belgrade Theatre yang hanya terletak di Coventry city centre.



Kebetulan pula saya dapat tahu mereka akan menayangkan teater fairy-tale Hansel & Gretel yang sesuai untuk tontonan anak-anak. Teater Hansel & Gretel dipersembahkan di sini selama tiga hari mulai Khamis 7/5/2015 hingga 9/5/2015. Kami membeli tiket secara online dan menontonnya pada hari Sabtu.

Belgrade Theatre, Coventry

Oleh kerana beli tiket secara online, kena collect dulu tiket di kaunter yang dipanggil 'Boxoffice'.

Kaunter BoxOffice

Tickets

Persembahan yang menarik diiringi dengan piano secara live selama hampir satu setengah jam. Memang tak boleh ambil gambar kat dalam, tapi di notice board ada gambar-gambar persembahan sesi sebelum ini.

 Gretel & clowns



Mia & Danish tunggu 'candy house' rumah ahli sihir jahat seperti yang diorang baca dalam buku, tapi dalam persembahan ni tak ada scene macam tu. Mungkin nak kena sesuaikan dengan persembahan pentas jadi skrip kena diolah sikit.



Sebelum balik ambik gambar dulu di kawasan luar Belgrade Theatre.




Terima kasih Papa...belanja kami tonton teater!:)

Saturday 9 May 2015

Pilihanraya Umum UK 2015

Pada hari Khamis 7 Mei 2015, ketika rakyat Malaysia berdebar menantikan keputusan PRK Permatang Pauh, kami di sini pula keluar mengundi untuk UK General Election 2015. Election ini adalah untuk Parliament Constituency dan juga City Council. Oleh kerana kita dari negara Komanwel jadi kita juga boleh memilih MP mereka.

Sewaktu mula-mula sampai di UK, kita perlu mendaftarkan diri dengan City Council dengan memberikan maklumat semua ahli keluarga/isi rumah. Setiap tahun Council akan mengutip Council Tax dari semua penduduk untuk aktiviti-aktiviti pembangunan dan penyediaan prasarana. Tapi sebagai student, kita boleh mengisi borang pengecualian council tax. Kalau tidak masak juga nak kena bayar lebih kurang GBP1300 setahun.

Apabila nama kita ada dalam rekod mereka, borang pendaftaran pemilih akan di hantar ke rumah. Isi borang dan kembalikan kepada mereka. Pendaftaran pemilih boleh juga dibuat secara online di website City Council. Kalau tidak mendaftar boleh dikenakan penalti sehingga GBP80 seorang. Bila dah hampir dengan waktu election, City Council akan menghantar 'poll letter' dan 'poll card' untuk memaklumkan tarikh dan tempat kita perlu keluar mengundi.

Poll card yang dihantar melalui pos.

Pusat pengundian dibuka seawal jam 7 pagi sehingga pukul 10 malam. Sekiranya nama kita memang ada dalam daftar pemilih, kita tak perlu bawa apa-apa dokumen ke pusat pengundian. Poll letter/card pun tak payah bawa. Cuma bagi nama dan alamat kemudian mereka akan bagi kertas undi untuk parlimen dan city council.

Pusat pengundian kami di dewan church yang berhampiran dengan rumah iaitu di Jardine Crescent. Apa yang menarik, berbeza dengan di negara kita General Election di sini berlangsung dalam keadaan yang sangat harmoni. Tidak ada perhimpunan-perhimpunan rakyat di mana calon yang bertanding saling kutuk-mengutuk, menyerang peribadi dan mencari kesalahan calon parti lawan sehingga kadang-kala menimbulkan pergaduhan di antara penyokong-penyokong mereka. Pengalaman mengundi di sini membuka mata saya melihat kematangan rakyat sebuah negara maju berpolitik. Calon-calon daripada parti yang bertanding (Conservative Party, Labour, Liberal Democrats, UKIP dll) diberi peluang yang sama untuk berdebat di kaca televisyen untuk memberi penerangan tentang manifesto masing-masing yang meletakkan 'national interest' sebagai agenda utama. Flyers-flyers di hantar melalui mailbox ke rumah untuk memperkenalkan calon yang bertanding.

Flyers dari Labour Party

Di sepanjang jalan ke tempat pengundian tiada poster-poster atau bendera parti politik yang bergantungan. Tiada juga peraih undi di tempat membuang undi. Kalau di tanah air tercinta buat macam ni, pasti banyak wang-wang rakyat dapat diselamatkan di setiap kali pilihanraya kecil dan pilihanraya umum diadakan.


Dewan tempat mengundi. Tak ada orang berkumpul pun..

Kenangan mengundi di perantauan

Pintu masuk ke dewan mengundi. Bukan pengundi hantu ye...

Kat dalam dewan ada tiga orang petugas yang menyemak nama dan memberikan kertas undi. Jari tak perlu dicalit dengan dakwat kekal pun. Senang sangat mengundi kat sini.

'Pengundi' kat kotak sebelah ambil gambar curi hehehe..

Keputusan pengundian, Conservative Party pimpinan David Cameron berjaya mengekalkan kuasa mereka dengan memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. David Cameron kekal sebagai Perdana Menteri. Setelah keputusan diumumkan, Ed Miliband yang memimpin Labour Party dan Nick Clegg yang mengetuai Liberal Democrats meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungjawab di atas kekalahan yang dialami oleh parti mereka - satu lagi situasi yang tak akan berlaku di Malaysia...

Tahniah Dr. Wan Azizah di PErmatang Pauh dan Mr. David Cameron di UK!