Sunday 29 May 2016

Go Go Manchester United

Mr. Hubby memang penyokong tegar Manchester United sejak sekian lama...memang tak goyah walaupun team dia kena kutuk oleh kawan-kawan hehehe... Bila MU berada di kedudukan kelima di Premier League, of course lah dia frust sangat-sangat. Mujurlah MU berjaya merebut piala FA Cups setelah menewaskan Crystal Palace (3-2) dalam perlawanan yang agak sengit pada 21/5/2016 yang lalu.

Nak menonton perlawanan akhir FA Cups di Wembley Stadium memang tak mampu lah sebab harga menjangkau beratus-ratus £££. Lagipun keutamaan diberikan kepada pemegang season ticket. Tiket mahal pun stadium penuh jugak! Cukuplah ada kenangan Mr. Hubby bawa hero kami yang tiga orang tu menonton perlawanan bola antara MU dan Crystal Palace secara live di Old Trafford pada hari Rabu 20 April 2016. Turut sama pada hari tersebut ialah 'anak angkat' kami Faris (undergrad).


  Bergambar depan rumah dulu sebelum bertolak. Semua pakai baju MU. Semangat!


 Cantik jugak Manchester, dalam perjalanan diorang berjalan kaki ke stadium


Hampir 30 minit juga diorang jalan kaki dari tempat parking. Kalau park hampir sangat dengan stadium, katanya nanti time nak keluar jem yang sangat teruk.

  Dah sampai di stadium

 Polis berkuda mengawal kawasan sekitar


 Kat dalam, sebelum perlawanan bermula


Gambar semasa perlawanan dah tak banyak..agaknya semua sibuk bersorak je.





Puas hatilah pergi malam tu..MU menang 2-0 dengan Crystal Palace.



Sunday 22 May 2016

KS2 Year 6 SATS

Pada 9 hingga 12 Mei 2016 yang lepas Aiman menduduki peperiksaan SATs (Statutory Assessments Test) di sekolah iaitu compulsary national exam untuk Year 6 (macam UPSR). Subjek peperiksaan ialah English (2 papers) iaitu Reading Test serta Grammar Punctuation & Spelling Test dan subjek Mathematics (3 papers) iaitu  Mental Arithmetic dan Mathematic Reasoning Paper 1 & 2.

Jadual peperiksaan

Peperiksaan ini bertujuan untuk melihat tahap pencapaian pelajar berbanding dengan 'national average in that year group'. As long as pelajar dah within national average, teachers dah rasa happy. Sebelum-sebelum ni pelajar akan diberikan level ( 2 hingga 6) mana berdasarkan keputusan mereka. Level 6 dah dikira 'advanced stage' atau melangkaui national average. Tapi pihak sekolah maklumkan mulai tahun ini ada sedikit perubahan dalam cara penilaian. Tak pasti lagi macam mana tunggu results keluar yang dijangka pada bulan Julai.

Aiman nak pegi exam

Kalau di Malaysia, rasanya saya macam ibubapa lain juga akan sibuk menghantar anak ke tuisyen untuk memastikan anak dapat keputusan yang terbaik (5A). Mungkin sebab di negara kita pelajar yang mendapat keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih baik untuk ke sekolah berasrama penuh. Tapi di sini even sebelum exam bermula lagi kita dah tau anak-anak dapat sekolah mana untuk peringkat menengah nanti, bukan berpandukan keputusan SATs. Jadi kerisauan tentang keputusan anak tu tak menekan sangat.

Walau bagaimanapun pihak sekolah dari awal term mengadakan 'booster class' (kelas tambahan) sejam setiap hari Khamis (pukul 3.30 hingga 4.30pm) sebagai persediaan untuk exam ini. Semasa di booster class mereka diberikan soalan-soalan contoh dan past years untuk membiasakan diri dengan format exam. Pihak sekolah pastilah mengambil berat tentang exam ini kerana keputusannya nanti akan memberi kesan kepada reputasi sekolah.

Di rumah, kami sediakan juga buku latihan untuk kekalkan momentum sehingga tiba hari exam. Lagipun kami nak Aiman faham tentang pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan. Buku-buku beli online je di eBay atau Amazon. Ada juga soalan yang boleh didownload secara online. Marking scheme juga disedikan jadi kita boleh semak jawapan lepas diorang selesai menjawab.


Selain daripada tu, dapat juga kami go through soalan yang bakal Aiman hadapi. Kalau tengok contoh soalan, boleh tahan mencabar juga soalan diorang ni. Saya paling tertarik dengan paper Reading test. Buku soalan berwarna-warni dengan ilustrasi yang menarik. Kata teacher supaya pelajar lebih relax dan tak rasa stress masa menjawab soalan.

Cover untuk reading booklets - macam baca majalah

Untuk reading test, ada tiga petikan dalam setiap booklet dan pelajar dikehendaki membaca ketiga-tiga petikan dan menjawab soalan-soalan dalam petikan tersebut dalam masa satu jam.




Beberapa minggu sebelum peperiksaan berlangsung, pihak sekolah menjemput ibu bapa untuk sesi briefing tentang SAT. Semasa briefing teachers terangkan tentang keperluan exam tersebut juga bagaimana parents dapat membantu anak-anak di rumah. Kata teacher tak perlu cari extra class di luar waktu persekolahan. Apa yang mereka beri dah cukup sebagai persediaan untuk menghadapi exam. Lagipun mereka tak mahu pelajar berasa tertekan dengan exam ni.




