Friday 19 August 2016

Throwback: Aidilfitri 1437

Walaupun Syawal dah berlalu pergi, tapi nak buat juga entry pasal raya sebab ini Aidilfitri terakhir kami di sini. Walaupun tanpa sanak-saudara, Aidilfitri disambut meriah dengan kawan-kawan.

Kami menyambut 1 Syawal sama seperti di Malaysia iaitu pada 6 Julai 2016. Sambutan kali ini diadakan di rumah keluarga 'Tuan Mayor' iaitu Abang Fuad & Kak Idah. Sehari sebelum hari raya, tugas-tugas penyediaan makanan dibahagikan mengikut kawasan. Kawasan kami di Tile Hill ditugaskan untuk membuat Lontong & Sambal Tumis. Menu lain yang disediakan oleh kawasan lain termasuk steamboat, bihun sup, nasi impit & kuah kacang, Aktivi rewang pula dibuat oleh kaum bapa di rumah Abang Fuad pada petang sebelum Aidilftri untuk memasak nasi butter, daging dendeng, lemang, rendang dan lain-lain.

Di sini Aidilfitri atau 'Eid' bukan public holiday, jadi saya telah memohon cuti daripada sekolah melalui surat supaya anak-anak dapat sama-sama bersolat raya. .Di pagi Syawal, kami sekeluarga ke rumah Abang Fuad untuk solat sunat Aidilfitri.  Ada juga kawan-kawan yang bersolat raya di Prayer Hall, Warwick Uni dan kemudian ke rumah Abang Fuad selepas selesai solat. Kami bersalaman dan menikmati juadah-juadah yang ada sambil berbual-bual bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim. Anak-anak pula bermain riang dengan kawan-kawan.

Gambar raya kami...credit to semua photographer pelbagai sumber.










Selain jamuan utama pada 1 Syawal, di hujung minggu sepanjang bulan Syawal pula dipenuhi dengan jemputan rumah terbuka. Dah macam kat Malaysia pula. Personally, saya rasa tahun ini yang paling banyak kawan-kawan buat rumah terbuka, hampir penuh setiap Sabtu & Ahad sepanjang Syawal. Mungkin sebab pertambahan warga Malaysia di Coventry. Alhamdulillah kami sempat merasa 'kemeriahan' ini. Terima kasih kawan-kawan yang menjemput. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kalian dan keluarga..

Gambar-gambar kenangan di jamuan raya kawan-kawan...

Azrin jemput kami sebab dia nak balik Malaysia beberapa bulan untuk collect data. So lepas ni tak jumpa dia dah di Coventry...

Rumah Alifah...raya + birthday party Alya
Dari kiri: Lina, Afiqah, Alifah, Ria, Wani, Kak Idah & Erni








No comments:

Post a Comment