Monday 10 August 2015

Warwick Castle

Dah lama terperap dalam draft, sekarng ni dah summer holiday pun...baru nak sambung semula.

Saya ke Warwick Castle dengan Along ketika cuti Easter Break yang lalu (bulan April).  Semasa cuti tersebut, Aiman & Danish menyertai Soccer School di Whorberley Hall Primary School hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00pagi hingga 3.30pm. Coach yang mengajar pada sesi tersebut adalah bekas coach team remaja Coventry City.


Kesian pulak tengok Along tak ada kawan kat rumah. Jadi saya ajak dia ke Warwick Castle. Mr. Hubby dah tak nak pergi sebab dia dah pernah round castle tu semasa bawa tetamu dari Malaysia. Kiranya hari tu adalah "Mom & son day out" lah hihi...

Lepas hantar Aiman & Nash di Whorberley Hall Primary School, Mr. Hubby hantar kami pulak ke Warwick Castle yang terletak kira-kira 30 minit dari rumah. Kami sampai pukul 10 pagi iaitu waktu castle mula dibuka. Setelah beli tiket di kaunter, kami masuk ke dalam. Antara yang terawal sampai.



Warwick Castle ini dibina sejak zaman medieval (pertengahan) lebih 1100 tahun dahulu, tapi binaannya nampak masih utuh. Selain dari melawat castle, ada banyak show kat dalam ni. Jadual show ada di signboard selepas entrance. Pada hari kami pergi tu shows yang ada adalah seperti kat bawah ni:


Mula-mula tengok The Bowman Show dulu pada pukul 10.30pagi. Sebelum tu kami bersiar-siar di kawasan luar castle yang membawa kami ke Peacock Garden.





Banyak juga peacock yang ada kat sini.

Dari sini kami ke Riverside Arena untuk menonton The Bowman Show. Petugas menerangkan jenis-jenis peralatan memanah dan cara menggunakan anak panah ini serta demonstrasi. Ada juga beberapa peralatan lain yang digunakan pada zaman dulu kala turut ditunjukkan.

 Senjata perang

 Sedang beraksi
 Panah ke seberang sana sungai. ada juga yang miss target
Aiseh, buat apa kat anak aku tu??...demo guna pedang

Kemudian kami berjalan-jalan di sekitar castle. Kat belakang castle ni ada sungai yang mengalir cantik, anak sungai dari River Avon.



Ini pula Mill & Engine House. Sejak abad ke-15 lagi air daripada sungai berhampiran digunakan untk menghasilkan bekalan tenaga elektrik kepada castle ini.





Tower yang menghadap ke sungai

Dari sini kami ke bahagian courtyard iaitu bahagian tengah castle. Kat sini ada Courtyard Shop yang menjual pelbagai cenderamata.


Courtyard


Dalam building di belakang shop adalah pameran The King Maker - bagaimana diorang buat persediaan untuk ke medan perang.






Ada nampak satu pintu kecil berlabel 'Gaol'. Ingatkan tempat apa. Kami cuba masuk dan turun ke bawah melalui satu laluan sempit dan gelap. Rasanya di sini tempat diorang mengurung tahanan.




Sambung lagi melawat The Great Hall dan bilik-bilik di dalam castle, dan kemudian ke Time Tower.





 Watak-watak dibuat dari patung lilin.
 Best juga dapat tengok bilik-bilik golongan bangsawan ni. Sebelum ni tengok dalam filem je

Pukul 12.30 tengahari ada pertunjukan The Flight of Eagles - burung-burung helang yang dah dilatih ini di lepaskan dari kubu castle dan menyambar makanan daripada petugas.



Kemudian saya dan Along mendaki tangga-tangga untuk ke puncak tower. Lelah juga nak panjat tangga ni. Dah la dua-dua beranak ada asthma. Tapi sebab teringin nak tengok pemandangan di sekeliling castle dari atas, saya gagahkan juga. Hasilnya memang menakjubkan. Indahnya pemandangan dari atas ni, Subhanallah.






Nampak juga Trabuchet Show yang tak sempat kami pergi. Sebelum ni diorang buat demo, tapi dalam salah satu demo tu secara tak sengaja telah membakar boat house yang terletak berhampiran situ. Dalam gambar Bowman Show ada nampak kesan boat house yang terbakar.


Turun dari tower dan jalan-jalan lagi di kawasan sekitar.



Sementara tunggu Mr. Hubby sampai, Along nak bermain di Pageant Playground.



Hampir seharian di Warwick Castle. Harap lawatan hari ini dapat membantu Along dalam subjek Historynya.






No comments:

Post a Comment