Monday 30 November 2015

Birthday Dinner @Momenti

Jumaat 27 November 2015 usia saya meningkat setangga lagi. Cuma tinggal tiga tahun nak masuk 4 series...Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia saya dan dikurniakan rezeki yang secukupnya. Keluarga yang bahagia, anak-anak yang sihat, kerjaya yang saya impikan sejak kecil....Syukur yang tidak terhingga dengan apa yang dimiliki sekarang walaupun tak punya harta yang melimpah-ruah dan tidaklah sehebat orang-orang lain di luar sana..

Kad dan ucapan dari anak-anak tersayang

Sempena birthday saya ni rupa-rupanya Mr. Hubby dah berpakat dengan anak-anak nak buat surprise - birthday dinner, only two of us. Anak-anak kena tinggal walaupun Mia merengek nak ikut. Oh, sebelum tu dapat sejambak bunga masa Mr. Hubby ambik saya selepas swimming class di Warwick Sport Centre. 

Senyum sampai ke telinga hari ni dapat bunga...

Lepas solat Maghrib kami ke Momenti - Restoran Italy yang terletak di Leamington Spa. Mr. Hubby dah buat booking pukul 6 petang.  Waktu kami tiba, belum ada pelanggan lain di sana. Jadi sempat la posing-posing bergambar sebab tak ada orang lagi. Cantik interior design kat dalam restoren ni.

Kat depan restoren

 Ada satu jer gambar berdua, ni pun x clear sangat..


Restoren ini dicadangkan oleh kawan Mr. Hubby, Stefano. Girlfriend dia pernah bekerja di sini jadi dia cadangkan beberapa menu yang sesuai untuk vegetarian dan tidak mengandungi alkohol. Daripada starter, main dish & dessert semuanya sedap-sedap belaka. Dapat la merasa hidangan Italy yang original. Selalunya masak pasta ikut selera sendiri jer...

 Starter: Bread + cheese + tomato - nampak simple tapi sedap

 Linguine - nama penuh x ingat

 Smoked salmon penne pasta

Dessert - memula nak try tiramisu dia, tapi ada wine. So tukar dengan totally chocolate cake ni.

Terima kasih Mr. Hubby, walaupun pening dengan lab experiment dan thesis writing, sempat juga arrangekan special dinner untuk kami malam ni...







Thursday 26 November 2015

Juara Autumn Trophy Event

Pasukan bolasepak Aiman iaitu Mount Nod Jets cuma berjaya menjadi naib juara dalam Spring Trophy yang lepas. Tetapi hasil asuhan coaches dan semangat ahli pasukan yang tidak berputus asa, team Aiman berjaya menjuarai Autumn Trophy Event tahun ini yang diadakan pada 15 Nov 2015. Sejak bulan September setiap hari Ahad Aiman ada perlawanan dengan team yang berbeza. Setelah melepasi peringkat quarter final dan semi-final, mereka bertemu dengan pasukan Mount Nod Colts di final. Mereka menang 3-1. Alhamdulillah. Tahniah Aiman and team.

Gambar-gambar meraikan kemenangan...



 Yeyyy menang...

 Aiman & his coach, Warren

 Sorang lagi coach Aiman, Robb


 Well done!



Celebration


Friday 20 November 2015

### Random Thoughts

#1 Pyjamas Day

Hari ini kelas Aiman (5H) dan kelas Nash (3D) tak perlu pakai uniform ke sekolah, sebaliknya diorang cuma pakai pyjamas. Ini sebagai tanda penghargaan sebab attendance kelas mereka 100% sepanjang minggu lepas - just for fun. Kelas mana yang terpilih untuk pyjamas day, dengan cikgu2 kelas sekali pakai pyjamas ke sekolah. Sporting betul..


#2 Paris Attack

Jujurnya saya risau juga dengan anak-anak di sekolah bila berlaku situasi macam ni. Bila ada liputan serangan sebegini di media, saya bimbang kawan-kawan memandang serong atau mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. Maklumlah Muslim golongan minoriti di sekolah mereka. Tapi bila saya berbual-bual dengan mereka selepas balik sekolah, saya bersyukur cikgu-cikgu di sini lebih berfikiran terbuka. Malahan ada cikgu yang menerangkan di kelas bahawa terrorist ini malah ISIS bukan orang Islam dan ini bukanlah ajaran Islam. Tiada agama yang mengajar tentang keganasan. Terima kasih cikgu. Mudah-mudahan kata-kata cikgu ini lekat di ingatan pelajar-pelajar dan lebih membuka minda mereka sehingga mereka meningkat dewasa. Mudah-mudahan juga Islamphobia akan terhapus di Barat ini. Tiada lagi wanita berhijab dimaki di dalam train dan tempat awam, atau tidak dibenarkan memasuki mana-mana kedai hanya semata memakai hijab...