Pada minggu peperiksaan pula, disedikan 'pre SATs breakfast club' dimana pelajar diberikan sarapan percuma bagi mematikan mereka tidak berperut kosong ketika menjawab soalan. Walaupun Aiman dah sarapan di rumah, dia nak join juga breakfast club ni sebab nak bersama dengan kawan-kawan di sekolah.


Mama dan Papa doakan Aiman mendapat keputusan yang cemerlang. Malam Jumaat sebelum Aiman mula exam kami sekeluarga membaca surah Yaasin bersama-sama untuk menunjukkan sokongan pada Aiman. Setiap pagi sebelum ke sekolah, saya berikan Aiman air zamzam untuk diminum. Mudah-mudahan Aiman mendapat ketenangan semasa menjawab soalan. Saya masih ingat waktu kecil-kecil dulu tiap pagi sebelum ke sekolah mak dan abah sediakan 'air doa' untuk kami adik-beradik minum dan berdoa supaya terang hati serta mudah menerima pelajaran. Bila menjelang minggu peperiksaan, abah akan meletakkan tangan di ubun-ubun kami sambil membacakan doa dan menghembus lembut di akhirnya. Mak pula akan membacakan surah Yaasin pada saat kami menjawab soalan peperiksaan di sekolah/universiti. Hinggakan pada masa saya menduduki viva DrPH, mak masih bertanyakan waktu saya di viva. Saya tahu pada waktu itu mak akan duduk di sejadah membaca Yaasin dan berdoa untuk saya. Kini giliran saya pula untuk lakukannya kepada anak-anak. Saya harap bila mereka dewasa, mereka juga ada memori ini sebagaimana saya yang masih terkenangkan memori indah bersama mak dan abah.

Sunday 1 May 2016

Giant's Causeway, Northern Ireland

Sambung cerita trip ke Ireland di SINI.

Hari kedua kami ke Giant' Causeway yang terletak di Antrim, kira-kira 1 jam 20 minit dari hotel kami Premier Inn di Carrickfergus. Giant's Causeway adalah kawasan pantai yang unik dengan batu-batuan berbentuk heksagon dipercayai terbentuk hasil letusan gunung berapi 50 hingga 60 tahun dahulu. Kawasan ini diwartakan sebagai salah satu warisan dunia UNESCO di Ireland.

Dalam perjalanan, kami menikmati keindahan alam semulajadi di Northern Ireland. Tambah cantik bila ada pelangi indah terbentuk selepas hujan turun...




Berhenti jap ambik gambar

Kami park kereta di Park & Ride di Bushmill Village, kemudian menaiki shuttle bus National Trust ke Giant Causeway. Sebenarnya tersilap, ingatkan tempat kami berhenti tu visitor centre Giant's Causeway, rupanya belum sampai lagi..First time datang, confuse sikit...Parking di sini free je. Kemudian shuttle bus National Trust ni bawa kami terus ke Giants Causeway Visitor Information Centre. Oleh kerana menggunakan perkhidmtan Park & Ride, kami entitle untuk dapat 'green discount'. Instead of bayar £22 untuk family ticket, kami cuma perlu bayar £18 sahaja. Kalau tak parking kat Park & Ride tu, kat atas ni pun ada parking...tapi tak dapat discount la..


Di hadapan Visitor Information Centre

Dari visitor centre kami berjalan kaki ke pesisir pantai yang ada batu-batuan. Ada bus disedikan kalau tak larat nak jalan kaki dengan bayaran EUR1 sehala. Tapi jalan kaki lagi best dapat tengok view yang cantik...taklah jauh sangat anak-anak pun ok jer tak merungut...



 Berjalan kaki..tapi tak menyesal sebab cantikkk sangat!



Giant's Causeway mendapat nama dari kisah lagenda rakyat Ireland. Mengikut ceritanya, causeway ini dibina oleh gergasi bernama Finn McCool yang tinggal di sini dan mahu menyeberang ke Scotland bagi menentang gergasi Scottish bernama Benandonner..cerita panjang sila google sendiri ye..



Ada beberapa trail untuk ke sini. Ini yang agak mudah















Tinggi kan basalt column ni



Pantai yang cantik tapi sejukkkk 


Alhamdulillah, Allah izinkan kami melihat keajaiban alam ciptaannya. Tak terjangkau akal macam mana batu-batuan kat sini boleh berbentuk heksagon macam ni...Walaupun dipercayai berlaku berjuta tahun dahulu, tapi masih kekal sehingga sekarang.

Dari sana kami balik ke hotel untuk lunch dan berehat. Petang kami ke Carrickfergus Castle yang tak jauh pun dari hotel kami Premier Inn. Dari hotel pun dah boleh nampak.

Carrikfergus Castle- Norman castle yang dibina pada tahun 1177 dan terletak di tepi pelabuhan


 



Kemudian anak-anak ajak ke playground yang terletak di tepi pantai. Budak-budak memang tak boleh nampak playground. Sejuk-sejuk pun nak bermain.


 
 
  

 Main sampai hari gelap. Keesokan harinya dah nak balik.