Monday, 25 April 2016

Ireland Trip Day 1

Kami merancang percutian singkat ke Ireland bila Ryanair buat promosi tiket murah £9.90 sehala ke Dublin. Susah nak dapat tiket murah time cuti sekolah (Spring break). Total termasuk tax harga return ticket untuk kami enam orang sefamily ialah £81.56..Itu dah dikira cukup murah!Kami tak ambik extra baggage sebab seorang dapat luggage allowance 10kg. Kami berenam totalnya ialah 60kg. Dah banyak sangat untuk tiga hari lagipun bukan pegi nak menyopping.

Oleh kerana Mr. Hubby tengah sibuk dengan penulisan thesisnya, dia 'diluluskan' tiga hari je untuk ke sana. Dia memang tak ambik tahu, semua perancangan tiket, sewa kereta, tempahan hotel dan tempat-tempat yang nak pegi saya yang uruskan. Mujurlah ada kawan yang pernah tinggal di sana (Wani) dan yang baru pegi trip (Sya) jadi saya dapatkan maklumat dari mereka disamping bacaan di blog2. Masa yang singkat tiga hari ni saya cuma merancang untuk ke Dublin dan Belfast. Tempat yang paling saya teringin nak pegi ialah Giant's Causeway, yang disebut-sebut oleh sahabat saya Anie.

Kami bertolak ke sana pada hari Rabu 6/4/2016 dari Birmingham Airport.  Flight kami pukul 8 pagi jadi kena berada di airport lebih kurang dua jam sebelum untuk urusan pengesahan visa sebab kami bukan dari negara EU dan untuk security check-up. Semasa naik Flybe ke Amsterdam, tak perlu buat pengesahan visa pun, tapi RyanAir strict sikit. Bila dah check in online, kena print dan bawa boarding pass untuk buat pengesahan visa di kaunter dan kemudia mereka akan cop di boarding pass tersebut. Semasa di gate, boarding pass di check sekali lagi samada visa dah verified atau tak.

Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan selamat tiba di Dublin jam 9.30pagi. Pemeriksaan imigresen di Dublin pun laju jer sebab tak ramai sangat penumpang yang beratur di barisan Non-EU Passport.

Untuk berjalan-jalan di sana, kami telah membuat tempahan kereta sewa melalui RyanAir. Kami booked kereta dari company Thrifty sebab masa survey itu yang paling murah untuk 7 seaters (£86.90 termasuk insurans untuk tiga hari). Keluar dari Dublin Airport, menghala ke kanan adalah tempat tunggu taxi dan shuttle bus ke Car Rental Centre. Oleh kerana kami menempah dengan Thrifty, jadi kami naik shuttle bus Hertz/Thrifty. Tiba di car rental centre, Mr. Hubby berurusan di kaunter. Oleh kerana kami dah buat tempahan termasuk insurans, jadi kami menolak insurans yang ditawarkan di kaunter. Cuma insurans oleh AXA ni withold card credit kita sebanyak EUR3000, banyak tu..doa banyak2 tak ada apa2 yang berlaku. Kereta yang mereka bagi adalah Volkswagen Touran.

Hari pertama kami cuma berjalan-jalan di city centre. Parking kereta di Trinity Street. Boleh tahan mahal parking di Dublin ni. EUR8 untuk 2 jam.




Jalan-jalan dalam bandar

Mula-mula ingat nak cari Trinity College, tapi sebab ada construction buat jalan kat depan universiti tu boleh pulak tak perasan bangunan dia. First time sampai bandar Dublin memang blur habis lah. Dalam sesat-sesat tu terjumpa Hard Rock Cafe Dublin so singgah dulu untuk beli shot glass untuk tambah collection. Dari situ ingatkan nak ke Ha'Penny Bridge iaitu pedestrian bridge yang dibina pada tahun 1816 tapi keluar dari HRC Dublin hujan pulak.





Kemudian kami meneruskan pencarian Trinity College yang tersohor dengan library tertua tempat penggambaran Harry Potter tu. Jumpa jugak akhirnya...Hanya ada satu pintu masuk utama ke Trinity College ni, tak ada pintu gerbang besar pun..patut lah kami tak perasan masa dah lalu kat sini tadi.



