Friday 14 August 2015

Strawberry Picking

Weekend lepas cadangnya nak ke Clives Fruit Farm untuk Pick Your Own (PYO) fruits. Oleh kerana cuaca yang baik, terasa nak ke carboot pula jadi kami ke Studley Carboot sebelum kat sana. Rupanya di situ ada dua Car boot sales yang berdekatan. Dua-dua boleh tahan besarnya. Lepas dah 'tawaf' dua car boots, masing-masing dah kepenatan pulak jadi plan nak PYO hari tersebut dibatalkan.

Tak dapat pegi PYO pun nak letak juga kenangan kami petik strawberry di kebun Abang Fuad semasa bulan puasa yang lalu...Abang Fuad dapat allotment untuk bercucuk tanam ni dari City Council. Plot-plot tanah ini boleh disewa dari Coventry City Council mengikut kekosongan plot yang ada mengikut syarat-syarat tertentu.



Kebetulan semasa bulan puasa tu musim strawberry masak. Abang Fuad jemput sesiapa yang nak strawberry datang petik di kebunnya. Kami saje bawak anak-anak sambil tunggu waktu berbuka puasa.

 Jom petik strawberry

 Pekerja pemetik buah import



 Yang belum masak pun Mia belasah petik juga...aduyaii...


Yummilicous...sedap ni makan dengan chocolate.

Selain strawberry, Abang Fuad juga ada tanam potatoes, jagung, salad, cabbage dan beberapa sayuran yang lain.

 kacang



Sempat juga tolong abang fuad tanam potatoes.




Bunga-bungaan pun ada...




On the way nak keluar tu nampak pula pokok cherry...tapi ini orang lain punya jadi boleh tengok je lah tak boleh ambil.




Geram tengok cherry ni, besar-besar. Dalam banyak2 berries saya cuma suka makan buah cherry jer...

Tahun ni macam dah tak sempat nak PYO...kena postpone ke tahun depan nampaknya...

No comments:

Post a Comment