Tuesday 2 February 2016

Snow

Cepatnya masa berlalu, hari ini dah hari kedua di bulan Februari. Dah lama nak buat catatan tentang snow yang turun pada dua minggu lepas; baru hari ini ada kesempatan.

Walaupun tinggal di negara empat musim, tapi bukanlah selalu dapat menikmati salji yang turun. Di tahun pertama kami datang iaitu pada Mac 2013, seingat saya ada dua hari salji turun dalam bulan tersebut. Itulah pengalaman pertama anak-anak bermain salji dan membuat snowman. Tahun lepas pula snow turun nipis sangat tak boleh nak main pun. Lepas tu cair ditimpa hujan.

Musim sejuk tahun ni memang berharap sangat salji akan turun. Bila weather forecast meramalkan salji turun pada 17 Januari, anak-anak tak sabar menanti ketibaan hari tersebut. Bangun pagi tu terus menerpa ke jendela dan alhamdulillah salji putih memenuhi halaman.


Backyard



Hari dah cerah sikit Along & Aiman cepat jer pegi cari snow sledge kat dalam shed. Sledge beli dah lama, itu yang tak sabar nak guna. Mula-mula main kat depan rumah jer. Walaupun snow tak lah tebal mana, dah cukup buat diorang happy sangat.


Sementara Mr. Hubby sibuk layan anak-anak sledging kat depan rumah, saya pula ambil gambar-gambar di sekitar kejiranan untuk kenangan...






Dah puas main kat rumah diorang ajak ke park pula. Mama sebenarnya tak tahan kesejukan tapi oleh kerana lepas ni tak pasti snow nak turun lagi ke tidak jadi turutkan je lah keinginan anak-anak. Kami ke War Memorial Park untuk diorang sambung sledging kat sana. Dalam perjalanan mata tak jemu melihat pemandangan pokok-pokok yang putih dilitupi salji. Subhanallah...Kata Nash macam dalam cerita Narnia!




Di War Memorial Park tak ada bukit yang tinggi tapi jadilah buat lepas gian..Nak main di Kenilworth Park hujan pulak kat sana.


War Memorial Park

Kat sini jumpa dua family lain, pun yang bakal meninggalkan Coventry tahun ini macam kami jugak....Orang dah nak balik itulah semangat datang cari snow hehe...Diorang bawak kamera canggih so dapat la tumpang ambik gambar family:)








Mia & Nadhirah nak buat snowman

Carrot tak bawak, takde lah hidung mancung snowman

 Haha dah senget dah si snowman

Video main snow kat rumah dan di park...







No comments:

Post a Comment