Thursday 2 July 2015

Ramadhan di Musim Panas 2015

Alhamdulillah, bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun ketiga kami berpuasa di UK. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Ramadhan kali ini juga jatuh di musim summer. Hari ini dah 15 Ramadhan. Sedar tak sedar kita dah masuk ke fasa ke dua bulan Ramadhan. 

Cabaran berpuasa di musim summer, waktu siangnya panjang dan malam yang pendek. Kami bersahur lebih kurang jam 2 pagi kerana waktu Subuh masuk jam 2.30+ pagi. Maghrib masuk jam 9.30+ malam menjadikan waktu kami berpuasa pada waktu siang selama 19 jam. Malam pula hanya lebih kurang 5 jam. Lepas berbuka, solat maghrib, solat isya', terawih dan ibadat2 lain...dah nak makan semula untuk sahur. Kadang-kadang rasa perut penuh lagi. Tapi tetap kena jamah makanan atau minuman untuk bekalan esok hari pula.

Waktu solat di Coventry

Dugaan untuk anak-anak, bermula dari hari pertama puasa lagi. Kebetulan pada 1 Ramadhan ada acara larian 'Run for Life' di sekolah yang dianjurkan oleh Cancer Research UK bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu pesakit-pesakit kanser. Semua pelajar lelaki datang ke sekolah dengan baju biru, dan yang perempuan pakai baju pink. Saya pujuk diorang untuk minta excuse dari teacher untuk tidak sertai larian, tapi diorang nak masuk juga. Mungkin seronok berlari beramai-ramai dengan kawan-kawan. Habis acara larian masing-masing dapat medal.



Minggu ini pula minggu yang paling panas di UK yang dikenali sebagai heatwave. Hari Selasa dan semalam cuaca memang panas, mencecah hingga 31 degree celcius. Panas dan terik kerana udara yang kering. Memang dugaan betul berpuasa dalam cuaca yang panas dan waktu yang panjang. Teacher Danish pula telefon minta izin untuk bagi air kat dia. Tak mengapalah, Danish pun baru 7 tahun dan masih lagi belajar berpuasa. Kesian juga. Kita yang dewasa ni pun terasa perit tekak dan keletihan dek cuaca yang panas ni. Itupun bila balik ke rumah dia tak nak makan. Katanya nak puasa makan, minum air dia memang tak boleh tahan tadi..

Suhu semalam.


View di hadapan rumah jam 2 petang. Terang-benderang. Dah macam kat Malaysia rasanya.

Jam 9 malam menunggu waktu berbuka. Masih cerah.

Bila dah panas begini, barulah tercari-cari kipas yang tersimpan di stor. Kipas di sini kecil dan comel je. Jangan haraplah nak ada kipas siling. Kipas kecil lebih praktikal sebab jarang digunakan jadi senang untuk disimpan.

Masa untuk kipas kecil bertugas

Hari ini cuaca dah agak mendung. Alhamdulillah. 

Semoga Allah menerima amal-ibadat kita di bulan Ramadhan ini.

No comments:

Post a Comment