Sunday 27 March 2016

Royal Albert Hall & Winter Wonderland

Tengok tajuk pun dah tau ini cerita dah basi.

Sekadar catatan kenangan, kunjungan sekian kalinya ke London.

London mempunyai terlalu banyak tempat menarik. Walupun dah ke sana beberapa kali, tapi masih banyak lagi tempat yang belum dikunjungi.

Penghujung tahun 2015, kami sekali lagi berada di sana. Bermalam di rumah sahabat kami Rafiq dan Norle, ketibaan kami disambut dengan jamuan nasi berserta ayam panggang, dan desserts brownies. Asalnya dah book bilik hotel, tapi Rafiq bersungguh-sungguh mengajak kami ke rumahnya sebab dah lama juga tak ke sana. Banyak yang nak dibualkan oleh Mr. Hubby dan Rafiq tu...Kami yang bertuah sebab Norle memang rajin dan pandai memasak.


 Singgah convenience store untuk topup Oyster Card

Esoknya sebelum keluar berjalan kami dijamu dengan mee hoon goreng pula. Leka berbual agak lewat juga kami keluar. Macam biasa guna Oyster Card untuk berjalan-jalan. Dari sana kami menaiki bas untuk ke Royal Albert Hall yang terletak di South Kensington. Bangunan ini dirasmikan oleh Queen Victoria pada tahun 1871. Teringin nak tengok dewan konsert yang pernah memberi peluang kepada penyanyi tersohor tanahair, Siti Nurhaliza membuat persembahan pada tahun 2005.

View dari bus stop tempat kami turun



Cuma dapat melihat Royal Albert Hall (RAH) dari luar dan bersiar-siar di sekelilingnya. Pesan Rafiq & Norle, kalau nak ambik gambar yang lebih cantik, pergi ke area belakang bangunan RAH ni. Memang betul kata 'otai London' ni. Dari belakang dapat view penuh bangunan dan ada kawasan lapang. Pantang ada tempat lapang, bebudak ni mesti nak berkejaran...



Selain bangunan RAH itu sendiri, bangunan-bangunan lain di sekeliling RAH juga tak kurang menarik. Senibina lama yang mengagumkan.






Selepas berjalan-jalan dan bergambar kenangan, kami menaiki bas untuk ke restoren Burger & Lobster di Tingkat 5 bangunan Harvey Nichols yang terletak di Knighsbridge berhampiran Harrods.

Selesai menjamu selera, kami meneruskan perjalanan dengan bas untuk ke Winter Wonderland di Hyde Park. Winter Wonderland adalah acara tahunan yang dibuat di sini bermula penghujung November hingga akhir Disember. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk, tapi kalau nak masuk 'attractions' seperti Magical Ice Kingdom, Observation Wheel, London Circus dan Ice Skating kena beli tiket berasingan. Selain daripada tu ada banyakkk sangat rides dan rollercoasters (macam funfair) yang memerlukan pengunjung membeli token untuk naik.

Ramai sangat orang








Waktu musim sejuk yang pendek tak mengizinkan kami untuk berada lama kat sana. Kami terpaksa berkejar mencari tempat solat yang berhampiran sebelum masuk waktu Maghrib lebih kurang jam 3.40 petang.

Check di Google rupanya ada masjid yang berdekatan iaitu Mayfair Islamic Centre, Hertford Street, London berhampiran dengan Qatar Embassy. Berpandukan Googlemaps kami berjalan kaki ke sana. Alhamdulillah jumpa...tempat sembahyang wanita adalah di bahagian bawah, iaitu menuruni tangga ke basement. Ada tandas dan tempat berwuduk yang selesa.


Lepas menunaikan solat jama' Zohor & Asar, kami balik ke Du Cane Road. Ambik train di Marble Arch station.

 Ada 'floating man' show di Marble Arch

 Yoda


Dari rumah Rafiq di Du Cane, kami balik ke Coventry. Sebelum tu singgah di Reading rumah Amin & Naila, lawatan balas sebab diorang dah dua kali ke rumah kami. Terima kasih Amin & Naila, walaupun sibuk dua-dua study kat sini sudi juga jemput kami ke rumah. Oleh kerana sampai pun dah malam, tak sempat nak bersiar-siar di Reading town. Insya Allah panjang umur murah rezeki kami kembali lagi...

Saturday 26 March 2016

Ice Cream & Swanswell Park

Selepas berbulan-bulan cuaca gloomy dan suram, semalam Allah hadiahkan cuaca indah dengan pancaran cahaya matahari sempena hari pertama cuti persekolahan anak-anak.

