Monday 3 August 2015

Prof Dave Datang Beraya

Masih lagi dalam mood beraya.

Minggu lalu kami menerima kedatangan tetamu yang agak special, Prof Dave yang merupakan supervisor PhD Mr. Hubby. Dia datang dengan isterinya, Pippa. Kat sini walaupun ada pangkat Professor, tapi di kalangan pelajar PhD, diorang lebih suka dipanggil nama biasa. Mungkin untuk rasa lebih mesra.

Mulanya saya risau juga bila Mr. Hubby bagitau diorang nak datang beraya. Risau nak masak apa. Tertanya-tanya boleh ke diorang makan makanan kita yang agak pedas. Takut pulak kalau diorang tak boleh nak telan nanti huhu. Karang kena potong markah pulak PhD Mr. Hubby hehe..Macam-macam lah fikir. Untuk selamat, saya decide nak masak Nasi Lemak sebab MAS punya inflight meals pun serve nasi lemak. Diorang mesti dah buat research apa yang foreigner suka makan, kan?. So saya sediakan nasi lemak with sambal & friends, lontong & friends dan rendang ayam. Mr. Hubby buat lemang. Untuk desserts saya buat kuih bakar pandan dan Along pula tolong buat cornflakes cookies (ni bukan kuih tradisional hehe).

Dave & Pippa sampai tepat-tepat jam 6.30 petang seperti dijanjikan. Punctual sungguh. Nasib baik semuanya dah ready. Terharu juga diorang sudi datang ke rumah. Sebelum makan-makan kami berbual di ruang tamu, saling berkenalan sebab saya baru pertama kali bertemu dengan mereka. Kedua-duanya baik dan peramah.

Kemudian sambung berbual di meja makan sambil introduce makanan-makanan kita tu. Mula-mula diorang makan nasi lemak dengan sambal & rendang. Tengok Dave makan slow,slow saya dah mula risau takut dia terpaksa makan jer. Tapi dah habis sepinggan dia minta tambah. Owh ok lah...lega...Pippa dari awal steady je makan. Dia kata dia suka rendang ayam tu. Alhamdulillah. Lepas makan nasi diorang makan lemang dan sambung dengan lontong pula. Pun habis semangkuk sorang makan lontong walaupun dah kenyang makan nasi. Sambil-sambil bersembang diorang makan kuih bakar dan cookies. Lega sungguh saya diorang ni tak cerewet.

Kat dalam tureen tu kuah lodeh/lontong

Oleh kerana saya tak sure macam mana nak prepare minuman untuk diorang, saya cuma letak gula dan freshmilk untuk diorang buat bancuh teh sendiri. Mujur juga, rupanya diorang tak guna gula langsung. Cuma teh dan freshmilk!errkkk..kalu saya tak boleh telan macam tu. Padanlah orang-orang kat sini nampak sihat walaupun dah berusia.

Mia je yang sempat ambik gambar dengan diorang. 
Lupa nak bergambar ramai2 sebelum balik

Seronok berbual-bual dari kisah anak-anak mereka, adik beradik (rupanya Dave ada twin di Uni of Chester).,citer honeymoon diorang pun keluar. Macam dah kenal lama pulak, tak terasa dah Dave tu 'boss' Mr. Hubby. Bertuah sungguh Mr. Hubby dapat SV yang baik macam ni.

Hampir 3 jam juga mereka di rumah kami, sebelum balik diorang bagi presents pulak. Coklat & gula2 untuk anak-anak. Saya dan Mr. Hubby pun dapat hadiah juga :)..Memang budaya diorang agaknya bawa hadiah bila ke rumah orang. Macam kita juga bawa buah tangan bila menerima jemputan.

Sesi buka hadiah

Coklat dah selamat awal-awal. Maaf sayang, Haribo tu tak boleh makan, tak halal.

Strawberry jem tu Pippa buat sendiri dari strawberries di allotment mereka. Diorang suka gardening, macam-macam plants diorang tanam di rumah mereka di Kenilworth. Katanya orchard pun ada untuk tanam pokok yang lebih besar. 

Diorang minta diri untuk balik bila hari dah beransur gelap. Lebih kurang jam 9.30pm. InsyaAllah, suata hari nanti kita jumpa di Malaysia pula.

Esoknya Mr. Hubby dapat email dari Dave.


Mat salleh (yang baik-baik) memang very appreciative walaupun yang kita buat tu takde lah hebat sangat. Puji-memuji macam dah jadi budaya diorang. Cikgu-cikgu di sekolah pun macam tu. Orang kita, kadang-kala yang berpangkat besar agak ego dengan orang bawahan. (Ayat2 manis rupanya nak ajak meeting hehe).








2 comments:

  1. Cantiklah kak set pinggan mangkuk akak tu... Beli kat newscastle ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini set portmeirion. Beli di factory outletnya di Stoke-en-Trent.

      Delete