Thursday 13 August 2015

Mia's Graduation Day

Mulai sesi persekolahan September ni Mia dah naik Year 1. Dah besar princess saya sorang ni. Sebelum cuti sekolah, ada majlis graduation untuk Foundation Stage sempena tamat pengajian di Nursery dan Reception.

Sijil yang diterima

Majlis yang simple sahaja. Ada ucapan ringkas daripada Head Teacher, Mrs.Ward, kemudian nama dipanggil seorang demi seorang untuk menerima certificate dari  Mrs.Ward. Selepas itu nyanyian beramai-ramai oleh semua pelajar. Macam biasa, sebarang photo & video tak dibenarkan jadi tak boleh nak ambik gambar semasa semua di atas stage. Adik-beradik yang ada di sekolah ni dijemput sama menghadiri majlis graduasi.

Along je tak ada, sebab along dah di Secondary School

Dah habis acara barulah ibu bapa dibenarkan ambik anak masing-masing kalau nak bergambar. Cuma gambar anak sendiri sahaja!.



Tapi kami ambik juga gambar dengan geng-geng Malaysian:)

Kawan baik di Nursery & Reception: Farqish & Nayli

Sempat juga bergambar dengan guru kelas Mia semasa Reception, Miss Brattle. Seorang lagi cikgu kesayangan Mia ialah Miss Tyrell iaitu teacher assistant, tapi tak jumpa dia nak ajak bergambar.

Tak senyum pulak Mia masa ni.

Semasa di Reception, Mia bersungguh-sungguh belajar membaca. Alhamdulillah sekarang Mia dah boleh baca buku yang senang-senang. Tahniah Mia. Selamat melangkah ke Year 1.

No comments:

Post a Comment