Bahagian hadapan Trinity College, Dublin

Keluar/masuk melalui pintu ni



Windy kat sini..serabai betul rambut Mia



Ada graduation ceremony rupanya patutlah ramai juga orang kat compound universiti ni. Kami duduk berehat di bench kat tepi-tepi park sambil dengan selambanya buka bekalan yang dibawa sebab anak-anak dah kelaparan. Sebelum bertolak pagi tadi sempat goreng bihun, makan yang ni dulu lah sebelum cari kedai halal. 



Plan asal nak ikut tour ke 'The Old Library' iaitu tempat shooting babak dalam filem Harry Potter dibatalkan sebab kesuntukan masa. Selepas berjalan-jalan di sekitar Trinity College ni, kami balik semula ke tempat letak kereta.



Berjalan keluar dari Trinity College

Lagi gambar-gambar di sekitar Dublin city...







Perjalanan diteruskan menuju ke Belfast. Walaupun terletak di kepulauan yang sama, tetapi Dublin dan Belfast terletak di negara yang berlainan. Dublin adalah ibu negara Republic of Ireland, manakala Belfast pula ibu negara kepada Northern Ireland; iaitu sebahagian daripada United Kingdom (UK) bersama2 Wales, Scotland dan England. Matawang yang digunakan juga berbeza, Republic of Ireland menggunakan matawang EURO, manakala Northern Ireland menggunakan Pound Sterling (££).

Pinjam map kat Google nak bagi clear sikit pasal Ireland


Dari Dublin ke Belfast mengambil masa hampir 2 jam. Kami melalui motorway, kena bayar tol EUR2.90. Pada masa tu kami tak ada duit Euro, kad pula tidak diterima. Mujurlah dia mereka terima duit pound sterling tapi dianggap seperti Euro dan wang baki pun diberi dalam Euro. Maksudnya instead of bayar EUR2.90 kami bayar £2.90 bersamaan dengan EUR3.72...mahal sket lah..padan muka sape suruh tak tukar duit Euro...

View di sepanjang perjalanan memang sangat cantik MasyaAllah...



 Ini sebelum masuk motorway






 Cuaca tak menentu...kejap mendung, kejap hujan, kejap cerah...



Suka tengok rumah kat sini. Cantik!

Tiba di Belfast, mula-mula cari masjid dulu untuk Jama' Zohor dan Asar. Kami bersolat di Belfast Islamic Centre yang terletak di 38 Wellington Park, Belfast BT9 6DN. Iaitu salah satu antara deretan rumah teres di sini..

Yang warna putih ada dua tiang hijau tu lah Belfast Islamic Centre

Selepas solat kami singgah di satu universiti lagi iaitu Queen's University of Belfast, antara universiti yang tertua di UK. Univesiti ini diasaskan pada tahun 1845.


Kemudian cari kedai halal untuk beli makanan untuk dinner. Dengan bantuan apps 'Zabihah' kami ke
'Turkish Kebab & Pizza House'. Dua orang penjual di restoren ni sangat peramah dan gembira bila dapat tahu kami orang Malaysia. Lama pulak diaorang berborak dengan Mr. Hubby. Dia memuji dengan mengatakan orang Malaysia yang mereka jumpa baik-baik belaka (Alhamdulillah). Selain makanan yang kami beli, ada macam-macam makanan percuma yang diaorang bagi...rezeki anak-anak...Mudah-mudahan Allah melipat-gandakan rezeki mereka.


Siap bergambar dengan diorang...

Dari situ kami terus ke Premier Inn Carrickfergus untuk check in dan berehat. Dah penat sangat bangun awal pagi tu kemudia berjalan-jalan sepanjang hari. Kami akan tidur di sini untuk dua malam.

2 comments:

  1. Waa, murahnya tiket flight... untung untung :)
    Masa kami ke sana pun cuak juga dgn withold credit card tu... saya hari tu lagi la, kena charge £5k... pengsan kalau jadi apa-apa... hehehe
    Memang cantik pemandangan kat Ireland kan kak? Takpuas snap gambar even dalam kerete.. hehehe
    Sama la, kami pun bermalam kat Premier Inn tu.. baik jer staf kat sana... Bukan main bersembang lagi dgn mak cik saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada allah s,w,t
      dan terima kasih banyak kepada aki atas nomor togel.nya yang aki
      berikan Toto 4D (((7029 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
      sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya menang togel 237
      juta, wassalam.

      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....

      Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082313336747)))
      INFO TOGEL KLIK DISINI

      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      INFO PESUGIHAN KLIK DISINI

      angka GHOIB: singapura 2D/3D/4D/
      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
      angka GHOIB; malaysia
      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
      angka GHOIB; laos

      Delete