#3 Simpulan Bahasa

Kadang-kala saya memang sengaja menyelitkan simpulan bahasa atau peribahasa dalam perbualan harian supaya anak-anak biasa mendengar dan tidak lupa dengan bahasa ibunda. Suatu hari bunyi bising-bising suara Mia menangis (situasi biasa bila anak-anak di rumah, spot diagnosis - kena kacau dengan abang-abang).

Saya pun bertanya apa yang berlaku kononnya nak marah la ni!

Mama: Kenapa ni Aiman? Usik adik lagi la ni???

Aiman: Mia tu Mama...nak jadi 'batu karang'..saje la tu nak Aiman kena marah..

Batu api dah jadi batu karang la pulakk...Adoii tak jadi Mama nak marah dah tergelak pula...

Thursday 19 November 2015

Secondary School di UK

17 November 2015 lalu keputusan UPSR diumumkan. Kalau kami di Malaysia, pasti pada hari tersebut saya turut sama ibu bapa yang lain menanti keputusan UPSR Aliff dengan penuh debaran. Tapi sebab berada di sini, Aliff 'terselamat'. Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih oleh anak-anak sahabat-sahabat saya. Yang tak dapat 5A tak apa, ini cuma satu permulaan. Jauh lagi perjalanan di hadapan.

Di sini Aliff dah di Year 8 (Tingkatan 2 kalau di Malaysia). Perkongsian ini selain untuk kenangan peribadi, juga untuk memudahkan kawan-kawan yang bakal berhijrah di UK, yang tertanya-tanya macam mana keadaan persekolahan di sini. Selalu dapat soalan ni di email & comments.

Untuk daftarkan anak ke sekolah menengah, sama juga dengan primary school adalah melalui unit admission di City Council masing-masing. Biasanya kita akan cari sekolah yang paling dekat dengan rumah. Ada juga yang pilih based on ranking. Terpulanglah. Pandangan peribadi saya, hampir semua sekolah di UK ni bagus. Belajar di sekolah mana pun insyaAllah anak-anak akan mendapat peluang yang sama. Kalau anak dah memang di Year 6 di Primary School sini, borang permohonan untuk ke Secondary School biasanya akan dibuka pada pertengahan bulan September sehingga 31 Oktober tahun berkenaan. Boleh hantar borang yang hardcopy tu ke sekolah atau isi permohonan secara online. Di sini kita diminta meletakkan tiga pilihan sekolah mengikut keutamaan.

Aliff bersekolah di The Westwood Academy. Apa yang saya tulis ni berpandukan apa yang dia alami dan pelajari di sekolah. Lain sekolah mungkin ada sedikit kelainan. Di Westwood Academy, setiap pelajar di'assign'kan kepada satu college (seperti rumah sukan). Ada empat colleges iaitu Bannister, Seacole, Maxwell dan Raleigh. Di dalam college ni pula, pelajar dibahagikan pula kepada group kecil yang dipanggil  'Tutor Group'. Aliff berada di Tutor Group Banister 3. Dalam setiap Tutor Group ada pelajar-pelajar dari Year 7 hingga ke Year 11. Setiap hari ada perjumpaan Tutor Group di awal pagi sebelum memulakan kelas. Ketika perjumpaan Tutor Group ini, semua ahli berkumpul diketuai oleh seorang guru yang dipanggil 'mentor'. Untuk perjumpaan harian ini, cuma ada pelajar Year 7 hingga Year 9. Pelajar year 10 & 11 di group lain. Mereka berbincang dan bertukar-tukar pendapat jikalau ada antara ahli yang mempunyai apa-apa masalah. Adakalanya pula mentor memberikan topik sesuatu topik untuk dibincangkan bersama.

Matapelajaran bagi Year 8 ialah Math, English, Science, History, Geography, Spanish, Drama, Dance, Physical Education (PE), Technology, Art, Phylosophy & IT. Subjek 'Technology' macam Kemahiran Hidup kalau di Malaysia. Ada belajar pertukangan dan belajar masak-masak. Di sini pelajar tidak berada di kelas yang sama sepanjang hari. Kelas bertukar pada setiap mata pelajaran. Contohnya mungkin Aliff sekelas dengan Si B semasa subjek Science, tapi tidak sama kelas ketika subjek English dan Math. Begitu juga dengan matapelajaran lain. Boleh semak kekerapan setiap subjek dalam timetable kat bawah ni. Ada subjek yang diajar setiap hari, ada yang cuma seminggu sekali.


Bagi memantau keadaan anak-anak di sekolah, pihak sekolah menyediakan online portal 'My Child At School'. Cikgu akan memberi ID sekolah dan username kepada ibubapa dan kita masukkan password. Di online portal ini kita boleh menyemak kehadiran anak-anak bukan sahaja ke sekolah tapi juga di setiap kelas pada setiap hari. Selain daripada tu, ada juga laporan 'behaviour' daripada guru-guru sama ada anak kita berkelakuan baik atau sebaliknya.