Anak-anak dah lama mintak nak makan sate, hari ni dapat lah penuhi keinginan mereka. Cuaca cerah jadi dapat bakar sate di belakang rumah.

Petang itu pula sahabat kami, Najwa ajak ke kedai deserts, Creams Cafe yang terletak di tepi tasik Swanswell. Kami ke sana selepas solat asar. Anak-anak excited nak makan aiskrim dan nak main scooter di park.

Laluan pejalan kaki di tepi tasik untuk ke Creams Cafe



Ada bermacam jenis desserts kat sini, pancakes & waffles dengan pelbagai toppings, juga aiskrim dengan macam-macam perisa dan berwana-warni. Sudah pasti aiskrim yang jadi pilihan anak-anak.

Scrumptious Ice Cream

Layannn...

Tak lama selepas kami sampai, Sya sekeluarga turut sertai kami. Family kami bertiga akan balik dalam tahun ini. Kami sama-sama tiba di Coventry pada tahun 2013 walaupun berlainan bulan dan sama-sama bermastautin di Tile Hill, Coventry...Tahun ni seorang demi seorang pula berangkat pulang...Sedihnyaaaa.....Sya dijangka balik ke Terengganu pada penghujung April dan selepas tu giliran kami pula akan menyusul....Sebelum balik, kutip sebanyak mungkin kenangan bersama...


Sya, Kak Isma akan rindukan kuih cek mek molek, serimuka dan bubur biji nangka Sya...juga Karipap Najwa yang sedap!


Nabeehah, si comel yang dilahirkan di sini


Sementara anak-anak bermain di park, mak2 apalagi duduk bersembanglah...Sampai lupa nak ambik gambar diorang bermain.


Aiman kat tepi tasik yang banyak swan...sempat ambik gambar ni je sebelum balik

Thursday 24 March 2016

Bonnet Parade

Hari ini hari terakhir persekolahan sebelum 'Easter Break' selama dua minggu bermula esok. Di sekolah pelajar-pelajar Nursery dan Reception ada acara 'Bonnet Parade'. Mia dah Year 1, jadi dah tak terlibat tahun ni. Cuma teringat kan Mia semasa 'Bonnet Parade' tahun lepas.

Sebenarnya Easter adalah perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Kristian. Perayaan ini dikaitkan dengan telur atau 'Easter Eggs' kononnya simbolik kehidupan baru selepas kelahiran semula Jesus. Di sekolah, tak ditekankan pasal perayaan, tapi memang ada macam-macam aktiviti yang berkaitan seperti Bonnet Parade iaitu pertandingan mencipta topi yang dihiasi cantik dengan eggs, bunny, chicks dan macam-macam lagi. Ada juga pertandingan melukis/mewarna pada kulit telur dan aktiviti arts yang lain.

Topi ni kawan saya, Sya yang tolong buatkan. Masa Mia kat nursery dan ada bonnet parade tu...saya balik Malaysia untuk submit thesis. Nasib baik Auntie Sya ada...kalau tak Mia sorang jer lah yang tak ada topi semasa bonnet parade...

Cantik Auntie Sya buat topi untuk Mia :)

Cari gambar Mia pakai topi ni masa dia Nursery tapi tak jumpa.

Bonnet Parade semasa Mia di Reception tahun lepas, recycle balik topi ni sebab mama malas buat yang lain...


Ibu bapa dijemput untuk menyaksikan Bonnet Parade pada hari tersebut. Memang sangat menarik, macam-macam bentuk dan hiasan topi yang dipakai oleh anak-anak...kreatif sungguh parents diorang ni dan rajin pulak tu melayan kehendak anak-anak...Sayangnya tak dibenarkan nak ambik gambar diorang. Topi yang tercantik dipilih sebagai pemenang.



Ini pula Nash dapat 'prize' di kelasnya. Kat dalam chick ni ada banyak chocolate eggs.  

Wednesday 23 March 2016

Happy 13th Birthday Along

17 Mac 2016 (Khamis) adalah birthday Along yang ke -13. Aduhai...teruk betul Mama ni..dah lepas seminggu baru nak buat entry..

