Tuesday 10 November 2015

Mia's Bus Trip - Coventry City Centre

Walaupun di UK ini servis pengangkutan awamnya sangat baik, tapi kerana size keluarga yang agak besar kami lebih selesa dan rasanya lebih jimat untuk bergerak ke mana-mana menggunakan kereta. Cuma kadang-kala saya naik bas sorang-sorang kalau nak ke City Centre sewaktu Mr. Hubby ke office dan anak-anak ke sekolah.

Semasa Autumn break minggu lepas, oleh kerana Mr. Hubby tak ada selama dua minggu, ada sedikit barang keperluan yang kehabisan stok. Saya ajak Mia untuk ke City Centre dengan menaiki bas. Seperti yang diketahui umum, servis pengangkutan awam di sini memang baik. Bas untuk ke City Centre datang setiap 10 minitTempat menunggu bas pula hanya di hadapan rumah kami. Cuma untuk ambil bas menghala ke city centre, kami perlu melintas jalan. Dari rumah kami di Jobs Lane, bas yang boleh dinaiki untuk ke City Centre ialah bas No. 6 dan 6A. Tambang bas sehala ialah GBP2 untuk dewasa dan GBP1 untuk kanak-kanak.


Kawasan kejiranan kami - view dari tempat tunggu bas.

Mia excited sangat sebab tak pernah naik bas di sini, kecuali semasa jalan-jalan di London. Sepanjang perjalanan dia menyanyi-nyanyi kecil lagu 'We're going on a Trip'. Tapi ini naik bas je lah. Bukan naik rocket ship :)


Sebelum ni saya cuma bercerita tentang tempat-tempat lain di UK. Tak pernah pula tulis apa yang ada di Coventry. Coventry ni memang bandar kecil je, tapi alhamdulillah banyak kemudahan yang ada di city centrenya termasuk pasar, shopping mall dan lain-lain.

Oleh kerana saya hendak ke Coventry Market, tempat bas berhenti paling hampir ialah di hadapan IKEA. Saya dan Mia turun di sini iaitu di bus stop Croft Road. IKEA di sini boleh tahan besarnya. Salah satu tempat tumpuan student-student mencari barang keperluan rumah seperti perabot asas dan aksesori semasa mula-mula masuk rumah. Di sebelahnya pula ialah SkyDome yang menempatkan Odeon Cinema dan juga tempat main ice skating, Planet Ice.

 IKEA

SkyDome Coventry

Di sebelah kiri jalan bertentangan dengan IKEA ada Iceland dan Argos.



Kami melintas jalan dan menyusuri laluan bahagian tepi Iceland (yang ada arrow tu) untuk ke Coventry Market. Di sini banyak deretan teksi yang menunggu penumpang.


Coventry Market yang dibuka mulai 8 pagi setiap hari ni ada banyak sangat stall yang jual macam-macam benda. Daripada fresh flowers, buah-buahan, sayur-sayuran, barang-barang runcit, pakaian, kek dan macam-macam lagilah termasuk ayam dan daging Halal. Yang bagusnya pasar di sini bersih dan tidak berbau busuk.





 Kedai Ikan

Ayam dan daging Halal

Selesai membeli barangan yang diperlukan, saya ajak Mia bersiar-siar di sekitar kawasan ni. Keluar dari Coventry Market ada deretan kedai-kedai yang banyak sehinggalah ke Primark di Broadgate.


China Mini Market terletak di bahagian luar pasar. Berbagai barang Asia termasuk dari Malaysia ada dijual di sini. Kat sinilah tempat kalau nak cari kicap kipas udang, Maggi Malaysia, daun pandan, daun kesum (kadang-kadang ada), tepung pulut, tepung beras dan sebagainya. Harga mahal sedikit dari kedai Wing Yip di Birmingham tapi sebab dekat, kalau dah habis stok terpaksa beli je lah.

Bertentangan dengan China Mini Market ni pula ada kedai perabot milik British Heart Foundation (BHF) iaitu charity shop yang jual perabot. Perabot-perabot yang dah tak diperlukan tapi masih berkeadaan baik didermakan kepada BHF dan mereka menjualnya untuk mendapatkan dana. Saya dan Mr. Hubby suka juga menjamu mata di sini. Walaupun perabot second hand, tapi kebanyakannya masih cantik dan berjenama seperti Laura Ashley, M&S, DFS dan sebagainya. Mereka juga menyediakan kemudahan delivery dengan harga yang berpatutan.


Sepanjang laluan Market Way ada shop lot termasuk Sport Direct, Poundland (semua barang berharga 1 pound), BHS dan di laluan tengah ada gerai-gerai makanan. Di tengah-tengah persimpangan ada fountain untuk pengunjung-pengunjung berhenti rehat.

Gambar arkib - semasa Ma & Ayah datang

Jika berjalan ke kiri akan membawa kita ke Lower Precint Shopping Centre (Clarks, New Look, NEXT dll), Jalan terus pula kalau nak ke West Orchard Shopping Centre iaitu shopping mall yang lebih besar. Retailer paling besar ialah Debenhams. Ada juga Marks & Spencer, Miss Selfridge, The Body Shop dll. Tapi kami cuma nak ke Primark iaitu di laluan sebelah kanan. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai.


Dah sampai Primark Coventry

Primark tempat beli-belah yang best sebab pakaian yang dijual mengikut musim dan yang penting murah!. Kalau baju anak-anak biasanya harga di bawah GBP10. Kalau t-shirt tu harga GBP2-3 je. Bila di penghujung musim pula baju musim itu ada potongan harga sebelum stok-stok untuk musim berikutnya masuk. Walaupun harga murah, tapi kualitinya baik. Sebab tu kalau orang Malaysia datang memang shopping sakan di Primark especially di Oxford Street, London.

Ini pula gambar-gambar di sekitar Broadgate ni..



Di hadapan Primark ni ada kawasan lapang, kadang-kadang ada event dibuat di situ. Di hadapan Cathedral Lane tu pula ada Lady Godiva Statue, tapi kerana statue tu berkategori 18SX, saya tak nak lah letak gambar kat sini..



Bangunan lama & moden

Selesai beli barang di Primark kami kembali ke IKEA untuk tunggu bas balik ke rumah. Bas dari city centre berhenti di bus stop betul-betul di hadapan rumah kami.







No comments:

Post a Comment