Screenshot contoh paparan 'MyChildAtSchool'..tapi waktu ni teacher belum update Attendance pada hari tersebut.

Di kolum 'Behaviour' tu akan dipaparkan komen-komen teachers tentang behaviour atau akhlak anak kita di kelas. Ada beberapa komen di hari yang sama tu bermakna komen dari guru subjek yang berlainan. Kalau good behaviour, tick warna hijau keluar, tapi kalau ada yang kurang baik teacher akan bagi komen juga berserta tanda warna merah. Bulan lepas ada surprised postcard di letter box kat rumah.



Rupa-rupanya bila dah dapat banyak positive points, Head Teacher, Miss Benton akan hantar postcard personally kepada student tersebut. Sweet sangat kan?




Kat atas ni contoh paparan di Tab 'Attendance'. Bila semak kat sini baru tahu Aliff ada datang lambat ke sekolah iaitu kotak-kotak yang berwarna pink. Sebenarnya yang dia datang lambat tu adalah hari-hari saya di Tanah Suci. Itulah akibatnya bila tak ada suara Mama membebel pagi-pagi selama dua minggu.

"Along...cepat mandi. Jangan lama-lama sangat shower tu..."

"Along...cepat sarapan"

"Along...sikat rambut. Cepat dah lewat ni!"

"Along...pakai stokin cepat. Tengok jam dah pukul berapa ni?!"

Haha...ni la antara dialog-dialog rutin setiap pagi. Penattt wehhhh...

Kotak biru pula 'authorised absent'. Contohnya kalau anak tak sihat dan tak dapat ke sekolah. Sebelum jam 9 pagi kena telefon sekolah maklumkan sebab tidak dapat hadir. Kalau beberapa hari tak datang, tiap hari pun nak kena call juga untuk update pihak sekolah. Kalau kita tak call, diorang pula yang akan call kita tanya kenapa anak tak datang!...Syukur lah dalam report Aliff ni tiada kotak merah iaitu Unauthorised Absent.

Satu lagi online portal yang sekolah gunakan ialah 'Show My Homework'. Kat sini kita boleh semak apa homework yang sepatutnya anak kita buat dan bila due for submission. Kalau late atau tak hantar nanti keluarlah remark warna oren atau merah. Kalau si anak lupa apa homework dia boleh check kat sini juga. Ini biasanya masalah dengan anak lelaki huhu...




Activiti ko-kurikulum, atau dipanggil 'after school club' macam kat Malaysia juga ada macam-macam kelab yang boleh dipilih ikut minat masing-masing. Semuanya optional tapi saya galakkan Aliff join sebanyak mana yang dia larat. Dah ada peluang kenalah gunakan sebaiknya untuk kutip sebanyak mungkin pengalaman. Aliff tak minat sangat sukan outdoor macam football, jadi dia join badminton, swimming club (percuma) dan trampoline.

Selain dari online portal ni, sekolah juga gunakan Twitter sebagai satu medium komunikasi antara sekolah dan ibubapa. Kalau ada apa-apa announcement mereka akan maklumkan di Twitter. Yang lebih personal, pihak sekolah akan hantar surat melalui pos ke alamat ibu bapa.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Kalau ada apa-apa lagi yang nak tahu boleh email saya :)

Thursday 12 November 2015

Coventry Transport Museum

Dah alang-alang menulis tentang Coventry City Centre semalam, hari ni nak sambung dengan Coventry Transport Museum, juga terletak di city centre.

Muzium ini menempatkan pelbagai model kenderaan yang dibuat di England sejak 150 tahun dahulu. Mengikut sejarah, Coventry merupakan bandar utama industri kenderaan di Britain sebelum bandar ini musnah dalam Perang Dunia Kedua. Sebab itulah transport museum yang terbesar di England ni dibina di Coventry.

Bukan anak-anak je, Mama & Papa pun seronok ke muzium ni sebab dapat tengok perkembangan teknologi pembuatan/model kenderaan dari dahulu hingga yang terkini. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk melihat pameran.

Jom tengok gambar-gambar kenderaan antaranya yang terdapat kat sini...Gambar-gambar ini diambil semasa kami ke sana di penghujung tahun 2014.


Di luar muzium



Singer - bermula sebagai pengeluar basikal seawal tahun 1874



 Daimler, Rover, Riley - antara pengeluar kenderaan terawal

 Lesen kenderaan tahun 1914

 Caravan zaman dahulu kala 

 Enjin-enjin kenderaan yang pernah digunakan

Memang MINI

 Jaguar - the early years

Jaguar in 1960s

"Along nak kereta ni!"


 Racing cars

Kereta paling laju??

Muzium ni tak jauh pun dari Primark Coventry. Dari muzium kami berjalan kaki ke sana sambil menikmati pemandangan sekitar.




 Primark - back view


 West Orchards Shopping Centre