Tahun demi tahun berlalu sedar tak sedar anak sulung saya dah pun menjengah ke usia remaja. Anak kawan-kawan di Malaysia yang sebaya Along ramai yang dah tinggal di asrama tahun ni (Tingkatan 1) dan mula hidup berdikari. Apa yang bermain di fikiran saya ialah cukup ke didikan kami terutamanya didikan agama untuk bekalan Along di masa hadapan. Risau kan...tengok bermacam cerita dan masalah sosial remaja pada masa sekarang. Mudah-mudahan Allah lindungi Along dari sebarang keburukan dan Along lebih bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan keluarga.

Sehari sebelum birthday Along dah tanya Along nak kek apa? Dia request saya buatkan Oreo Cheesecake. Balik sekolah makan dengan adik-adik.

Mama tak dapat bagi hadiah...cuma buatkan kek je...made with lots of love..

  Happy Birthday to you...

Dengan adik-adik tersayang..Awat laa Nash buat muka macam tu

Hari Ahad 20/3 kebetulan football game Aiman dibatalkan, jadi kami jemput beberapa orang kawan untuk datang breakfast (brunch??). Bukanlah nak celebrate birthday sangat. Kak Shilla dan Wani ni rajin jemput kitorang makan kat rumah diorang, dah ada masa free ni kami jemput diorang lah pulak. Rumah kecik susah nak panggil orang ramai-ramai..

Oleh kerana Mama sibuk nak sediakan juadah lain, jadi Along kena buat sendiri birthday kek dia..hehe...Mama print resepi Kek Coklat dari AzieKitchen (thank you so much Kak Azie) so Along ikut je lah step by step tapi under supervision lah. Mama jeling-jeling juga masa Along buat takut salah sukatan. Tak sia-sia belajar subjek Food Technology (macam Kemahiran Hidup) kat sekolah.

Kek Coklat Birthday Boy

Bila kek dah masak dan sejuk, Mama lah tukang decorate guna kreativiti yang tak berapa nak kreatif ni huhu...


Kami cuma sediakan roti telur+kuah dhal dan lontong jer. Kak Shilla bawak kari kambing yang marvelous. Wani pulak bawak jelly &  pulut pagi+kelapa favourite Mr. Hubby dan anak-anak saya...

Jelly comel yang dibawak oleh Wani...makan dengan fruit cocktail dan susu cair. Sedap!

Bergambar dengan kawan-kawan - Wahida, Ashraf, Faheem & Sofea

Saje nak seronik2 potong kek dengan kawan-kawan. Ashraf bersekolah sama year dengan Along (Year 8) di Westwood Academy. Lepas ni jumpa di Malaysia la pulak yer....

Wednesday 9 March 2016

Harrods & Madame Tussauds

Kenangan ke Harrods & Madame Tussauds London bersama kawan baik saya, Shimah.

Kami ke London dengan menaiki London Midlands train dari Coventry Station. First time naik train kat sini. Seronok berbual buka cerita kisah-kisah lama perjalanan yang jauh pun tak terasa. Sedar-sedar dah tiba di Euston Station. Dari sana kami mengambil tube untuk ke Knightsbridge Station, iaitu stesyen yang paling hampir dengan Harrods. Keluar dari stesyen terus nampak bangunan Harrods yang terletak di Brompton Road.

Ambik gambar dulu kat depan Harrods sebelum masuk.

Memang besar gedung Harrods ni dan banyak barangan berjenama dijual di sini. Kami cuma jalan-jalan jamu mata dan terus ke Harrods Food Hall sebab Shimah nak beli beberapa souvenir.

Tempat shopping orang-orang kaya jadi susun atur dan interior design sangat cantik dan mengagumkan. 


 Shimah tengah fikir nak beli apa tu...hehe



 Bekas teh pun cantik-cantik



 Gambar kenangan


Ada ukiran mesir purba di ruang eskalator



Beli makanan untuk breakfast di Food Hall juga..ada banyak sangat pilihan makanan sampai tak tau nak pilih yang mana.

Kemudian naik ke sini pulak cari souvenir lagi..




Dari Haroods kami naik bus untuk ke Madame Tussauds. Kami dah beli tiket secara inline untuk mengelakkan dari beratur panjang. Lagipun ada diskaun jika beli secara online. 


Syukur dah beli tiket awal-awal. Memang panjang orang beratur untuk masuk.



Madame Tussauds mempamerkan patung lilin artis-artis/selebriti, ahli sukan dan pemimpin terkenal seluruh dunia. Jom layan gambar...











Sebelum keluar ada tayangan 4D Marvel Superheroes yang sangat menarik. 

Tunngu giliran masuk ke tempat tayangan