Saturday 9 May 2015

Pilihanraya Umum UK 2015

Pada hari Khamis 7 Mei 2015, ketika rakyat Malaysia berdebar menantikan keputusan PRK Permatang Pauh, kami di sini pula keluar mengundi untuk UK General Election 2015. Election ini adalah untuk Parliament Constituency dan juga City Council. Oleh kerana kita dari negara Komanwel jadi kita juga boleh memilih MP mereka.

Sewaktu mula-mula sampai di UK, kita perlu mendaftarkan diri dengan City Council dengan memberikan maklumat semua ahli keluarga/isi rumah. Setiap tahun Council akan mengutip Council Tax dari semua penduduk untuk aktiviti-aktiviti pembangunan dan penyediaan prasarana. Tapi sebagai student, kita boleh mengisi borang pengecualian council tax. Kalau tidak masak juga nak kena bayar lebih kurang GBP1300 setahun.

Apabila nama kita ada dalam rekod mereka, borang pendaftaran pemilih akan di hantar ke rumah. Isi borang dan kembalikan kepada mereka. Pendaftaran pemilih boleh juga dibuat secara online di website City Council. Kalau tidak mendaftar boleh dikenakan penalti sehingga GBP80 seorang. Bila dah hampir dengan waktu election, City Council akan menghantar 'poll letter' dan 'poll card' untuk memaklumkan tarikh dan tempat kita perlu keluar mengundi.

Poll card yang dihantar melalui pos.

Pusat pengundian dibuka seawal jam 7 pagi sehingga pukul 10 malam. Sekiranya nama kita memang ada dalam daftar pemilih, kita tak perlu bawa apa-apa dokumen ke pusat pengundian. Poll letter/card pun tak payah bawa. Cuma bagi nama dan alamat kemudian mereka akan bagi kertas undi untuk parlimen dan city council.

Pusat pengundian kami di dewan church yang berhampiran dengan rumah iaitu di Jardine Crescent. Apa yang menarik, berbeza dengan di negara kita General Election di sini berlangsung dalam keadaan yang sangat harmoni. Tidak ada perhimpunan-perhimpunan rakyat di mana calon yang bertanding saling kutuk-mengutuk, menyerang peribadi dan mencari kesalahan calon parti lawan sehingga kadang-kala menimbulkan pergaduhan di antara penyokong-penyokong mereka. Pengalaman mengundi di sini membuka mata saya melihat kematangan rakyat sebuah negara maju berpolitik. Calon-calon daripada parti yang bertanding (Conservative Party, Labour, Liberal Democrats, UKIP dll) diberi peluang yang sama untuk berdebat di kaca televisyen untuk memberi penerangan tentang manifesto masing-masing yang meletakkan 'national interest' sebagai agenda utama. Flyers-flyers di hantar melalui mailbox ke rumah untuk memperkenalkan calon yang bertanding.

Flyers dari Labour Party

Di sepanjang jalan ke tempat pengundian tiada poster-poster atau bendera parti politik yang bergantungan. Tiada juga peraih undi di tempat membuang undi. Kalau di tanah air tercinta buat macam ni, pasti banyak wang-wang rakyat dapat diselamatkan di setiap kali pilihanraya kecil dan pilihanraya umum diadakan.


Dewan tempat mengundi. Tak ada orang berkumpul pun..

Kenangan mengundi di perantauan

Pintu masuk ke dewan mengundi. Bukan pengundi hantu ye...

Kat dalam dewan ada tiga orang petugas yang menyemak nama dan memberikan kertas undi. Jari tak perlu dicalit dengan dakwat kekal pun. Senang sangat mengundi kat sini.

'Pengundi' kat kotak sebelah ambil gambar curi hehehe..

Keputusan pengundian, Conservative Party pimpinan David Cameron berjaya mengekalkan kuasa mereka dengan memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. David Cameron kekal sebagai Perdana Menteri. Setelah keputusan diumumkan, Ed Miliband yang memimpin Labour Party dan Nick Clegg yang mengetuai Liberal Democrats meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungjawab di atas kekalahan yang dialami oleh parti mereka - satu lagi situasi yang tak akan berlaku di Malaysia...

Tahniah Dr. Wan Azizah di PErmatang Pauh dan Mr. David Cameron di UK!

No comments:

Post a Comment